Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:
- EUR/USD. Seperti yang dijangka dalam ramalan sebelum ini, disebabkan oleh kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden A.S., pertumbuhan kadar saham di A.S serta perkembangan terkini mengenai COVID-19, matawang euro dan lain-lain matawang yang bersaing dengan dolar dengan mudah mendapatkan semula kedudukan mereka yang hilang sebelum ini.
Bagi coronavirus pula, tiada khabar berita positif yang diterima daripada barisan hadapan. Tambahan lagi, proses mengundi pada pilihan raya itu telah mengakibatkan rekod jangkitan baru tertinggi telah dicatatkan di Amerika Syarikat: 100,000 kes jangkitan baru dalam masa satu hari.
Joe Biden juga belum mengecap kemenangan lagi. Namun pertambahan kadar kemungkinan untuk penghuni White House itu bertukar telah menyebabkan dana pelabur mengalir keluar dari pasaran fiat ke pasaran saham. Para pelabur begitu tertarik dengan idea presiden dari parti Demokratik itu serta pembahagian Kongres kepada dua kumpulan. Dalam kes ini, risiko untuk cukai dinaikkan akan berkurangan. Berkemungkinan besar, keadaan syarikat-syarikat teknologi dilihat akan menjadi lebih baik akibat dasar yang lebih longgar. Jangkaan-jangkaan seperti itu telah mengakibatkan nilai dolar menyusut, manakala S&P500, Dow Jones, serta matawang euro dan lain-lain matawang utama pula mengalami pertumbuhan. Justeru, yuan China berjaya memperoleh hampir separuh daripada nilainya yang hilang hasil dari perang dagangan yang Donald Trump mulakan. Matawang Euro juga menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Bermula di kedudukan 1.1645 pada 2 November, pasangan EUR/USD berjaya mencapai paras 1.1890 pada petang Jumaat, 6 November, iaitu pertambahan sebanyak 245 mata. Paras terakhirnya berada pada kedudukan 1.1875; - GBP/USD. Matawang British ini bukan saja bertambah nilainya akibat penyusutan nilai dolar, malah berpunca daripada keputusan Bank of England pada hari Khamis, 5 November yang memutuskan untuk terus menyokong ekonomi negara itu dengan menambah program pembelian bon sebanyak £150 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan program itu kepada £895 bilion. Jangkaan pasaran hanyalah berjumlah £845 bilion saja, tetapi penyambungan QE tambahan ini telah menolak nilai pound ke paras tertinggi yang dicapai pada 21 Oktober lalu iaitu 1.3175. Pasangan ini mengakhiri sesi mingguan dengan berada pada paras 1.3150, iaitu pertumbuhan sebanyak 200 mata;
- USD/JPY. Ingat semula ramalan minggu lalu. Kami nyatakan:
"Kini pasangan ini dihimpit oleh dua paras yang amat kukuh - 104.00 dan 105.00, dan pergerakan seterusnya akan bergantung kepada sentimen para pelabur. Seterusnya, sentimen itu pula akan bergantung kepada perkara yang bakal berlaku di Amerika Syarikat pada minggu depan. 65% penganalisis yang mendapat sokongan 85% indikator dan juga analisis grafik pada D1 percaya bahawa pasangan ini akan cuba sekali lagi untuk melepasi paras sokongan 104.00. Namun hanya 30% saja yang berasa yakin ia mampu untuk berada di zon 103.00".
Sekarang anda nilai sendiri, betapa tepat ramalan itu. Memang benar pasangan ini berjaya melepasi paras sokongan 104.00, namun penurunan itu hanya menghampiri paras 103.17 saja. Ia diikuti dengan sedikit lantunan dan kedudukan terakhirnya adalah pada paras 103.30; - Matawang Kripto. Kita mulakan dengan statistik. Menurut Google Trends, mengikut bilangan carian yang berkaitan dengan bitcoin, Nigeria, Cuba, Afrika Selatan serta Cameroon berada pada kedudukan 5 TERATAS negara-negara yang menunjukkan minat tertinggi terhadap matawang kripto pertama itu. Manakala penduduk di negara Taiwan, Kazakhstan dan Jepun pula membuat carian paling sedikit berbanding negara-negara lain.
Sebelum beralih ke berita mingguan kripto paling penting, ada sedikit lagi statistik dari dunia jenayah. Jumlah sebenar aset digital yang telah dicuri oleh penjenayah siber akhirnya telah diketahui. Menurut kajian oleh Atlas VPN iaitu sebuah perkhidmatan analisis, penggodam telah mencuri lebih daripada $13.6 bilion matawang kripto sejak tahun 2012, yang berpunca daripada 330 godaman. Menjadi kebiasaan, aktiviti pencurian dijalankan ke atas bursa kripto dan juga walet kripto. Menurut Atlas VPN, terdapat 87 serangan yang berjaya dibuat ke atas platform dagangan, dan para penggodam berjaya membuat pengeluaran sebanyak $4.8 bilion. Walet mengalami nasib yang lebih teruk, dengan nilai kerugian berjumlah kira-kira $7.2 bilion.
Sekarang adalah masa untuk berita utama: Nilai Bitcoin melonjak ke ketinggian $15,880 pada malam 5-6 November, naik 17.2% berbanding pada minggu lalu. Harus diingat sejak hari terakhir bulan Oktober, nilai matawang kripto utama itu sekali lagi berkolerasi dengan indeks saham Dow Jones, Nasdaq serta Standard & Poor 500 dan juga emas. Perkara ini tidak mengejutkan kerana pihak Rizab Persekutuan AS mencetak lebih banyak wang baru semasa berlakunya pandemik, dan kebanyakan pelabur memasukkan bitcoin ke dalam portfolio mereka sebagai aset terlindung kerana takut berlakunya inflasi. Selain itu, lonjakan mendadak sebut harga BTC/USD menjelang hujung minggu pula dikaitkan dengan jangkaan Joe Biden untuk memenangi pilihan raya presiden AS yang mengakibatkan nilai dolar terus menyusut serta aliran masuk modal ke dalam aset terlindung berisiko.
Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto bertambah 9% dalam tempoh 7 hari, naik daripada $410 bilion kepada $447 bilion. Bacaan indeks Fear & Greed Kripto berada di sekitar 90 pada petang Jumaat, 6 November, di zon “Extreme Greed” seperti yang dinyatakan oleh pembangun indeks tersebut. Bacaan ini sepadan dengan pasangan BTC/USD yang memiliki banyak lebihan belian dan berpotensi untuk mengalami pembetulan. Walaupun begitu, harus diingat, sebilangan kecil pembetulan telah pun berlaku, apabila pasangan ini berundur ke zon $15,150 dari paras tertinggi mingguan dan mengakhiri tempoh tujuh hari dagangan pada paras $15,510.
Kadar pertumbuhan bitcoin telah membawa bersama kebanyakan altcoin terkenal. Ethereum mengalami pertumbuhan sebanyak 15% sepanjang minggu lalu. Sokongan tambahan ke atas coin ini juga diberikan oleh berita mengenai pelancaran ETH 2.0 tidak lama lagi. Namun, sebelum ia menjadi kenyataan, para pembangun harus mengumpul dana berjumlah 524,288 ETH (kira-kira $230 juta). Pelaburan ke atasnya harus dibekukan untuk tempoh satu setengah ke dua tahun; jangkaan pulangan adalah antara 8-15% setiap tahun. Jika dana mencukupi berjaya dikumpul pada bulan November, pelancaran blok genesis ETH 2.0 akan diadakan pada 1 Disember jam 12:00 UTC.
Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:
- EUR/USD. Pasaran saham mengalami pertumbuhan, para pelabur terus menambah pelaburan mereka di sana, dan berharap agar gelombang harapan bagi ketibaan Presiden AS yang baru akan terus bertambah dan semakin kukuh. Dalam masa yang sama, pasaran terlupa dengan situasi berkenaan coronavirus yang semakin teruk, Trump masih memegang tampuk pimpinan, tiada sesiapa yang mengurangkan beban fiskal, dan semua itu hanya kekal sebagai janji-janji pilihan raya. Jika Trump mengalami kekalahan, beliau pastinya akan membantah keputusan pilihan raya tersebut. Kita juga tidak harus lupa mengenai nilai matawang Eropah yang sememangnya lemah.
Umumnya, tindakan pelabur-pelabur yang beralih daripada dolar kepada stok, bon, emas, bitcoin dan juga euro mungkin agak terburu-buru, walaupun ianya dapat difahami. Segalanya boleh berubah dalam sekelip mata saja.
Melihat pada situasi begini, tidak salah jika pendapat para penganalisis terbahagi sama rata: satu pertiga memilih pertumbuhan pasangan EUR/USD, satu pertiga lagi - penurunannya, dan baki satu pertiga mengambil posisi neutral. Bagi analisis teknikal, 100% indikator trend pada H4 dan D1 masih berwarna hijau, namun dikalangan pengayun, 25% daripadanya sudahpun memberi isyarat bahawa pasangan ini memiliki lebihan belian, petunjuk bahawa terdapat kemungkinan untuk arah trend berubah ke bawah atau pembetulan akan berlaku. Perubahan arah trend juga digambarkan oleh analisis grafik pada D1.
Kini pasangan ini berada di zon sokongan/rintangan jangka sederhana yang agak kukuh iaitu 1.1880-1.1900. Paras sokongan paling hampir berada pada kedudukan 1.1760, 1.1700 dan 1.1610. Paras rintangan pula adalah 1.1965 dan juga paras tertinggi yang dicapai pada 1 September, 2020 iaitu 1.2010. Harus diingat bahawa mata tertinggi ini adalah paras maksimum yang pernah diduduki oleh pasangan ini sejak Mei 2018. Jika EUR/USD meneruskan pergerakannya ke atas, sasaran utama yang perlu dituju mungkin berada di zon antara 1.2200-1.2400; - GBP/USD. Terdapat sebuah filem berjudul “The King’s Speech” yang didedikasikan untuk George VI, ayah kepada permaisuri Britain sekarang iaitu Queen Elizabeth II. Kita boleh gelarkan minggu depan sebagai minggu “The Head of the Bank of England’s Speech”. Lagipun, dia memang banyak berucap: Andrew Bailey dijadualkan akan memberi ucapan pada 9, 12 dan 13 Oktober. Selain itu, data berkenaan pasaran buruh di UK akan diketahui pada hari Selasa, 10 November, dan data KDNK bagi suku ketiga serta indeks harga pengguna di negara itu pula dikeluarkan pada hari Khamis, 12 November. Menurut ramalan, segalanya agak bercanggah. Dari suatu sudut, kadar KDNK boleh mengalami pertumbuhan daripada -19.8% kepada +15.8%. Namun dari suatu sudut yang lain pula, permohonan faedah pengangguran dijangka akan bertambah daripada 28.0K kepada 78.8K. Kadar tukaran dolar juga perlu ditekankan terhadap kekaburan ini, dan ia kini bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat, serta terma-terma yang belum lagi dipersetujui dalam perjanjian Brexit bersama EU.
Hasilnya, kita dapati prospek yang agak samar bagi pasangan GBP/USD, walaupun kebanyakan penganalisis (70%) berpihak kepada trend berterusan ke atas - pertama ke paras 1.3265, dan kemudian mungkin ke paras tertinggi yang dicapai pada 1 September, 1.3480. Rintangan paling hampir berada pada paras 1.3175.
Bagi analisis teknikal, situasinya hampir menyamai sepenuhnya dengan bacaan bagi pasangan EUR/USD: 100% indikator trend dan juga 75% pengayun pada H4 dan D1 menunjukkan arah atas, manakala analisis grafik menunjukkan penurunan dan baki 25% pengayun pula memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan belian. Paras sokongan berada pada 1.3085, 1.3000, 1.2855. Sasaran bear yang seterusnya adalah pada 1.2755, namun ia mungkin tidak akan berjaya dicapai pada minggu hadapan; - USD/JPY. Seperti yang telah dinyatakan, walaupun kiraan undian pilihan raya di AS kini berlarutan, nilai dolar menyusut ke paras terendah sepanjang dua bulan jika dibandingkan dengan matawang-matawang utama lain pada minggu lalu, dan kebanyakan pelabur menjangkakan nilainya akan terus menyusut. Pasaran matawang bertaruh calon Demokrat iaitu John Biden bakal memegang jawatan presiden yang seterusnya, tetapi parti Republikan akan terus mengusai Senat. Dalam situasi ini, 70% penganalisis percaya bahawa nilai matawang Jepun akan terus kukuh berbanding dolar, dan disebabkan itu pasangan ini masih akan melepasi paras sokongan di zon 103.00 dan kemudiannya menghampiri paras 102.00. (Mengambil kira tindak balas yang akan berlaku, ia mungkin akan turun ke paras 101.75). Perlu diingat nilainya tidak pernah turun ke paras serendah ini sejak bermulanya keadaan panik pada Mac 2020 yang berpunca daripada wabak coronavirus.
Dalam situasi sekarang, ia mungkin sesuatu yang tidak mengejutkan jika indikator bagi pasangan USD/JPY menunjukkan bacaan yang sama dengan dua “rakan” pasangan mereka sebelum ini, hanya satu perkara yang membezakannya adalah penyusutan nilai dolar sepadan dengan pergerakan menurun pasangan ini dan bukannya ke atas seperti yang berlaku kepada euro dan pound.
Baki 30% lagi penganalisis berpihak kepada bull dan bersetuju dengan kembalinya matawang USD ke paras rintangan 104.00 pada mulanya, dan kemudian menduduki paras di zon antara 104.00-105.00; - Matawang Kripto. Pandemik COVID-19 kini menjadi kad kemenangan buat bitcoin. Lebih banyak wang yang dicetak oleh Bank Pusat bagi menyokong ekonomi negara mereka, lebih ramai pelabur yang mula membeli Bitcoin untuk diguna sebagai aset pelindung. Hal ini bukan saja dibuat oleh pelabur persendirian, malah para pelabur berinstitusi.
Kini matawang kripto bukan lagi dilihat sebagai paria oleh gergasi kewangan seperti JPMorgan dan juga PayPal. “Raja bon”, Jeffrey Gundlach iaitu ketua syarikat pengurusan DoubleLine Capital ($141 bilion) yang baru-baru ini menggelar matawang kripto pertama itu sebagai “suatu pembohongan” telah membuat saranan untuk menjadikannya sebagai insuran terhadap penyusutan nilai dolar.
Menurut Brian Brooks, ketua di Pejabat Bursa Matawang AS (OCC), sebilangan bank-bank di AS sudah pun membuat rundingan secara aktif bersama-sama bursa matawang kripto utama seperti Anchorage dan Coinbase berkenaan potensi untuk bekerjasama. Brooks percaya bahawa konglomerat kewangan di seluruh dunia tidak akan menghasilkan penyelesaian storan matawang kripto mereka sendiri, tetapi lebih kepada membeli atau bekerjasama dengan penyelesaian sedia ada bagi memenuhi kehendak para pelanggan mereka. Mengikut pengasas dana pelaburan Off The Chain iaitu Brian Estes, sekurang-kurangnya 90% daripada isi rumah di AS akan menggunakan coin BTC menjelang tahun 2030.
Untuk minggu hadapan pula, menurut sebilangan penganalisis, bitcoin tidak akan berhadapan dengan halangan serius untuk mencapai paras $20,000 jika ia berjaya melepasi paras kritikal iaitu $12,000. Buat masa ini, 60% daripada penganalisis bersetuju bahawa pasangan BTC/USD akan memulakan serangan baru untuk berada pada ketinggian $16,000 tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pertentangan pendapat. Contohnya, penganalisis Willie Wu percaya bahawa bitcoin sudah berada di peringkat “terlindung”. “Korelasi matawang kripto utama ini dengan lain-lain pasaran industri kini semakin berkurangan. Perkara ini akan memastikan kestabilan nilai aset, disebabkan itu agak tidak berbaloi untuk menunggu berulangnya kejadian lonjakan harga seperti yang berlaku pada 2017. Malah, jika nilai bitcoin terus mengalami pertumbuhan agresif, Willy Wu percaya proses pembetulan akan sentiasa berlaku dan nilainya akan turun ke zon di antara $14,000-15,000. Pendapat ini mendapat sokongan 40% penganalisis, dan peratusan itu menjadi 60% jika beralih ke ramalan jangka sederhana. Namun, faktor penentu bagi sebut harga BTC/USD yang begitu ketara sekali adalah kejayaan antara Donald Trump dan Joe Biden dalan perebutan kerusi presiden Amerika Syarikat.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali