Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Order henti rugi bagi posisi long pasangan ini terus dibuat dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Bull mengalah, dan ia telah mengundurkan barisan pertahanannya. Pasangan ini bukan saja memperbaharui paras terendah semasa dan tahun lalu, malah kini ia berada pada nilai paling rendah sejak Mei 2017. Paling membimbangkan adalah tiada sebab jelas mengapa berlakunya kejatuhan matawang Eropah ini. Anda tahu punca kejatuhan nilai pasangan USD/CHF pada Januari 2015 adalah disebabkan oleh “Black Thursday”, atau penurunan nilai pound akibat referendum UK untuk keluar dari EU. Namun tiada sebarang perkara luar biasa yang mampu menjelaskan apa yang berlaku sekarang.
Penganalisis mengambil segala kemungkinan bagi mencari punca bagaimana dolar telah berjaya memperoleh 270 mata berbanding euro sepanjang dua minggu yang lalu, dan lebih hebat lagi, tanpa melalui proses pembetulan. Antara puncanya adalah pendekatan berbeza yang diambil pihak ECB dan Rizab Persekutuan mengenai polisi pelonggaran (QE) dan juga nilai kadar faedah mereka, juga kebimbangan berpanjangan di Eurozone akibat kelembapan indikator makroekonomi terhadap ekonomi di Jerman dan juga EU. Tidak seperti AS yang kurang terkesan dengan coronavirus, ekonomi di Eropah lebih terdedah dengan risiko yang dihadapi di China. Menjadi kebiasaan, dolar mendapat sokongan Perbendaharaan AS dengan menawarkan beberapa siri bon kerajaan.
Sukar untuk menyatakan faktor-faktor yang diteliti penganalisis inilah yang menjadi punca, namun ramalan mereka ternyata tepat. Cuba ingat, 60% penganalisis yang mendapat sokongan analisis grafik pada H4, 100% indikator trend serta 85% pengayun berasa amat yakin nilai pasangan ini akan terus menurun. Sasarannya adalah untuk berada pada paras terendah antara November-Oktober 2019 di sekitar 1.0880. Sasaran itu tercapai, dan pasangan ini mengakhiri sesi lima hari dagangan pada paras 1.0835; - GBP/USD. Matawang British ini dilihat akan membuktikan perpisahan negara itu daripada EU adalah satu keputusan yang tepat. Berbeza dengan nilai euro iaitu bekas “rakan” mereka di Kesatuan Eropah yang semakin jatuh, nilai pound melonjak naik sepanjang minggu, pertambahan hampir 200 mata dan mencecah ketinggian maksimum pada paras 1.3070.
Pada mulanya, nilai pound turun setelah Kaunselor Sajid Javid yang tidak bersetuju dengan polisi peribadi Perdana Menteri Boris Johnson meletakkan jawatannya secara mengejut, namun selepas itu nilainya pulih apabila Rishi Sunak - seorang ahli kewangan berpengalaman dan juga menantu kepada seorang jutawan dilantik menjadi Ketua Kementerian Kewangan UK yang baru. Sunak mungkin akan mempertahankan isu berkenaan pemotongan cukai dan pertambahan bajet perbelanjaan dan seterusnya menambah minat para pelanbur terhadap matawang British.
Ramalan minggu lalu percaya jika arah pergerakan trend beralih ke atas, nilai pound akan melepasi rintangan pada 1.2975 dan berkemungkinan besar akan melepasi had atas saluran 1.2800-1.3000. Apa yang berlaku adalah, pasangan ini berada pada kedudukan 1.3045 akhirnya; - USD/JPY. Nampaknya bull gagal untuk melepasi paras 110.00. Belum lagi. Pasangan ini cuba berbuat demikian pada pertengahan Januari lalu dan mencubanya sekali lagi pada Februari. Namun, ia juga gagal. Nilai dolar yang semakin kukuh sebagai matawang selamat juga tidak dapat membantu. Walaupun mencecah paras 110.13 pada pertengahan minggu, pasangan ini menukar arah pergerakannya dan mengakhiri minggu pada paras 109.77;
- Matawang Kripto. Matawang apakah yang benar-benar terlindung daripada huru-hara ekonomi akibat coronavirus? Dolar? Memang benar dolar menunjukkan pertumbuhan yang agak baik berbanding euro dan sebilangan matawang lain. Namun Bitcoin menunjukkan pertumbuhan yang lebih memberangsangkan berbanding dolar sendiri. 80% penganalisis menyatakan nilai pasangan BTC/USD akan mencecah $10,450 pada minggu lalu. Ramalan ini 99.99% tepat: nilainya mencecah $10,490 pada hari Khamis, 13 Februari. Dengan kata lain, nilai kos matawang kripto utama ini telah meningkat lebih daripada 45% sejak awal Januari lalu.
Adakah Bitcoin benar-benar selamat?
Tetapi, tanpa diduga, ada lagi aset yang lebih menarik. Permintaan tinggi terhadap Bitcoin telah meningkatkan permintaan untuk altcoin terkenal seperti Ethereum (ETH/USD), Litecoin (LTC/USD), Ripple (XRP/USD), dan lain-lain lagi. Jika sebelum ini pertumbuhan mereka hanya mengekori di belakang matawang utama, kini pertumbuhan sesetengah daripada mereka jauh lebih tinggi. Contohnya, nilai Ethereum meningkat sebanyak 120% sejak awal tahun ini, dan naik 35% lagi dalam masa seminggu saja.
Aktiviti coin alternatif seperti ini telah memberi kesan terhadap modal keseluruhan pelaburan Bitcoin dalam pasaran kripto: jika pada awal Januari nilainya adalah sebanyak 70%, hari ini nilainya jatuh ke paras 62.4%. Justeru, perbincangan mengenai aset paling selamat masih lagi belum berakhir.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Kalendar pada minggu hadapan dipenuhi dengan maklumat berguna untuk pakar analisis fundamental. Walau bagaimanapun, ramalan yang dibuat tidak menjanjikan sebarang berita gembira untuk Eurozone. Nilai ZEW dan Markit - indikator yang menjelaskan indeks keadaan perniagaan di Jerman dan juga Eurozone diunjur lebih rendah berbanding sebelum ini - masing-masing akan diketahui pada hari Selasa, 18 Februari dan 21 Februari. Laporan mesyuarat ECB pada 20 Februari nanti juga boleh menambahkan lagi suasana pesimis. Semua itu boleh menyebabkan euro rugi lebih teruk berbanding dolar AS. Berita positif mengenai usaha memerangi gejala coronavirus mungkin dapat membantuk memulihkan trend, namun masih sukar untuk memberi sebarang ramalan buat masa ini.
100% indikator trend pada H4 dan D1 adalah berwarna merah. 65% pengayun juga menunjukkan penurunan. Sasarannya adalah pada 1.0700 dan 1.0525; Namun baki 35% pengayun sudah pun berada di zon terlebih jual, satu isyarat penting yang menunjukkan kemungkinan trend akan berubah ke atas. Atau sekurang-kurangnya melalui proses pembetulan, dan kembali ke zon 1.0900 jika melihat pada analisis grafik pada H4, dan lebih baik lagi jika bergerak menghampiri paras 1.1000.
Buat masa sekarang, hanya 40% penganalisis memilih pertumbuhan pasangan ini, namun, jika beralih ke ramalan bulanan, peratusannya meningkat kepada 65%;
- GBP/USD. Selain daripada perletakan jawatan Kaunselor Sajid Javid, berkemungkinan besar UK akan memberi lebih banyak kejutan pada saat-saat sukar ini. Seperti kata pepatah, lebih jauh ke dalam, lebih tebal hutannya, itulah yang berlaku ke atas Brexit. Buat masa sekarang, keadaannya adalah seperti berikut. Indikator trend pada H4 menunjukkan: 95% ke arah atas, 5% ke arah bawah, manakala 75% ke arah atas dan 25% ke arah bawah pada D1. Pengayun: pada H4, 90% berwarna hijau, 10% menunjukkan terlebih beli, manakala pada D1 pula semuanya kucar-kacir. Penganalisis tidak mempunyai pendapat yang jelas walaupun kebanyakan daripada mereka (65%) memihak kepada bull jika beralih ke ramalan jangka sederhana. Sasaran paling hampir bull adalah pada 1.3200, rintangannya pula berada pada 1.3070, 1.3115 dan 1.3160. Paras sokongan: 1.3000, 1.2970, 1.2940 dan 1.2880;
- USD/JPY. Setelah berminggu pasangan ini mengikuti trend ke arah sisi, dilihat terdapat percanggahan dikalangan indikator. Bagi 70% penganalisis yang turut mendapat sokongan analisis grafik pada H4 dan juga D1, mereka mengunjurkan pertumbuhan. Pasangan ini akhirnya berjaya melepasi rintangan 110.00 dan naik 80-100 mata lebih tinggi selepas itu jika mengikut senario yang mereka berikan. Baki 30% lagi kekal pesimis. Pada pandangan mereka, penurunan hasil bon kerajaan dan juga pasaran saham mungkin akan menyebabkan penurunan pasangan ini ke zon di antara 109.10-109.30, dan sokongan berada pada paras 108.30 serta 107.65.
- cryptocurrencies. Seperti biasa, ramalan oleh pakar pasaran kripto penuh dengan semangat membara. Kadar tukaran Bitcoin akan melonjak naik kepada $40,000 dalam masa setahun, jelas Tom Lee, pengasas bersama Fundstrat Global Advisors dalam temubual beliau bersama CNBC. Beliau menyatakan pengurangan penghasilannya, wabak coronavirus, ketidakstabilan geopolitik serta mengatasi purata pergerakan selama 200 hari sebagai punca kenaikan harga matawang kripto itu. Menurut Lee, campur tangan White House semasa kenaikan harganya pada tahun lalu adalah disengajakan. Namun pada tahun ini fokus kerajaan AS agak terganggu dengan pilihanraya Presiden yang baru dan mereka tidak akan dapat mengatur kempen untuk menentang Bitcoin.
Anthony Pompliano, rakan kongsi syarikat pelaburan Morgan Creek Digital pula meramalkan pertumbuhan matawang kripto utama ini ke paras lebih tinggi. Beliau yakin kenaikan mendadak kadar tukaran Bitcoin akan berlaku akibat permintaan tinggi terhadap aset itu dan juga bilangannya yang terhad, menyebabkan nilainya mencecah $100,000 menjelang penghujung 2021.
Umumnya, 60% penganalisis menjangkakan nilai pasangan BTC/USD akan melepasi paras $11,000 di antara bulan Februari-Mac. Namun, setelah hanya 20% penganalisis yang memberi amaran: “Hati-hati dengan perubahan trend!” pada minggu lalu, peratusannya kini bertambah, mencecah 40%. Sebilangan pelabur kripto percaya kenaikan nilai Bitcoin dan juga matawang kripto yang lain sejak awal Januari lalu adalah berpunca daripada “wang gelap”. Mereka menjelaskan, order besar sekali-sekala akan masuk di platform dagangan tertentu, bukan bertujuan untuk jualan atau belian matawang kripto, tetapi untuk menghasilkan ilusi ada permintaan terhadap aset tersebut. Seseorang itu akan menghasut para pelabur membeli coin melalui bantuan yang mereka sediakan, menjadikan harganya meningkat. “Nilainya hanya akan naik jika dibantu dengan “wang gelap”. Sampai satu ketika, mereka tidak akan jumpa sesiapa yang ingin membeli aset tersebut apabila mereka mahu mendapatkan untung dengan menjualnya. Inilah yang akan berlaku nanti!” - jelas salah seorang pengguna Twitter yang skeptis dengan kripto.
Dalam situasi seperti ini, syarikat broker NordFX ada menawarkan antara pilihan terbaik untuk berdagang matawang kripto - satu kontrak perbezaan harga, tanpa menggunakan coin sebenar. Dengan cara ini, walaupun anda membuka posisi long atau short, anda tetap akan mendapat untung tidak kira jika nilai Bitcoin melonjak naik, atau apabila nilainya jatuh ke angka sifar.
Roman Butko, NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali