EUR/USD: Rizab Persekutuan Idamkan Dolar yang Kukuh, ECB Mahu Euro yang Lemah
- Ulasan sebelum ini ada menyebut tentang minit mesyuarat FOMC Rizab Persekutuan yang dikeluarkan pada hari Rabu, 18 Ogos sebagai dokumen paling penting untuk minggu lalu. Dokumen ini seharusnya menjelaskan tentang situasi berkenaan waktu program rangsangan kewangan (QE) akan ditamatkan. Sudah pasti, tiada penerangan 100% yang jelas. Beberapa orang eksekutif Rizab Persekutuan masih lagi percaya bahawa terdapat keperluan untuk mula menghentikan program rangsangan tersebut seawal musim bunga 2022. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan berbeza yang mengatakan penamatan QE seharusnya berlaku sebelum berakhirnya tahun ini. Pendapat seperti inilah yang menyebabkan pengurangan selera risiko para pelabur serta pengukuhan nilai dolar yang lebih tinggi.
Indeks saham - Dow Jones, S&P500, Komposit Nasdaq, kesemuanya mengalami penurunan sejak awal minggu lagi, dan turun ke paras lebih rendah setelah minit mesyuarat itu diketahui. Walaupun beberapa trend belian dapat dilihat selepas setiap penurunan, kedudukannya masih lagi ke bawah: pasaran menyingkirkan saham, dan lebih mahukan dolar. Indeks DXY yang memantau USD berbanding 6 lagi matawang utama mengalami pertumbuhan hampir 1.3 peratus sepanjang minggu, naik daripada 92.500 kepada 93.700.
Selain daripada menjangkakan bermulanya penamatan awal QE, strain baru Delta coronavirus turut memberi tekanan kepada pasaran saham dan juga komoditi. Dengan menjangka sekatan pergerakan yang baru akan berlaku, para pelabur agak bimbang dengan nasib ekonomi global secara keseluruhannya, serta daya penggeraknya iaitu ekonomi AS. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah bilangan jangkitan baru adalah melebihi 268,000 dalam masa sehari pada 17 Ogos saja, berbanding jumlah tertingginya pada awal tahun ini.
Walaupun begitu, pasaran buruh di AS dilihat agak baik. Setidak-tidaknya buat masa ini. Justeru, bilangan permohonan awal bagi faedah pengganguran turun daripada 377 ribu kepada 348 ribu pada minggu lalu, bacaan yang lebih baik berbanding 363 ribu yang diunjurkan. Ia adalah indikator terbaik sejak permulaan lagi dan telah memberi manfaat kepada dolar.
Satu lagi sumber yang telah menyokong pertumbuhan USD adalah spread yang lebih tinggi antara hasil bon AS dan juga bon asing. Pelabur asing memberi sokongan mereka dan akan menyokong permintaan terhadap dolar dengan tujuan untuk membeli bon Perbendaharaan Amerika selepas itu.
Disebabkan oleh faktor-faktor di atas, keputusan minggu lalu adalah nilai dolar mengukuh berbanding euro sebanyak 130 mata. Setelah bermula di kedudukan 1.1795 pada awal minggu, EUR/USD mencecah paras terendah mingguan pada 1.1665 menjelang hujung minggu dan mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.1700.
Pihak Rizab Persekutuan inginkan nilai dolar yang kukuh bagi meyakinkan para pelabur tentang kadar inflasi yang tidak terurus. Justeru, isyarat baru dan lebih jelas mengenai pengakhiran QE dijangka akan dikeluarkan oleh pihak penggubal ini. Namun ECB tidak langsung menentang tentang nilai euro yang semakin menyusut, seperti yang sering disebut-sebut oleh ketua bank itu iaitu Christine Lagarde. Jadi, menurut kebanyakan penganalisis, trend menurun pasangan EUR/USD akan terus berlaku dalam tempoh masa sederhana.
Sekarang, pasangan ini telah turun di bawah paras terendah 1 April, 2021 iaitu 1.1704, dan jika pengunduran ini benar-benar berlaku, sasaran berikutnya adalah paras terendah musim bunga lalu iaitu di zon antara 1.1600-1.1610. Jika halangan itu berjaya ditembusi, ia akan membuka laluan kepada sasarannya di zon 1.1450 dan juga 1.1240. Pergerakan 300-400 mata mungkin akan mengambil masa satu atau dua bulan untuk dilepasi. Namun jika pihak Rizab Persekutuan mengumumkan penamatan QE, pasangan ini akan bergerak sejauh itu dalam masa beberapa hari saja. Perkembangan ini mendapat sokongan 65% penganalisis.
Baki 35% lagi percaya dolar mungkin akan berhenti bertumbuh dan pasangan EUR/USD akan kembali berada di julat antara 1.1700-1.1900 buat seketika. Sasaran paling hampir berada pada paras 1.1750 dan 1.1830.
Dari segi analisis teknikal, 100% indikator trend serta 75% pengayun pada D1 adalah berwarna merah. Baki 25% pengayun memberikan isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan.
Pada minggu akan datang, kita perlu maklum berkenaan data Markit di Jerman serta data PMI di Eurozone yang akan dikeluarkan pada hari Isnin, 23 Ogos, serta jumlah modal bagi barangan order serta barangan tahan lama di AS yang akan dikeluarkan pada hari Rabu, 25 Ogos. Pada hari Khamis, kita akan ketahui bacaan awal kadar KDNK. Selain itu, simposium tahunan akan berlangsung di Jackson Hole antara 26 hingga 28 Ogos, di mana Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powel akan berucap pada hari Rabu.
GBP/USD: Lari dan Tinggalkan Pound
- Jika dua minggu yang lalu pound masih boleh bergelut dengan dolar, ia menyerah kalah pada minggu lalu. Pelabur berpusu-pusu untuk memastikan aset mereka dalam keadaan selamat akibat penyebaran strain Delta yang baru serta kesannya terhadap pemulihan ekonomi global. Di samping itu, terdapat juga kemungkinan QE di AS akan ditamatkan. Selain itu bacaan Indeks Keyakinan Pengguna di UK oleh Gfk menurun dari negatif 7 pada Julai lalu kepada negatif 8 pada bulan Ogos, prestasi paling teruk sejak pandemik COVID-19 bermula. Disebabkan itu, GBP/USD susut hampir 270 mata ke paras sokongan jangka sederhana di zon 1.3600 dan berakhir pada paras 1.3622.
Kami ingin mengingatkan bahawa dalam ramalan sebelum ini, para penganalisis di German Commerzbank telah menetapkan paras terendah yang dicapai pada 20 Julai lepas iaitu 1.3571 sebagai sasaran pasangan ini. Melihat pada serangan balas kecil itu, ramalan mereka ternyata tepat. Kini mereka menyebut semasa bergerak ke bawah, pasangan ini mungkin akan menguji paras 1.3146 iaitu paras purata pergerakan 200 minggunya. Sokongan paling kukuh di sepanjang laluan itu berada di zon 1.3480 dan juga 1.3200.
Penurunan juga ditunjukkan oleh 100% indikator trend serta 65% pengayun pada D1. Namun, hanya 30 peratus daripada penganalisis bersetuju dengan ramalan tersebut. Baki 70% lagi percaya bahawa potensi matawang British dalam menghadapi rintangan masih lagi belum berakhir, terutama sekali jika Bank of England mengambil pendekatan yang lebih aktif. 35% daripada pengayun yang berada di zon lebihan jualan juga menunjukkan pergerakan ke atas mungkin akan berlaku. Sokongan paling hampir berada pada paras 1.3725, sasarannya adalah untuk mengembalikan GBP/USD ke zon di antara 1.3800-1.3875. Rintangan paling hampir berada pada paras 1.3910 dan 1.3960.
Antara statistik makro paling utama yang akan diketahui pada minggu depan adalah bacaan indeks perniagaan perkhidmatan Markit di UK, ia akan dikeluarkan pada hari Isnin, 23 Ogos.
USD/JPY: Yen Tidak Gentar Dengan Dolar
- Melihat pada situasi pelabur yang mengelak daripada risiko, tidak seperti matawang yang lain, yen sebagai matawang selamat telah berjaya menahan dolar daripada mengalami pengukuhan. Sejak bulan Mac lalu, USD/JPY telah bergerak di sepanjang garis 110.00, membuat percubaan untuk keluar dari saluran dagangan antara 108.30-111.00. Kali ini, memulakan minggu di paras 109.55, ia mengakhiri minggu hampir pada sasarannya, pada paras 109.80, dan julat turun naiknya pula hanya lebih sedikit daripada 110 mata: 109.10 menjadi paras terendah dan 110.22 pula paras tertinggi.
Pergerakan kedua-dua pasangan ini telah memaksa para penganalisis dan juga indikator untuk membuat ramalan yang bertentangan. Dikalangan penganalisis, 45% memihak kepada bull, 35% pula menyokong bear dan baki 20% lagi bersikap neutral. Dikalangan pengayun pada D1, 35% berwarna merah, 15% - hijau, 50% - kelabu neutral. Bagi indikator trend, 60% bersetuju dengan warna hijau manakala 40% lagi menentangnya.
Sokongan berada pada paras 109.10, 108.70 dan 108.30. Bear ingin menguji semula paras terendah bulan April iaitu 107.45. Paras rintangan paling hampir berada di zon 110.00, 110.55, 110.80, 111.00 dan 111.65. Sasaran utama bull masih lagi sama: untuk mencapai paras 112.00.
MATAWANG KRIPTO: Tenang Sebelum Ribut?
- Pergerakan bitcoin agak perlahan dan teragak-agak sepanjang minggu, cuba untuk menembusi paras rintangan kukuh di sekitar $48,000. Dua percubaan pada 14 dan 16 Ogos berakhir dengan kegagalan, dan selepas itu BTC/USD kembali berada di paras sokongan $44,000. Semasa ulasan ini dibuat, hampir di penghujung hari Jumaat, 20 Ogos, ia sekali lagi cuba mengasak, melepasi rintangan dan mencecah paras $49,000 di pasaran yang kecil.
Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto meningkat daripada $1.957 trilion kepada $2.043 trilion sepanjang minggu lalu, peningkatan sebanyak 4.4%. Walaupun jumlahnya telah melepasi paras $2.0 trilion, kemampuan untuk ia berada di atas paras itu bukanlah hakikatnya sama sekali. Jumlah dagangan di rangkaian BTC masih rendah. Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto masih lagi 70 mata.
Kelembapan serta ketaktentuan ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa pelabur-pelabur berinstitusi besar kini memfokuskan pada pasaran tradisional. Namun jangan dilupa bahawa pertengahan bulan Ogos adalah kemuncak bagi tempoh percutian, dan kebanyakan pelabur tidak akan berbuat apa-apa yang drastik sehingga hujung bulan nanti.
Dorongan yang amat kuat diperlukan bagi menolak pasaran ke atas atau ke bawah secara drastik. Wartawan media dari seluruh dunia memberikan perhatian mereka kepada syarahan Jerome Powell bersama para pelajar di persidangan Town Hall yang dibuat secara online. Ketua Rizab Persekutuan itu maklum dengan kepentingan matawang kripto yang semakin meningkat, menggariskan kenyataan mengenai penilaian yang dibuat oleh Perbendaharaan AS terhadap sebahagian rizab negara berkenaan ke dalam aset digital. Keputusan seperti itu sudah pasti akan mengejutkan pasaran matawang kripto, mengulangi situasi yang berlaku pada 2017. Nilai bitcoin melonjak daripada $750 kepada $19,270, kenaikan 25 kali ganda, dan mendapat gelaran “To the Moon”. Namun buat masa ini, pertimbangan ketua Rizab Persekutuan itu mengenai sokongannya terhadap matawang kripto hanyalah sekadar teori.
Penganalisis di Bloomberg iaitu Michael McGlone juga menyatakan sokongannya terhadap matawang kripto pertama itu dengan menekankan “pendigitalan wang dan industri kewangan” akan memberi ruang kepada bitcoin untuk bertumbuh dengan lebih pesat. Pada suatu ketika, faktor yang sama telah membolehkan dolar AS mendominasi arena kewangan global. Menurut penganalisis itu, emas, dalam masa yang sama tidak memiliki dorongan yang kuat, oleh yang demikian BTC berkemampuan untuk menggantikan logam tersebut sebagai sebuah aset pelindung risiko serta pengumpulan harta.
Menurut ramalan McGlone, nilai bitcoin mampu untuk mencecah $100,000 dalam jangka masa sederhana. Penganalisis kripto terkenal iaitu PlanB memberi nilai yang sedikit lebih besar. Beliau berpendapat, bitcoin mengikuti rapat model Stock-To-Flow (S2F) ciptaan beliau, justeru pasangan BTC/USD seharusnya akan mencecah $135,000 menjelang akhir Disember nanti.
Sudah pastinya, semua nilai-nilai ini hanyalah unjuran yang dibuat oleh para penganalisis. Seorang lagi penganalisis matawang kripto iaitu Benjamin Cowen percaya bahawa bitcoin akan menghadapi ujian getir pada September nanti, dan ia akan menentukan arah keseluruhan pasaran pada masa depan. Bitcoin telah menguji paras purata pergerakan 20 minggu pada setiap bulan September sejak tahun 2017 dan hasilnya adalah sama ada melantun atau menembusinya. Jika bulan September ini ia mengujinya sekali lagi, unjuran sehingga April 2022 mungkin dapat dibuat berdasarkan pada hasilnya. “Kita akan ketahui sama ada pasaran akan menjadi bullish atau pertumbuhannya terbantut untuk beberapa bulan,” jelas penganalisis itu.
Purata pergerakan 20 minggu buat masa ini berada di sekitar $43,500 dan menurut Benjamin Cowen, jika BTC mampu mengekalkan kedudukan itu, kita akan dapat lihat pergerakan ke atas.
Santiment, sebuah firma analisis data web telah melaporkan data yang mengagumkan para pelabur. Bekalan bitcoin di bursa-bursa turun ke paras terendah sepanjang dua minggu. Ini mencadangkan sebahagian besar jumlah BTC akan dimasukkan ke dalam walet beku. Firma analisis Glassnode juga membuat pemerhatian yang serupa: “Bitcoin terus meninggalkan bursa pada bulan Ogos dengan kadar antara 75,000 hingga 100,000 coin setiap bulan. Aliran keluar ini sama seperti yang berlaku antara tahun 2020 dengan Q1 2021, apabila jumlah terkumpulnya membuat kemunculan.”
Para penghasil bitcoin juga tidak tergesa-gesa untuk menjual coin mereka, bekalan yang dimiliki terus bertambah sepanjang bulan lalu. Ini bermakna mereka juga menjangkakan pertumbuhan nilai coin yang lebih tinggi, justeru mereka tidak akan menjualnya sekarang.
Walaupun pada hakikatnya dominasi bitcoin semakin berkurang daripada 69.7% kepada 43.8% sejak awal tahun, coin ini tanpa ragu-ragu masih lagi menjadi pendorong utama dalam pasaran digital. Jelas sekali pesaing utama bagi BTC buat masa ini adalah ethereum. Di sesetengah bursa, bacaannya sudah pun mengatasi matawang kripto rujukan dari segi jumlah dagangan. Menurut sebilangan penganalisis, seperti ketua deVere Group iaitu Nigel Green, ETH mungkin akan meletakkan bitcoin pada kedudukan kedua dalam masa beberapa tahun lagi.
Bagi prospek dalam masa terdekat ini, penganalisis matawang kripto popular dan juga seorang pedagang dengan gelaran DonAlt telah menamakan beberapa altcoin yang nilainya sudah bersedia untuk melonjak dan mungkin akan mengatasi BTC dari segi pulangan tidak lama lagi. Pertama dalam senarai adalah ripple. Menurut pedagang itu, pasangan XRP/BTC sudahpun “naik 50 peratus namun kedudukannya masih jauh dari paras rintangan.” DonAlt percaya bahawa pasangan ini masih belum menunjukkan pertumbuhan sebanyak 185% daripada kedudukan semasanya.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali