Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Kadar pengangguran di Jerman pada bulan Mac kekal tidak berubah iaitu 5%. Namun data pasaran buruh di AS adalah lebih teruk: 6.648 juta permohonan manfaat tidak bekerja yang baru, pertambahan angka sebanyak 10 juta dalam tempoh dua minggu, bersamaan 6% daripada keseluruhan tenaga buruh. Bilangan pekerjaan baru di luar sektor agrikultur yang terhasil juga menurun: -705K pada bulan Mac berbanding +275K pada Februari. Indikator lain juga hampir sama. Bilangan mereka yang menganggur pada masa ini mungkin akan lebih tinggi berbanding pada zaman kemelesetan dahulu. Dalam masa yang sama, nilai dolar bertumbuh sepanjang minggu, pulih lebih daripada 350 mata berbanding euro. Hal ini menunjukkan pasaran sudah bersedia jika ekonomi di AS runtuh dan mereka telah mengambil kira semua perkara dalam menentukan sebut harganya untuk masa depan. Pertumbuhan nilai dolar juga dibantu oleh kenyataan dari Presiden Trump dan juga Menteri Tenaga Arab Saudi mengenai kemungkinan rundingan dalam format OPEC+ akan disambung semula bagi menghentikan perang ke atas harga minyak. Walau bagaimanapun, seperti yang berlaku dalam menentang wabak COVID-19 coronavirus, tiada yang jelas dalam perkara ini.
Menjelang akhir minggu, setelah lima hari mengalami penurunan, pasangan EUR/USD mencapai zon sokongan/rintangan yang agak kukuh di sekitar 1.0800, dan itulah paras terakhirnya minggu lalu; - GBP/USD. Ramalan paling tepat bagi pasangan ini telah dibuat oleh analisis grafik yang meramalkan pergerakannya ke arah sisi, dan ia amat menakjubkan. Pasangan ini kekal berada pada julat antara 1.2245-1.2485 sepanjang minggu, manakala skop turun naiknya pula tidak melebihi 240 mata, dan ia boleh dianggap rata jika mengikut pada keadaan semasa. Sesetengah penganalisis percaya bahawa pertambahan minat pelabur pada nilai pound yang turun mendadak dalam bulan Mac sebagai puncanya, penurunan sama terhadap masalah ekonomi yang dialami British;
- USD/JPY. Corak yang hampir sama dengan GBP/USD turut kelihatan pada carta pasangan ini, di mana parasnya kekal pada saluran sisi dengan julat turun naik sebanyak 180 mata sepanjang minggu (106.90-108.70). Semua ini berlaku walaupun nilai indeks dolar naik sebanyak 2.5%. Salah satu punca yang menjelaskan keadaan kedua-dua pasangan ini ialah para pelabur serta spekulator terhimpit di antara dua “gergasi”, dolar dan juga euro, dan mereka telah berhenti menyentuh matawang pound serta yen untuk melihat keadaan sebenar serta menunggu apakah tindakan yang akan diambil oleh kedua-dua peneraju ekonomi dunia;
- Matawang Kripto. Jika dilihat semula analisis mengenai situasi di pasaran kripto, kami menggunakan jarak waktu selama tujuh hari daripada Sabtu minggu sebelum ini sehinggalah Jumaat lalu. Turun naik BTC/USD sepanjang tempoh tersebut adalah sebanyak 23%: setelah mengalami penurunan ke paras $5,870 pada hari Isnin, 30 Mac, nilai pasangan ini pulih dan mencapai paras tertingginya iaitu $7,260 pada hari Khamis, 2 April dan diikuti dengan penurun semula di bawah paras $7,000. Jika dilihat pada carta, amat jelas sekali bull berterusan cuba untuk melepasi paras rintangan untuk berada pada paras melebihi $7,000 sejak tiga minggu lepas namun tidak pernah berjaya. Akibat krisis yang berpunca daripada coronavirus, pelabur agak berhati-hati, mereka tidak mahu memindahkan jumlah wang fiat yang besar ke dalam matawang kripto. Nilai keseluruhan modal pasaran kripto tidak berubah sepanjang minggu dan kini berada pada nilai $256 bilion. Indeks Fear & Greed Kripto masih berada di zon merah: dua minggu lalu bacaannya adalah 9, nilainya menjadi 12 tujuh hari kemudian, dan kini ia berada pada bacaan 14 daripada 100 yang ada, masih menunjukkan perasaan takut di pasaran.
Bagi altcoin terkenal seperti Ripple (XRP/USD), Litecoin (LTC/USD) dan Ethereum (ETH/USD) pula, mereka menghasilkan bentuk yang dipanggil “segitiga menaik” setelah mengikuti pergerakan matawang kripto utama, cuba naik untuk berada pada paras melebihi zon rintangan mereka sendiri: Ripple – melebihi $0.18, Litecoin - $41 dan Ethereum - $145.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Para penggubal undang-undang, pihak Rizab dan ECB kini cuba untuk mengawal situasi dengan melambakkan wang murah ke dalam pasaran. Namun kesan daripada krisis corona amat besar sehinggakan ia gagal untuk dikawal dengan pantas. Data mengenai ekonomi AS bagi bulan Mac membuatkan semua orang terpinga-pinga. Bukan itu saja, data bagi bulan April yang akan dikeluarkan sebulan daripada sekarang mungkin kelihatan lebih dramatik. Tambahan lagi, penyata imbangan Rizab Persekutuan semakin hari semakin bertambah, manakala polisi pelonggaran mereka telah mengurangkan daya tarikan dolar sebagai matawang selamat. Semua ini membolehkan para penganalisis di Nordea Markets membuat kenyataan bahawa pasangan EUR/USD mungkin akan kembali ke paras 1.1500 dan bukannya turun ke paras 1.000.
Sebaliknya, walaupun Eurozone mengalami lebihan akaun semasa, keadaan mereka tidak begitu baik. Jerman dan juga ahli-ahli EU daripada negara-negara Utara Kesatuan Eropah yang lain baru-baru ini telah menolak tawaran Itali, Perancis, Sepanyol dan enam lagi negara di zon Euro untuk mengeluarkan bon bersama – bon corona. Sama ada mereka mampu untuk menyelesaikan perbezaan ini hanya akan diketahui tidak lama lagi pada mesyuarat Eurogroup yang akan diadakan pada hari Selasa, 7 April dan dihadiri oleh Menteri Kewangan negara-negara EU, manakala pada hari Rabu, 8 April pula, mesyuarat ECB mengenai polisi kewangan mereka juga akan diadakan. Selain itu, keputusan mesyuarat OPEC pada hari Isnin, 6 April serta keputusan mesyuarat pihak Rizab pada 8 April mungkin akan memberi kesan terhadap pembentukan trend.
Sementara itu, 65% penganalisis yang disokong oleh analisis grafik pada H4, 75% pengayun serta 90% indikator trend menjangkakan trend menurun akan terus berlaku dan pasangan ini akan jatuh ke paras terendah pada 20-23 Mac iaitu di zon 1.0650. Paras sokongan seterusnya adalah pada 1.0500, sasaran mereka adalah paras terendah pada 1 Januari, 2017 iaitu 1.0340.
Perlu diingat jika beralih daripada ramalan mingguan kepada ramalan jangka sederhana, situasinya berubah dengan mendadak, 65% penganalisis menjangkakan nilai pasangan ini akan pulih sekitar penghujung April – pada bulan Mei, ia akan kembali ke paras 1.1100 pada awalnya, kemudian naik ke paras 1.1240, dan akhir sekali naik mencecah paras 1.1500. Dalam masa yang sama, 45% penganalisis tidak menafikan semua ini mungkin boleh berlaku tidak lama lagi;
- GBP/USD. Setelah mengambil keputusan yang amat sukar untuk meninggalkan EU, para penggubal undang-undang British berusaha sedaya upaya mahu menstabilkan keadaan ekonomi mereka. Berdasarkan keadaan itu, 20% penganalisis yang mendapat sokongan analisis grafik pada D1 mengunjurkan trend berterusan pergerakan pasangan ini ke arah sisi pada julat antara 1.2245-1.2485. 50% lagi penganalisis menjangkakan saluran tersebut akan mengalami penurunan dan pasangan ini akan bergerak di zon antara 1.1640-1.1940. Baki 30% lagi penganalisis yang berpihak kepada bull pula berpendapat sebaliknya, mereka menyatakan paras rintangan pasangan ini berada pada paras 1.2475, 1.2625 dan 1.2840. Bagi pengayun pula, walaupun kebanyakan indikator trend berwarna merah, terdapat percanggahan dikalangan mereka: 25% yang berada pada D1 menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan belian, manakala peratusan pengayun yang sama pada H4 menunjukkan ianya memiliki lebihan jualan;
- USD/JPY. 60% penganalisis menjangkakan pasangan ini akan melepasi paras rintangan 108.70 serta pengukuhan nilai dolar ke paras 111.65. Pertumbuhan pasangan ini ke paras yang lebih tinggi masih menjadi tanda tanya kerana beberapa percubaan sebelum ini sepanjang 20 hingga 25 Mac tidak menunjukkan sebarang hasil.
Penyokong bear dikalangan penganalisis kini menjadi golongan minoriti - 40%, sasaran mereka adalah untuk kembali ke sempadan bawah koridor di antara 106.90-108.70. Jika ia berjaya melepasi paras tersebut, pasangan ini pada mulanya akan turun ke paras 105.00, kemudian 103.15, dan akhir sekali ke paras terendah pada 9 Mac iaitu 101.15. Sukar untuk jangkakan berapa banyak penurunan kali ini namun melihat pada turun naik sebanyak 700 mata dalam seminggu baru-baru ini, ia mungkin akan berlaku dengan cepat.
Bagi indikator pula, perbezaannya hampir sama dengan GBP/USD. 70% indikator trend serta 75% pengayun pada H4 adalah berwarna hijau, manakala selebihnya adalah berwarna merah. Pada D1 pula gambaran berbeza yang ditunjukkan. Situasi berkompromi diberikan oleh analisis grafik pada H4: pertama pertumbuhan ke zon 111.00, kemudian penurunan mendadak pada mulanya ke paras sokongan 108.00, kemudian turun 100 mata lebih rendah; - Matawang Kripto. Penganalisis Messari Cao Wang percaya bahawa Bitcoin akan mendominasi lebih daripada 90% pasaran matawang kripto menjelang penghujung krisis yang dialami sekarang, dan bukannya 66% kerana sebilangan besar pelabur lebih gemar berdagang mengggunakan coin yang sudah diuji dan boleh dipercayai ketika kemerosotan pasaran yang sedang berlaku. Dalam masa yang sama, melihat pada platform analisis Skew, berdasarkan kaji selidik mengenai penglibatan orang ramai dalam dagangan opsyen, nilai pasangan BTC/USD tidak akan memperbaharui nilai maksimumnya sebanyak $20,000 pada tahun ini, dan hanya 4% kebarangkalian untuk ia berlaku. Malah hanya sebilangan kecil spekulator opsyen meramalkan pertumbuhannya untuk melepasi paras $10,000.
Walau bagaimanapun, pelabur masih lagi menaruh harapan ke atas cetakan wang baru yang dibuat oleh bank-bank pusat negara-negara membangun akibat daripada krisis. “Lambakan wang ke dalam sistem kewangan dengan jumlah yang amat besar akan dibuat tidak lama lagi”, CEO bursa kripto Binance, Changpeng Zhao menjelaskan dalam ciapan Tweeter beliau. Samson Mow, Ketua Pegawai Strategi di Blockstream juga bersetuju. Beliau berpendapat, keputusan yang diambil Rizab Persekutuan AS untuk mencetak $6.2 trilion dolar adalah suatu pengiklanan hebat buat Bitcoin kerana matawang kripto dicipta hanya untuk mengimbangi wang yang dicetak secara berlebihan. Hakikatnya, dengan lebihan wang fiat yang mungkin akan susut nilainya, pelabur mungkin akan sekali lagi beralih ke pasaran matawang kripto dan nilai BTC mungkin akan naik mendadak.
Data dari perkhidmatan analisis Glassnode juga dilihat agak optimis, ia menunjukkan bilangan walet yang mengandungi sekurang-kurangnya satu coin BTC telah mencecah rekod tertinggi iaitu sebanyak 800 ribu. Bursa matawang kripto Kraken, OKEx, Bitfinex, Paxful dan juga Luno turut melaporkan peningkatan pengguna baru yang berpunca daripada coronavirus. Sebagai contoh, Kraken melaporkan bilangan pendaftaran baru pada platform mereka meningkat sebanyak 83%.
Bagi si pesimis pula, kita boleh merujuk kepada pedagang dan juga seorang penganalisis terkenal iaitu Peter Brandt yang percaya Bitcoin mungkin akan mengalami “masalah besar” jika tidak menunjukkan sebarang pertumbuhan akibat daripada kejatuhan pasaran kewangan tradisional.
Kesimpulannya, ini adalah satu lagi ramalan jangka panjang yang mungkin tidak akan menggembirakan sesiapa termasuklah mereka yang pernah membeli Bitcoin dengan nilai $20,000 dan kemudian melihat harganya turun sejak itu. Mengikut penganalisis di Kraken, harga Bitcoin mampu mencecah $350,000 pada tahun 2044 dan kejayaan ini akan dibantu oleh peralihan wang sebanyak $68 trilion dalam bentuk pusaka daripada “baby boomers” kepada generasi “digital” yang lebih muda. Justeru, tuan-tuan dan puan-puan, ia bukanlah satu kerugian yang teruk!
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali