Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Telah kami tekankan pada minggu sebelum ini mengenai pergerakan sama ada ke atas mahupun ke bawah pada saluran 1.1700-1.1910 sajalah yang mampu memberi gambaran jelas ke atas trend dominan dalam keadaan aktiviti yang semakin reda sekarang. Pasangan ini telah bergerak di dalam julat ini selama empat minggu. Namun gangguan tidak pernah berlaku: lagipun sekarang kita berada dalam bulan Ogos, belum tiba musim cuti dan tiada sebarang kejutan yang mampu untuk mengganggu pasaran. Situasi menunjukkan para pelabur bersedia untuk membeli semula pinjaman walaupun ianya kecil atau menutup posisi dengan keuntungan sederhana. Akibatnya, bull gagal untuk melepasi paras 1.1965, dan pasangan ini kembali ke garisan tepi di antara 1.1700-1.1910, mengakhiri minggu tidak jauh dari garis tengah dengan berada di zon 1.1795;
- GBP/USD. Matawang British juga bergerak mengikut trend mendatar, kekal berada pada saluran sama untuk tiga minggu berturut-turut. Perbezaan paling ketara dalam tempoh lima hari sebelumnya adalah dominasi sentimen bull yang lebih berpunca daripada penyusutan nilai dolar berbanding pengukuhan pound. Jika paras yang hampir pada 1.3075 dilihat sebagai Pivot Point semasa awal bulan Ogos, kini ia bertukar menjadi paras sokongan. Bermula dari paras itu, bull menolak pasangan GBP/USD ke paras 1.3265 sebanyak dua kali, dan sebanyak dua kali juga ia kembali ke paras sokongan yang dinyatakan tadi, dan kedudukan terakhirnya berada dekat dengan pada paras tersebut iaitu pada 1.3090;
- USD/JPY. Zon 106.00-108.10 adalah julat bagi pasangan yang telah didagangkan sebanyak 75% sejak 20 minggu lalu. Kebanyakan penganalisis menjangkakan pasangan ini akan kekal dalam julat tersebut, selain daripada kemungkinan kedudukan had atas yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengukuhan nilai dolar yang dijangka tidak berlaku, manakala isyarat yang diberikan pengayun tentang lebihan belian serta mengelak daripada membuka posisi long ternyata tepat. Akhirnya, setelah melepasi sokongan pada 106.00, pasangan ini jatuh 100 mata lebih rendah yang juga paras terendah mingguannya. Kemudian, ia tidak mampu untuk melepasi paras 106.00 selepas nilainya pulih, kini iamenjadi paras rintangan, dan ia mengakhiri sesi dagangan pada paras 105.80;
- Matawang Kripto. Nilai bitcoin telah naik daripada $4,000 kepada $12,000 sejak lima bulan yang lalu. Kebanyakan penganalisis percaya bahawa punca utama pertambahan itu adalah disebabkan lambakan matawang dolar ke dalam pasaran oleh pihak Rizab Persekutuan AS untuk mengeluarkan mereka daripada krisis akibat daripada wabak COVID-19. Dengan mempelbagaikan portfolio mereka, para pelabur telah melaburkan sebahagian daripada wang mereka ke dalam emas serta aset digital yang telah menunjukkan pertumbuhan berterusan sejak kebelakangan ini. Sebahagian lagi wang mereka dilaburkan di tempat yang sepatutnya iaitu pasaran saham. Jika bitcoin menunjukkan pertumbuhan sebanyak 200%, kenaikan harga emas hanyalah lebih kurang 30%, manakala indeks S&P500 pula cukup-cukup makan untuk melepasi paras 50%.
Di Amerika Syarikat pula, menurut portal analisis kewangan TradingView, matawang kripto utama itu telah melangkaui populariti saham-saham utama syarikat milik negara berkenaan, berada hanya di belakang Tesla milik Elon Musk. Boeing pula menduduki tempat ketiga.
Data daripada satu lagi tinjauan yang dibuat oleh penganalisis terkenal dengan gelaran Plan B juga agak menarik, hampir 22.6 ribu orang pengguna Twitter telah mengambil bahagian. Apabila ditanya “Jika tiada peningkatan mendadak untuk beberapa tahun akan datang, pada nilai berapakah anda akan menjual bitcoin?” 5.8% daripada responden meletakkan nilai di bawah $1,000, peratusan yang hampir sama meletakkan nilai di antara $1000-$3000. 16.2% daripada mereka mungkin akan menjualnya di sekitar $6,000. Baki 72% peserta pula menyatakan kesanggupan mereka untuk terus menyimpan bitcoin walaupun nilainya turun hampir kepada sifar.
Dalam masa yang sama, nilai matawang kripto utama itu masih lagi jauh dari paras “sifar”. Nilai bitcoin berubah mengikut arah yang bertentangan dengan dolar - jika indeks USD (DXY) jatuh, nilai BTC akan naik, dan juga jika sebaliknya. Seperti yang dijangka kebanyakan daripada penganalisis kami, pada permulaan minggu, indeks DXY jatuh daripada 93.1 kepada 92.6, pasangan BTC/USD pula mengalami pertumbuhan, naik melepasi paras rintangan $12,000 sehingga mececah ketinggian $12,470. Nilai dolar selepas itu kembali ke paras di atas 93, dan nilai bitcoin turun ke paras sokongan yang kukuh dan baru iaitu $11,600.
Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto sedikit berubah sepanjang minggu lalu, turun daripada $370 bilion kepada $366 bilion. Indeks Fear & Greed Bitcoin pula berada pada suku terakhir skala untuk empat minggu berturut-turut dan bacaannya sedikit naik – daripada 78 kepada 81 mata. Ini bermaksud penurunan nilai pasangan ini daripada $12,470 kepada $11,600 tidak memuaskan pasaran dan ia kekal memiliki lebihan belian.
Sedikit mengenai altcoin. Sejak kebelakangan ini, tumpuan sering diberikan terhadap ethereum, dan ia sememangnya perlu. Penganalisis di The Block Larry Cermak percaya walaupun trend ini terus berlaku, ethereum mampu untuk menjadi aset paling dikehendaki dalam dunia korporat. “Kita tidak boleh mengabaikan keuntungan daripada komisyen yang diperoleh penghasil di Monero, Bitcoin Cash serta BSV. Saya berpendapat tidak lama lagi akan wujud dua watak penting dalam permainan ini, bitcoin dan juga ethereum. Beliau merasakan perbezaan dalam indikator yang mereka tunjukkan akan menjadi lebih ketara pada masa akan datang dan altcoin secara rasminya akan diiktiraf sebagai teraju utama.
Walau bagaimanapun, ETH bukanlah kripto paling menguntungkan di pasaran buat masa sekarang, tetapi yearn finance (YFI). Coin inilah yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 20 kali ganda dalam tempoh sebulan, malah lebih tinggi nilainya berbanding bitcoin, mencecah paras $15,400. Untuk pengetahuan, para pembangun YFI telah memilih untuk mengikuti jejak matawang kripto utama dengan menghadkan peredaran coin mereka sebanyak 30,000 saja, disebabkan itulah nilainya melonjak setinggi itu. Bukan rahsia lagi nilai YFI akan kekal pada paras tersebut atau mungkin meningkat lebih tinggi. Kita juga mungkin akan dapat lihat nilainya turun secara mendadak tidak lama lagi. Dengan fakta seperti yang dinyatakan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa selain daripada coin TOP-10, banyak instrumen lain yang telah dan akan dihasilkan di pasaran kripto selagi ianya mampu memberi pulangan beribu kali ganda akibat spekulasi jangka pendek.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Bilangan tuntutan awal bagi faedah pengangguran di Amerika Syarikat sekali lagi melebihi 1 juta pada minggu lalu. Statistik aktiviti pembuatan di New York dan Philadelphia juga agak menyedihkan. Melihat pada keadaan itu, bull cuba untuk memperbaharui paras tertinggi yang dicapainya selama berbulan dan meletakkannya pada nilai melebihi 1.2000. Namun percubaan itu gagal, pasangan ini kembali ke had pada saluran antara 1.1700-1.1910, dan penanda aras utama pasaran itu masih menunjukkan prospek mungkin akan berlakunya gelombang wabak COVID-19 yang baru pada musim bunga nanti.
Sekilas pandang, situasi epidemiologi yang melanda Eropah seharusnya dapat meyakinkan para pelabur mengenai ekonomi di eurozone yang akan pulih lebih pantas berbanding ekonomi di AS. Namun situasinya bertambah buruk hari demi hari. Di Jerman, kadar jangkitan COVID-19 telah melebihi kadar tertinggi untuk bulan Mei, di Perancis pula, bilangan kes bertambah sebanyak 50% dalam masa seminggu, naik lebih 1,500 kes, di Sepanyol, kira-kira 4,800 kes jangkitan direkodkan setiap hari, ini bermaksud, daripada jumlah 1 juta orang, bilangannya hanya kurang 25% berbanding jumlah di AS. Justeru, terdapat kemungkinan langkah-langkah kuarantin yang diambil EU akan diperketatkan semula dan seterusnya memberi kesan buruk sekali lagi terhadap ekonomi mereka, memaksa pihak ECB untuk menambah jumlah program pelonggaran kuantitatifnya (QE). Akibatnya, pasangan EUR/USD akan mengalami penurunan.
Dalam pada itu, selain daripada keraguan mengenai berapa lama masa yang diambil untuk ekonomi di AS pulih, matawang dolar terus mendapat tekanan daripada jumlah wang yang dibekalkan pihak Rizab, pertambahan hutang negara, penyusutan hasil bon kerajaan, ketegangan yang memuncak dalam konfrontasi dengan China, serta siapakah yang akan memenangi pilihanraya presiden kelak. Disebabkan itu, indeks USD (DXY) yang menunjukkan nisbah dolar kepada 6 matawang utama lain jatuh daripada paras tertinggi pertengahan Mac (104 mata) ke paras terendah pada Mei 2018 di sekitar 92-93 mata.
Hari ini, kebanyakan penganalisis masih lagi menggemari matawang dolar. 60% daripada mereka percaya pasangan EUR/USD mampu untuk melepasi paras sokongan pada 1.1700 dan turun sekurang-kurangnya 100 mata lebih rendah lagi. Menurut baki 40% pula, pasangan ini akan terus kekal pada julat dagangan antara 1.1700-1.1910, dan ia dipersetujui oleh analisis grafik pada D1.
Indikator pada H4 yang menampakkan trend menjelang akhir minggu lalu adalah berwarna merah. Namun terdapat kekeliruan warna yang menyeluruh berlaku pada D1, dan ia mengesahkan lagi tentang ramalan pergerakan pasangan ini secara mendatar.
Ini adalah maklumat positif bagi mereka yang mahukan kejayaan ke atas euro dan bukannya dolar untuk tempoh jangka sederhana. Jika anda lihat pada pasaran opsyen, ia tidak mengecualikan pertumbuhan pasangan EUR/USD ke paras 1.2200-1.2500. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa COVID-19 pastinya akan mengubah kedudukan pasaran ini pada musim bunga nanti. Salah satu faktor penentunya adalah kemunculan vaksin dalam menangani wabak tersebut serta skala dan juga kepantasan proses vaksinasi itu di negara-negara yang berbeza.
- GBP/USD. “Euro dan pound mengalami perkara yang sama” — inilah ramalan ke atas pasangan GBP/USD untuk tiga minggu berturut-turut. Seperti EUR/USD, 60% penganalisis memilih penurunan pasangan ini. Mereka mendapat sokongan 75% daripada pengayun, 80% indikator dan juga analisis grafik pada H4. Sokongan paling kukuh berada pada paras 1.3000. Jika berjaya dilepasi, bear akan cuba untuk mengubah kedudukan pasangan ini ke eselon di antara 1.2665-1.2765.
Warna “hijau” masih memiliki kelebihan dikalangan indikator pada D1. Selain itu, isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan jualan juga ditunjukkan oleh 25% pengayun pada H4. Menurut 40% penganalisis, dua saluran bersisi boleh dihasilkan untuk pasangan ini. Pertama sekali, saluran sempit - 1.3075-1.3185, manakala saluran kedua agak lebar jika kemeruapan berlaku - 1.3000-1.3265. Sasaran bull untuk memperbaharui paras tertinggi 2019 iaitu 1.3515 agak sukar untuk dicapai dalam masa terdekat ini; - USD/JPY. 50% penganalisis percaya bahawa pasangan ini akan menguji kekuatannya sekali lagi untuk berada di zon 105.00 dan mencecah paras terendah pada 31 Julai iaitu 104.18. Senario ini disokong oleh 60% pengayun serta 100% indikator trend pada D1. Baki indikator pada kedua-dua tempoh masa menunjukkan warna kelabu neutral. 15% lagi penganalisis juga mengambil posisi neutral. Baki 35% lagi penganalisis meramalkan pasangan ini akan kembali ke julat dagangan antara 106.00-108.10;
- Matawang Kripto. Seperti biasa, liputan berita dipenuhi dengan kenyataan penuh optimis oleh para penganalisis kripto. Anthony Pompliano, CEO di Syarikat Pelaburan Morgan Creek: “Saya jangkakan nilai bitcoin akan melangkaui jumlah modal pasaran emas menjelang 2029. Selepas itu barulah kebanyakan institusi-institusi kewangan tidak lagi takut akan matawang kripto dan mula melabur dengan jumlah yang besar ke dalamnya. Matawang dolar dan yang lain-lain telah menunjukkan kelemahan mereka terhadap ketegangan geopolitik dan juga wabak pada tahun ini. Bitcoin bukan saja dapat bertahan, malah telah meningkatkan potensinya,” jelas Pompliano.
Jason Williams, pengasas bersama firma teroka Morgan Creek Digital berkeyakinan bahawa pelabur lagenda yang juga musuh kepada matawang kripto iaitu Warren Buffet akhirnya akan menjadikan bitcoin sebagai salah satu portfolio dalam syarikat induk beliau, Berkshire Hathaway. Malah ia boleh berlaku tanpa beliau sedari. “Mereka adalah pengurus dan penganalisis muda yang memberi penekanan terhadap dagangan emas dan BTC. Beliau sendiri mungkin tidak akan menyedarinya,” jelas WIlliams.
Bitcoin akan mencecah nilai $100,000 pada musim panas akan datang, lebih tepat lagi pada 16 Ogos, 2021. Ramalan ini dibuat oleh seorang penganalisis dengan nama samaran Bit Harrington berdasarkan model Stock-to-Flow (S2F) yang digunakan di pasaran emas. Beliau menyatakan nilainya agak tinggi untuk tempoh sebegitu namun mengakui bitcoin biasanya bergerak menentang sentimen bearish.
Penganalisis dan usahawan Mark Van Der Chase menerangkan bagaimana ramalan tersebut akan menjadi kenyataan. “Ramai orang merasakan ianya mustahil,” beliau menulis, “namun saya telah melihat pertumbuhan 1000% dalam tempoh kurang setahun sekurang-kurangnya dua kali dalam sejarah BTC (pada tahun 2013 dan 2017). S2F dilihat agak berjaya selepas penghasilannya dikurangkan. Jika perasaan takut untuk rugi terus menghantui, tiada apa yang mustahil. "
- Ketua Galaxy Digital Holding Mike Novogratz sekali lagi mengatakan nilai bitcoin seharusnya naik sekurang-kurangnya kepada 20 ribu dolar menjelang akhir tahun ini. Penganalisis Plan B yang menjadi orang pertama memohon S2F terhadap bitcoin telah menghasilkan sebuah carta yang menunjukkan buat pertama kalinya sejak 2017, matawang kripto ini mungkin akan mencecah nilai $14,000 dalam tempoh dua minggu lagi. Apa yang menariknya, walaupun terdapat kenyataan optimis seperti itu, kebanyakan penganalisis agak tenang melihat pada prospek BTC. Mereka tidak mengecualikan bitcoin yang menjadi alternatif kepada matawang fiat akan mendapat dorongan baru dan bertumbuh semasa gelombang kedua wabak ini. Pasti, jika benar, ia akan berlaku pada musim luruh nanti. Namun setakat ini 70% daripada penganalisis menjangkakan pasangan BTC/USD akan terus bergerak di sepanjang Pivot Point $11,000 pada permulaan musim bunga dengan penurunan dan pertumbuhan maksimum masing-masing pada paras $9,500 dan $13,000. Hanya 30% penganalisis percaya pasangan ini mampu untuk terus berada di ketinggian melebihi $12,000 pada minggu hadapan.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali