Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Tiada berita baik yang boleh ditawarkan AS terhadap pasaran. Ketegangan antara Beijing dan Washington yang berpanjangan, lonjakan tuntutan manfaat pengangguran, serta penularan wabak COVID-19 telah membuatkan para pelabur bimbang, menimbulkan keraguan mengenai pemulihan ekonomi di Amerika yang akan berlaku. Indeks Nasdaq dan S&P500 mengalami kerugian pada penghujung minggu. Namun, penurunan tersebut masih tidak terlalu besar untuk mengembalikan minat para pelabur terhadap dolar - indeks USD (DXY) terus mengalami penurunan dan kini sudahpun mencecah paras 94.4, lebih rendah berbanding paras terendah yang dicatatkan pada 9 Mac, 2020.
Dalam ucapannya pada hari Khamis, 23 Julai, ketua Jabatan Perbendaharaan, Steven Mnuchin maklum tentang nilai dolar yang semakin susut serta menekankan niat AS dalam melindungi kestabilannya. Namun, Mnuchin dalam ucapan yang sama turut menyatakan sebagai tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi keempat dengan nilai sebanyak $1 trilion yang kini sedang dibincangkan di Kongres, pakej kelima juga mungkin diperlukan. Semua ini, bersama-sama dengan likuiditi murah dari pihak Rizab serta vaksin coronavirus yang mungkin akan ditemui akhirnya dapat sekali lagi mengubah arah pergerakan pasaran saham ke atas, manakala nilai dolar akan terus bergerak ke paras yang lebih rendah.
Mengikut perancangan Pesuruhjaya Kesatuan Eropah, tugas untuk mengenakan tekanan yang lebih berat ke atas matawang AS adalah dengan mengeluarkan bon berjumlah €750 bilion pada masa hadapan. Sebahagian besar emas dan juga rizab tukaran asing milik China kini adalah dalam denominasi dolar. Jumlahnya melebihi $3 trilion. Jika Beijing mengambil keputusan untuk memindahkan sebahagian daripada jumlah itu kepada bon Euro akibat tersinggung dengan Amerika Syarikat serta Presiden Trump, ia sekali lagi akan menyebabkan kejatuhan nilai matawang dolar, yang kini sudahpun memberikan hasil sebanyak 465 mata kepada euro dalam bulan Julai saja. Daripada jumlah itu, 215 mata adalah keuntungan yang dibuat pada minggu lalu.
Perkembangan seperti ini telah dijangka oleh 80% penganalisis yang mendapat sokongan 75% pengayun serta 95% indikator trend. Ternyata ramalan mereka benar-benar berlaku, namun pasangan EUR/USD bukan saja melepasi paras rintangan pada 1.1500, tapi mencecah ketinggian 1.1650, paras terakhir semasa ia mengakhiri sesi lima hari dagangan; - GBP/USD. Majoriti penganalisis (70%) menjangkakan penurunan berterusan kadar permintaan pasaran terhadap matawang dolar, dan hal ini akan membantu pasangan GBP/USD untuk terus bergerak ke atas yang bermula sejak 30 Jun. Sasaran utama mereka adalah paras tertinggi pada 10 Jun iaitu 1.2810, dan secara praktikalnya sasaran tersebut berjaya dicapai: pasangan ini naik ke paras 1.2803 pada petang Jumaat, 24 Julai. Kemudian nilai dolar sedikit pulih selepas itu, dan pergerakannya terhenti pada paras 1.2790;
- USD/JPY. Selain daripada lonjakan yang berlaku antara 2-5 Jun, pasangan ini gagal untuk melepasi julat koridor sisi antara 106.00-108.00 selama 15 minggu. Selain itu, saluran tersebut semakin mengecil pada minggu lalu, dengan julat sebanyak 75 mata saja. Dalam keadaan ini, pendapat para penganalisis terbahagi sama rata: 50% memilih pertumbuhan, 50% lagi memilih penurunan. Namun 85% pengayun serta 100% indikator trend pada D1 menunjukkan penurunan, dan ternyata itulah yang berlaku. Cubaan pertama untuk melepasi paras sokongan 106.65 pada hari Selasa 21 Julai berakhir dengan kegagalan. Namun usaha bear tidak terhenti di situ, pasangan ini sekali lagi membuat percubaan baru pada hari Khamis 23 Julai, dan kali ini berjaya melepasinya. Ia mencapai paras terendah mingguan 105.65 pada petang Jumaat, dan mengakhiri minggu dengan berada di zon 106.00 beberapa jam selepas itu;
- Matawang Kripto. Tiada sebarang kejadian luar biasa yang berlaku pada pasaran kripto pada minggu lalu. Terdapat berita baik dan berita buruk. Kita mulakan dengan berita buruk dahulu.
Pakar-pakar di Cisco Talos membuat penemuan tentang botnet yang menjangkiti kira-kira 5,000 buah komputer sebagai penghasil Monero secara tersembunyi. Ia sesuatu yang bagus. Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk mengenalpasti siapakah dalangnya, agakan mereka adalah dari Eropah Timur. Ini sesuatu yang teruk. Manakala di China, para penggodam telah merampas 10,000 peranti penghasil dari ladang pelayan Bitmain, malapetaka bagi Bitmain namun sesuatu yang menguntungkan para penggodam.
Bagi berita global yang lebih lanjut, kami tertarik dengan keputusan syarikat gergasi Mastercard yang ingin membuka akses terhadap sistem bayaran mereka kepada syarikat-syarikat matawang kripto. Pengeluar kad kripto pertama adalah Wirex, sebuah syarikat pemula di British yang membenarkan anda untuk menyimpan serta membelanjakan kedua-dua matawang fiat dan juga digital dengan menggunakan kad mereka, serta membuat tukaran sesuatu aset kepada nilai aset yang lain.
Nama pelobi yang menghalang kerajaan AS daripada mengharamkan sepenuhnya bitcoin kini sudah diketahui. Pembongkaran itu dibuat oleh ketua Grayscale Investments, Barry Silbert. “Dari segi hubungan kami dengan Washington, kami sebagai sebuah industri sedang melalui satu tempoh yang amat mengujakan. Dua buah pertubuhan - Blockchain Association dan juga Coin Center sedang mengusulkan tentang kelebihan yang dimiliki teknologi serta kelas aset ini kepada para penggubal polisi. Risiko perundangan yang amat digeruni dan wujud sebelum ini, kini sudah berakhir,” penjelasan yang diberikan kepada para pelaburnya.
Walaupun keadaan di AS yang semakin pulih sedikit sebanyak telah membantu bitcoin, ia masih belum mencapai tahap ideal lagi. Menurut penganalisis di Fidelity dan juga BitOoda, pasaran dalam sektor penghasilan di AS semakin lama semakin berkurangan akibat pelbagai sekatan undang-undang. Segmen yang ada di AS kini hanyalah sebanyak 14%, manakala China mengawal lebih daripada 50% kapasiti dunia. Menurut penganalisis Max Keyser pula, kadar hash bitcoin mungkin akan menjadi faktor utama dalam konfrontasi antara Amerika Syarikat dengan Iran dan juga Venezuela pada masa depan kerana sedikit demi sedikit bahagian yang dimiliki Amerika kini menjadi kepunyaan mereka.
Bagi pergerakan matawang kripto utama pula, ramalan yang diberi para penganalisis pada minggu lalu juga 100% tepat. Jika diingat 55% penganalisis menyokong kenaikan paras pasangan BTC/USD ke zon di antara $9,400-9,700. Itulah yang berlaku - bermula pada paras $9,150, ia mengalami kenaikan sepanjang tujuh hari yang berkemungkinan besar disebabkan oleh penyusutan nilai dolar. Pada hari Khamis, 23 Julai, pasangan ini mencecah paras tertingginya iaitu $9,675, peningkatan sebanyak 5.7%, diikuti pula dengan nilai dolar yang sedikit pulih, dan akhirnya turun ke zon $9,500 selepas itu.
Harus diingat bahawa bitcoin gagal untuk melepasi paras rintangan $9,700 selama 6 minggu berturut-turut, walaupun Indeks Fear & Greed Kripto telah menunjukkan bacaan 53 (minggu lalu bacaannya adalah 41). Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto bertambah sebanyak $15 bilion (kini jumlahnya $286 bilion). Walau bagaimanapun, BTC hanya menyumbang separuh daripada nilai pertambahan ini, baki 50% lagi telah disumbangkan oleh altcoin dan stablecoin.
Satu-satunya matawang kripto dengan volum dagangan harian melebihi satu bilion dolar adalah stablecoin Tether (USDT), ia menunjukkan perolehan harian sebanyak $1.5 bilion. Satu lagi stablecoin, USD coin (USDC) hanya memperoleh $32 juta. Menurut pihak penyedia Messari, sebagai perbandingan, nilai perolehan harian sebenar BTC kini adalah kira-kira $430 juta. Perhatikan jumlah keseluruhan modal pasaran Tether sekali lagi melebihi $10 bilion (kini ia bersamaan dengan $175 bilion bitcoin).
Dikalangan 10 coin digital teratas, Ethereum masih menunjukkan kadar pertumbuhan maksimum. Ia mengalami pertumbuhan sebanyak 210% dalam tempoh 4 bulan dan hampir mencapai kadar tertinggi sebelum krisis pada Februari 2020. Kadar pertumbuhan pasangan ETH/USD adalah kira-kira 20% sepanjang tujuh hari yang lalu.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Secara umum, pakej rangsangan ekonomi yang keempat dan kelima, likuiditi oleh pihak Rizab serta penghasilan vaksin COVID-19 mampu menyokong sepenuhnya pasaran saham. Walau bagaimanapun, menurut para penganalisis di Moody’s Analytics, jika keputusan untuk merangsang ekonomi Amerika gagal diputuskan oleh pihak Kongres untuk jangka masa yang lama, risiko berlakunya kemelesetan berganda akan meningkat. Selain itu, sebelum berakhirnya penularan wabak, kadar pengangguran akan terus berada dalam bacaan dua digit. Faktor-faktor ini mampu merendahkan lagi paras indeks Nasdaq dan juga S&P500, dan seterusnya mengembalikan minat para pelabur ke atas dolar sebagai aset selamat.
Jelas menunjukkan bahawa 100% indikator trend pada H4 dan juga D1 adalah berwarna hijau semasa sesi dagangan berakhir pada 24 Julai. Dikalangan pengayun pula, 75% menunjukkan warna yang sama, dan baki 25% lagi memberi isyarat bahawa pasangan EUR/USD memiliki lebihan belian. 45% penganalisis menjangkakan sekurang-kurangnya ia akan mengalami proses pembetulan ke arah bawah, manakala 35% memilih pergerakannya berubah mengikut trend mendatar, dan baki 20% mengunjurkan pertumbuhan pasangan ini. Paras sokongan berada pada paras 1.1500 dan 1.1380, rintangannya pula berada pada paras 1.1740 dan 1.1825.
Bagi analisis grafik pula, H4 memberi gambaran pasangan ini akan pulih dari paras rintangan 1.1650 dan penurunan hampir ke paras 1.1565. Pada D1, julat ayunannya adalah lebih besar: pertama sekali, penurunan ke paras 1.1500, dan kemudian naik ke paras 1.1740.
Untuk perkara-perkara penting yang berkaitan dengan makroekonomi pada minggu hadapan, mereka menjangkakan: data pasaran pengguna di AS yang akan dikeluarkan pada 27 Julai, keputusan pihak Rizab mengenai kadar pinjaman serta sidang media oleh pihak pengurusannya pada 29 Julai (mengikut ramalan, kadarnya tidak akan berubah pada 0.25%), data KDNK di Jerman dan juga Amerika Syarikat yang akan diketahui pada 30 Julai, serta data pasaran pengguna, data KDNK di Eurozone dan juga data jualan runcit di Jerman yang akan dikeluarkan pada minggu terakhir yang juga hujung bulan iaitu pada 31 Julai. Ketahuilah, menurut unjuran, penurunan KDNK (Q2) di Amerika Syarikat mungkin mencecah -35%, 7 kali lebih tinggi berbanding nilai sebelumnya (-5%);
- GBP/USD. “Matawang euro dan juga pound” - itulah ramalan untuk pasangan GBP/USD pada minggu ini. Seperti apa yang berlaku kepada EUR/USD, 45% daripada penganalisis bersetuju dengan perubahan arah pasangan ini ke bawah, 35% lagi memilih trend mendatar, manakala baki 20% mengunjurkan pertumbuhannya. Indikator memberikan gambaran yang hampir serupa: 100% indikator trend serta 75% pengayun menunjukkan pertumbuhan, hanya 25% daripada baki itu memberi isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan belian.
Harus diingat pada 24 Julai, pasangan ini hampir mencapai paras tertinggi yang dicatatkan pada 10 Jun iaitu 1.2810, dan mengakhiri tujuh hari dagangan dengan kitaran berbentuk V. Justeru, kebarangkalian untuk proses pembetulan ke arah bawah berlaku adalah tinggi. Sasaran bear mungkin untuk kembali ke zon di antara 1.2480-1.2670, dan paras sokongan paling hampir berada pada 1.2715. Jika pasangan ini berjaya melepasi paras rintangan pada 1.2810, tidak kira jika ia terus bergerak ke atas, sasarannya adalah untuk berada pada paras 1.3020, 1.3070 dan 1.3200; - USD/JPY. Seperti yang dinyatakan di atas, pasangan ini tidak berjaya untuk melepasi koridor sisi di antara 106.00-108.10 selama 15 minggu. Walau bagaimanapun, ia melepasi sempadan bawahnya pada hari Jumaat, 24 Julai dan turun ke paras 105.65. Memang benar, ia kemudiannya mengubah arah pergerakan dan mengakhiri tempoh lima hari di sekitar 106.00. Justeru, apa yang berlaku sebenarnya: kejayaan palsu, pergerakan eselon ataupun trend meluru yang serius? Kita akan ketahuinya tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, ramalan untuk yen Jepun adalah seperti berikut: 60% penganalisis memilih pengukuhan nilai dolar dan kembalinya pasangan ini ke julat dagangan di antara 106.00-108.10. Sasaran mereka adalah 106.65, 107.50 dan sudah pastinya, 108.10. Baki 40% lagi percaya minat para pelabur ke atas yen sebagai aset selamat masih melebihi minat ke atas dolar untuk tujuan yang sama, dan pasangan ini akan terus mengalami penurunan. Paras sokongan berada pada 105.65 dan 105.00.
Bagi indikator pula, bacaan mereka adalah bertentangan sepenuhnya dengan bacaan untuk matawang euro dan juga pound. Warna merah: 85% pengayun serta 90% indikator pada H4, 70% pengayun serta 95% indikator trend pada D1, manakala 15% pengayun pada H4 dan 30% pada D1 memberikan isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan jualan; - Matawang Kripto. Sesetengah penganalisis sering membincangkan tentang kaitan bitcoin dengan pasaran saham. Mereka berpendapat, perubahan yang berlaku di indeks saham turut mengubah sebut harga bitcoin. Begitu pun, mungkin bukanlah perkara tersebut yang berlaku, cuma pada pandangan pelabur institusi, saham dan matawang kripto adalah aset berisiko yang bebas dan nilainya bergantung kepada nasib yang bakal menimpa dolar. Disamping itu, berbanding pasaran tradisional, pasaran kripto adalah agak kecil, dan apa saja tindakan yang diambil oleh para spekulator, ia mampu memberi impak yang mengujakan, sehingga kadang kala kucar-kacir jadinya.
Selain itu, pendapat penganalisis adalah seperti berikut. 45% daripada mereka percaya bahawa pasangan BTC/USD akan terus bergerak secara mendatar dan tidak akan melepasi koridor antara $9,000-9,700. 45% lagi tidak menolak kemungkinan bitcoin akan cuba untuk melepasi zon $9,800-10,000, dan hanya 10% saja yang menjangkakan penurunannya di bawah nilai $9,000. Dalam masa yang sama, 65% daripada mereka yakin bahawa matawang kripto masih lagi mampu untuk berada pada paras impian mereka iaitu $10,000 dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali