Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27 – 31 Januari, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Nilai euro sekali lagi jatuh, dan ia kerugian sekurang-kurangnya 70 mata berbanding dolar sepanjang tempoh lima hari lalu. Terdapat dua sebab perkara ini berlaku: epidemik coronavirus di China dan juga sikap berhati-hati Ketua ECB yang baru Christine Lagarde.
    Semua orang tahu ekonomi di Eurozone sangat berkait rapat dengan ekonomi di China seperti yang ditunjukkan oleh perang dagangan baru-baru ini. Jika terdapat gangguan ekonomi di China, gangguan yang lebih kuat akan dialami di Eropah. Pada tahun 2003, satu pandemik di China telah mengorbankan lebih daripada 700 orang dan telah menjejaskan hampir separuh jualan runcit. Walaupun pada hakikatnya virus terbaru tersebut dianggap kurang merbahaya, ia boleh merebak dengan lebih pantas berbanding jangkitan yang berlaku pada awal abad ini. Semuanya disebabkan oleh infrastruktur di China yang sudah membangun sejak kejadian itu. Harga minyak adalah yang pertama terjejas, namun pasaran tukaran asing juga turut menyusul selepas itu.
    Mengenai Cik Lagarde pula, beliau telah mengecewakan para pelabur dengan menyatakan semakan semula strategi ECB adalah suatu proses yang memakan masa dan hanya boleh disiapkan menjelang akhir tahun 2020. Selain itu, berkenaan amaran Presiden AS Trump terhadap kemungkinan negaranya akan memperkenalkan duti baru ke atas eksport Kesatuan Eropah, Cik Lagarde menganggap “risiko terbesar yang mungkin akan berlaku di zon eropah adalah kelembapan ekonomi”. Justeru pihak berkuasa Kesatuan Eropah perlu mengekalkan pendekatan secara halus ke atas polisi kewangan mereka.
    Akibat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua ECB serta epidemik yang berlaku di China, pasangan EUR/USD turun ke paras 1.1020 menjelang penghujung minggu. Walaupun data aktiviti perniagaan di Jerman (PMI) dilihat memuaskan, ia juga tidak dapat membantu. Minggu lalu, 40% penganalisis dan majoriti indikator telah memberi amaran bahawa ia akan bergerak ke paras 1.1000. Dalam kalangan pengayun, 75% pada H4 dan 65% pada D1 bersetuju dengannya, bagi indikator trend pula, 100% pada H4 dan 90% pada D1 menunjukkan penurunan.
  • GBP/USD. Akibat peningkatan aktiviti perniagaan (PMI) pada hari Jumaat, 24 Januari, matawang British mencecah paras tertinggi untuk dua minggu pada paras 1.3172, namun ianya jatuh sekali lagi selepas itu. Penurunan tersebut berpunca daripada pengurangan kadar faedah Bank of England yang dijangka akan diumumkan semasa mesyuarat pada 30 Januari nanti, serta epidemik coronavirus yang melanda China.
    Dinamik pergerakan pasangan GBP/USD telah diramal dengan tepat pada minggu lalu oleh analisis grafik. Pasangan ini telah mengakhiri sesi dagangan pada paras 1.3080, membetulkan sedikit nilainya mengikut arah pergerakan ke atas di zon Pivot Point jangka sederhana - berada pada julat di antara 1.3050-1.3085;
  • USD/JPY. Menurut sebilangan penganalisis, keadaan turun naik yang begitu rendah yang dialami pasangan EUR/USD menunjukkan keseimbangan tertentu antara dua matawang utama ini telahpun dicapai. Kini, matawang euro dan dolar seimbang pada satu sudut, manakala pasaran baru bagi matawang dan saham pula berada pada sudut yang lain. Paling utama, pasaran-pasaran yang berasal dari negara-negara jiran mungkin akan menerima impak daripada krisis yang berpunca daripada penyebaran coronavirus di China.
    Namun, nilai yen bertambah secara mendadak akibat harapan yang tidak begitu jelas tetapi agak mencemaskan dengan menjadi satu tempat selamat untuk melindungi modal para pelabur daripada ribut kewangan yang tidak dijangka-jangka. Satu pertiga daripada penganalisis yang memilih penurunan pasangan ini serta pengayun yang memberi isyarat bahawa ia telah dibeli secara berlebihan tidak tahu langsung mengenai pandemik coronavirus itu, namun mereka memberi ramalan yang tepat. Pasangan ini dengan pantas menjadikan paras sokongan di antara 109.65-109.70 menjadi paras rintangan, dan kemudian mencecah paras terendah mingguan pada 109.17. Ia menamatkan sesi dagangan begitu hampir pada paras 109.27;
  • Matawang Kripto. Jika seseorang mengimpikan matawang kripto sebagai aset bebas dan tidak tertakluk dengan kawalan sistem kewangan, ia tidak akan menjadi kenyataan. Sebagai contoh, Menteri Kewangan di Ukraine telah mengumumkan servis pemantauan kewangan negara itu akan menyiasat daripada mana rakyat negara tersebut memperoleh matawang kripto mereka. Menteri itu berkata lagi sistem yang dimiliki organisasi tersebut mampu untuk menentukan dari mana sesuatu aset digital itu berasal dan di mana ia telah dibelanjakan. Selain itu, servis tersebut berkebolehan untuk menyekat matawang kripto dan merampas aset haram yang diperoleh oleh penduduk Ukraine.
    Jelas sekali berita seperti ini tidak mengakibatkan penurunan nilai Bitcoin, tapi hakikatnya matawang rujukan tersebut gagal untuk melepasi nilai $9,000 dan pada hari Jumaat, 24 Januari, ia jatuh ke zon di antara $8,250-8,450.
    Menurut sebilangan penganalisis, kejatuhan nilainya berpunca daripada sambutan Tahun Baru China. Membandingkan hasil dagangan dalam tempoh sama untuk beberapa tahun kebelakang, mereka mendapati terdapat risiko penurunan nilai coin utama walaupun dinamik pasaran secara keseluruhannya adalah bertumbuh. Menurut pengiraan mereka, sekurang-kurangnya 10 peratus penduduk di Asia memiliki simpanan dalam bentuk matawang kripto. Sejurus sebelum sambutan Tahun Baru, mereka menunaikan aset tersebut dan membelanjakannya.
    Altcoin: Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD) dan Ripple (XRP/USD) seperti biasa mengikuti setiap jejak matawang kripto utama itu. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto berkurang daripada $251 bilion kepada $236 bilion.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Seperti yang telah dinyatakan, pihak ECB lebih mahukan nilai euro yang lemah berbanding nilai yang kukuh. Sedar akan perkara ini, bull tidak mahu mangambil sebarang risiko yang akan melemahkan lagi matawang Eropah itu. Sasaran paling hampir bagi trend menurun ini berada pada paras 1.1000, diikuti pada 1.0960. Kemudian menyasarkan paras terendah pada 1 Oktober, 2019 - 1.0880. 55% penganalisis kini memilih penurunan, disokong oleh 85% pengayun dan 100% indikator trend, bukan hanya pada H4 dan D1 malah juga pada W1.
    Pendapat berbeza dizahirkan oleh 45% penganalisis serta 15% pengayun di zon terlebih jual. Selain itu, bilangan penggemar bull meningkat kepada 70% jika beralih daripada ramalan mingguan ke ramalan bulanan. Tugas utamanya adalah untuk melepasi rintangan kukuh di zon 1.1065, diikuti rintangan pada paras 1.1100 dan juga 1.1175.
    Bagi keputusan pihak Rizab mengenai kadar faedah yang akan diumumkan pada 29 Januari, nilainya mungkin akan kekal pada paras yang sama – 1.75%, dan mesyuarat ini tidak akan memberi banyak kesan terhadap dinamik pasangan tersebut;
  • GBP/USD. Akhirnya! Sudah tiba hari yang dinanti-nantikan, 31 Januari, tarikh untuk UK mengucapkan selamat tinggal kepada Kesatuan Eropah. Brexit, sesuatu yang telah lama menjadi bahan bualan boleh dianggap telah berakhir. Walau bagaimanapun, buat masa ini kami beranggapan hal tersebut akan memberi lebih banyak tekanan terhadap pasaran – proses perpisahan negara itu daripada EU yang agak lancar mengurangkan banyak risiko pelaburan. Tambahan pula, kadar semasa pound yang agak rendah akan membantu ekonomi British dalam pelbagai cara, mengukuhkan daya saing mereka dalam pasaran asing.
    Jika tidak berlakunya sebarang kejutan daripada Brexit, nilai pound dilihat akan stabil. Kami juga tidak menolak kemungkinan pertumbuhan nilainya bukan saja terhadap euro, malah terhadap dolar. Justeru, 65% penganalisis mengunjurkan pergerakannya ke atas - pertama sekali ke paras rintangan pada 1.3160, dan kemudian ke paras 1.3200.
    Ramalan alternatif dibuat oleh 35% penganalisis yang menjangkakan penurunan lebih rendah pasangan GBP/USD. Senario ini mungkin akan berlaku jika sebarang petunjuk mengenai pengurangan kadar faedah diketahui semasa mesyuarat Bank of England pada hari Khamis, 30 Januari nanti. Jika ia berlaku, berkemungkinan besar matawang British itu akan terus bergerak ke bawah, mampu mencecah paras terendah bulan Disember lalu iaitu di zon 1.2900 setelah melepasi paras sokongan pada 1.3040, 1.3000 serta 1.2960. Analisis grafik pada D1 secara aktif menyokong pendapat tersebut;

  • USD/JPY. Terdapat sedikit kekeliruan dikalangan indikator, namun 10% daripada pengayun sudah memberi isyarat jelas bahawa pasangan ini telah dijual secara berlebihan. 60% penganalisis yang mendapat sokongan analisis grafik pada D1 percaya bahawa penurunan nilai pasangan ini akan terhenti. Sasaran mereka adalah untuk naik ke zon di antara 110.20-110.30. Paras rintangan berikutnya berada pada 110.80;
    Baki 40% penganalisis berpihak kepada bear yang percaya trend penurunan pada minggu lalu akan berterusan. Indeks Dow Jones menyasarkan nilai 30.000 dan pasangan USD/JPY harus melepasi paras 109, ini menyebabkan semua pasangan yang berkaitan dengan matawang Jepun akan mengalami kerugian. Sokongan utama berada pada paras 108.40, paras berikutnya pula adalah 60 mata lebih rendah;
  • Matawang Kripto. Indeks Fear & Greed Kripto mengalami sedikit gangguan akibat penurunan nilai matawang kripto utama, turun dari 54 kepada 40. Bacaan ini bukan menunjukkan ketakutan terhadap pasaran, tetapi pelabur tidak lagi begitu tertarik untuk membuka posisi long.
    Sebilangan penggemar fanatik kripto juga telah mengubah selera mereka. Dalam tweet terbaru, pedagang yang juga seorang penganalisis kripto Josh Rager berpendapat Bitcoin mempunyai “hukum pengurangan kadar pulangan” seperti mana-mana pasaran lain, dan akan berlakunya penurunan jumlah keuntungan dalam setiap kitarannya. “Nilai maksimum Bitcoin pada masa akan datang tidak akan setinggi paras yang diharapkan. Sesetengah meletakkan nilainya pada $100,00, $300,000, malah $1 juta. Penurunan margin keuntungan sebanyak 20% dalam setiap kitaran juga perlu diambil kira. Justeru, saya berpendapat nilai tertinggi seterusnya akan berada pada paras di antara $75,000 hingga $85,000”, jelas penganalisis itu. Pandangan Rager mengenai hal ini turut mendapat sokongan oleh syarikat analisis matawang kripto ByteTree.
    Jika bercakap mengenai ramalan masa terdekat ini, mereka tidak begitu optimis. 50% penganalisis mengunjurkan penurunan pasangan BTC/USD ke zon di antara $7,500-8,000, 30% lagi memilih trend ke arah sisi dan hanya 20% berpendapat pasangan ini akan melonjak ke paras melebihi $9,000. Namun, jika beralih ke ramalan bulanan, peratusan mereka yang optimis dengan kripto meningkat kepada 70%.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.