Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 02 – 06 Disember, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dilihat seperti bukan bermula pada hari Khamis 28 November, tetapi seawal hari Isnin 25 November. Penghujung musim bunga agak tenang, dan turun naiknya tidak melebihi 40 mata sehingga hari Jumaat, mendorong para pedagang untuk berhibernasi. Data KDNK serta hasil pengeluaran di AS yang positif telah diimbangi dengan pertumbuhan indeks harga pengguna (CPI) di Eurozone. Malah undang-undang bagi menyokong demokrasi serta hak kemanusiaan di Hong Kong yang ditandatangani Presiden Trump pada hari Khamis, ditambah dengan reaksi hebat Beijing hanya memberi sedikit reaksi kepada pasaran.
    Jika diimbas ramalan kami mengenai situasi itu sebelum ini, pasangan tersebut tidak akan berjaya melepasi paras sokongan pada 1.100 dan setelah beberapa percubaan yang gagal, ia akan mula bergerak ke atas. Itulah yang sebenarnya berlaku. Walaupun cubaan untuk melepasi paras 1.0980 pada penghujung minggu tidak berjaya, namun tidak lama kemudian pasangan itu kembali ke paras ia memulakan lima hari tempoh dagangan, berada di zon antara 1.1015-1.1020;
  • GBP/USD. Dalam menantikan pilihanraya parlimen di UK, pasangan ini hanya bergerak di sepanjang saluran sisi antara 1.2789-1.2980 sejak awal bulan Oktober. Sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat telah mengecilkan lagi julat saluran itu kepada 1.2825-1.2950, dan paras terakhir bagi minggu tersebut adalah pada 1.2935;
  • USD/JPY. Majoriti penganalisis (65%) telah mengunjurkan pasangan ini untuk mencapai ketinggian 109.50 pada minggu lalu. Ramalan ini adalah wajar 100%. Pertumbuhan nilai dolar terbantut walaupun berlakunya ancaman China terhadap Amerika Syarikat yang disebabkan oleh sokongan negara itu kepada para penunjuk perasaan. Ancaman kekal ancaman, namun perjanjian dagangan haruslah ditandatangani. Akhirnya, nilai pasangan ini melonjak ke paras 109.66 pada petang Jumaat, dan mengakhiri sesi dagangan pada 109.44;
  • Matawang Kripto. Tidak seperti Forex, pasaran ini sentiasa aktif. Pertama sekali sedikit rangkuman mengenai berita semasa, kenyataan serta tindakan yang dibuat oleh para penggubal undang-undang gergasi kewangan. Jadi wakil daripada Bank Pusat Kesatuan Eropah tidak menolak kemungkinan akan mengeluarkan token mereka sendiri. Malah Ahli Lembaga ECB yang sebelum ini menggelar bitcoin sebagai “makhluk jahat yang terhasil daripada krisis kewangan 2008” iaitu Benoit Coeuré telah menyokong “kripto-euro” ini. Korea Selatan juga telah mula mengiktiraf matawang kripto dengan memulakan rang undang-undang yang mengawal aset maya. Namun Bank Negara Rusia sekali lagi menunjukkan sentimen negatif mereka terhadap produk kewangan alternatif dengan bersetuju terhadap cadangan untuk mengharamkan segala jenis pembayaran menggunakan bitcoin serta coin-coin yang lain.
    Namun, sudah semestinya berita dari China yang memberi impak paling kuat terhadap pasaran pada musim luruh ini. Jika diingat, baru-baru ini penggubal undang-undang di Shanghai telah bersetuju untuk mencairkan syarikat-syarikat yang berdagang matawang kripto, serta pihak berkuasa di Beijing pula mengisytiharkan operasi bursa matawang kripto sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Pihak terbesar yang menyelia, Bank of China pada hari Jumaat, 22 November telah mengumumkan mengenai pendirian mereka dengan mengarahkan semua syarikat untuk menghentikan segala amalan tidak wajar semasa berurusan dengan aset kripto. Wakil berpengaruh dari Parti Komunis China juga menyokong pengharaman sepenuhnya matawang digital. Akhir sekali, pelaburan bitcoin di China turun melebihi 15% pada penghujung November.
    Secara umumnya, pasaran matawang kripto telah mengecil lebih dari $20 bilion sepanjang minggu lalu, iaitu hampir 10% volumnya. Walaupun begitu, ia boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat bitcoin. Setelah nilainya berada pada $6,585 iaitu paras terendah selama 6 bulan pada hari Isnin, 25 November, penanda aras bagi matawang kripto melonjak naik, berada pada paras yang kukuh iaitu $7,800. Dalam tempoh antara 26 September hingga 22 Oktober, ia memberi sokongan yang kuat terhadap pasangan BTC/USD. Kini, peluang sama untuk ia berubah menjadi rintangan yang kuat adalah lebih besar.
    Sebut harga untuk altcoin ternama seperti Ripple (XRP/USD), Ethereum (ETH/USD) serta Litecoin (LTC/USD) secara umumnya mengikut jejak “ketua” mereka. Namun, jika dibandingkan pada hari Jumaat, 22 November, nilai Bitcoin naik hampir 5%, tetapi altcoin hanya mampu mendapatkan semula kerugian, kembali semula ke paras yang asal.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Kami ingin berharap dengan kehadiran musim sejuk, bear dan bull akhirnya tidak akan berhibernasi. Tambahan lagi, kami sedang menantikan berlakunya beberapa peristiwa yang agak penting. Antaranya adalah ucapan ketua ECB yang baru iaitu Christine Lagarde serta penerbitan data aktiviti perniagaan di AS (ISM) pada awal minggu, kemudian data KDNK Eurozone pada hari Khamis, dan data pasaran buruh di AS (termasuklah NFP) pada hari Jumaat.
    Menurut ramalan, indikator penting seperti bilangan pekerjaan baru yang ada di luar sektor agrikultur (Non-Farm Payrolls, NFP) mampu naik melebihi 40% (dari 128K kepada 183K) di AS. Ia mampu mendorong untuk melepasi paras sokongan pada 1.1000. Buat masa ini, 65% penganalisis bersetuju bahawa pasangan ini mampu untuk turun ke zon di antara 1.0880-1.0925, disokong oleh 95% pengayun serta indikator trend pada D1. Terdapat satu lagi sokongan buat pasangan ini semasa menuju ke arah bawah: 1.0940.
    Pandangan berbeza hanya dikongsikan oleh 35% penganalisis serta analisis grafik pada H4 dan juga D1. Pada pendapat mereka, pasangan ini akan bergerak ke arah atas bermula pada paras sokongan bagi nilai 1.0980-1.1000. Sasarannya adalah pada 1.1100 dan juga 1.1175;

  • GBP/USD. Keputusan pilihanraya parlimen yang akan menentukan masa depan Brexit hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu setengah lagi, selepas 12 Disember. Buat masa ini, fokus para pelabur adalah terhadap kenyataan yang dikeluarkan ahli politik dan juga sebahagian kecil indikator makroekonomi di UK, EU serta AS. Dari arah atas, pertumbuhan matawang pound terhalang akibat penurunan hasil bon kerajaan UK selama 10 tahun yang disebabkan oleh “persaingan” daripada sekuriti yang hampir sama. Dari arah bawah, disebabkan oleh trend lonjakan dalam pasaran minyak, nilainya dipaksa untuk kekal berada di atas akibat korelasi matawang British dengan “cecair berharga” itu. Di sinilah tumpuan harus diberikan kerana kemuncak OPEC+ yang akan berlangsung pada minggu depan mungkin akan memanjangkan lagi had pelepasan karbon sehingga menyebabkan bekalan minyak berkurangan dan peningkatan kos pengeluaran, terutamanya pada suku ketiga dan keempat tahun 2020. Secara umumnya, semua yang berkenaan dengan pound setakat ini dipenuhi sepenuhnya dengan ketidaktentuaan.
    Ramalan penganalisis juga hampir sama: 40% memilih pertumbuhan matawang ini, 40% lagi memilih penurunan, manakala 20% lagi bersikap neutral. Justeru, kita boleh rumuskan pasangan GBP/USD akan terus bergerak di saluran sisi sehinggalah pilihanraya parlimen dijalankan, menemui titik pertemuan Pivot Point di zon 1.2900;
  • USD/JPY. Kebanyakan pelabur beranggapan perselisihan antara AS dan China mengenai hak kemanusiaan di Hong Kong adalah tidak penting. Pada pendapat mereka, perjanjian dagangan akan dipersetujui tidak lama lagi, dan akan menyebabkan pertambahan nilai dolar, termasuklah kenaikan nilai yen. Menurut 85% penganalisis, pertumbuhan pasaran saham AS dan juga indeks SP500 akan menaikkan pasangan USD/JPY ke paras 110.00 yang disebut-sebut buat masa ini (mengambil kira  kegelinciran-110.25). Namun, pergerakan pasangan ini pada mulanya boleh berubah menuju ke arah bawah dan kembali ke titik pertemuan antara sokongan melintang dan sempadan bawah saluran menurun di sekitar 109.00. Kemudian turun lebih rendah: paras sokongan seterusnya adalah pada 108.50 dan juga 107.80. Senario ini disokong sepenuhnya oleh analisis grafik pada H4 serta 15% pengayun, ia menunjukkan pasangan ini sudahpun berada di zon terlebih beli;
  • Matawang Kripto. Bitcoin masih lagi bergerak di saluran menurun sejak 26 Jun. Sebilangan penganalisis mengingatkan lantunan yang berlaku pada minggu lalu adalah “tidak disangka-sangka”, dan mereka percaya kejatuhan nilai pasangan BTC/USD akan berlaku tidak lama lagi, sekarang menuju ke paras $5,000. Namun, menurut kebanyakan penganalisis, buat sementara waktu pasangan tersebut akan kekal di koridor sisi di antara $7,000-8,000.
    Sekurang-kurangnya 40% penganalisis masih kekal optimis dan menaruh harapan ia akan melepasi had atas koridor tersebut. Dalam masa yang sama, mengambil pendapat penganalisis kewangan ternama Joseph Young sebagai contoh, kejatuhan nilai Bitcoin di antara $3,000-4,000 perlu diambil kira biarpun terdapatnya keyakinan pasaran matawang kripto akan bertumbuh dalam jangka masa panjang. Martin McDonagh, pengasas firma pelaburan KR1 juga mempunyai pendapat yang sama. “Pasaran kini berayun seperti sebuah pendulum, masih cuba mencari-cari di paras manakah ia akan berhenti”, jelas beliau. “Saya berpendapat kita berada pada peringkat awal pasaran bull dan lonjakan ke paras tertinggi yang baru akan berlaku tidak lama lagi,” beliau meramalkan.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.