EUR/USD: Kemenangan Baru Bear
- Kadar EUR/USD susut kepada 1.1562 pada minggu lalu, menembusi paras sokongan utama 1.1630 yang memisahkan trend bearish daripada trend bullish sejak ianya bermula pada Mac 2020.
Ternyata bulan September menjadi bulan paling teruk bagi pasaran saham AS, membenarkan dolar mengukuhkan posisinya sebagai aset selamat. Selain itu, pihak Rizab Persekutuan menyatakan dengan jelas dalam mesyuaratnya yang lepas bahawa mereka mungkin akan mula menamatkan program rangsangan kewangan (QE) pada bulan November. Setelah itu, indeks dolar DXY mencatatkan pertumbuhan bulanan terbaiknya untuk tahun ini.
Semuanya boleh berubah pada hari Khamis lalu. Tahun fiskal di AS telah berakhir pada 30 September, dan pada 1 Oktober, negara tersebut perlu menjalani hidup dengan belanjawan yang baru, dan ia masih belum dibentangkan lagi. Jika Presiden Biden tidak menandatangani rang undang-undang untuk menaikkan had hutang negara itu sebelum tengah malam, ia bukan hanya akan memaksa penggantungan kerajaan A.S., malah negara itu juga berpotensi untuk gagal membayarnya. Walau bagaimanapun, Biden meluluskan untuk menaikkan had itu pada saat-saat akhir, namun hanya sehingga 3 Disember nanti.
Di tengah-tengah tipu daya hutang kerajaan, pasaran agak kurang memberi reaksi terhadap statistik makro di AS yang menunjukkan data bertentangan, walaupun data dari pasaran buruh bukanlah yang paling memuaskan. Sebagai contoh, permohonan awal bagi faedah pengangguran naik dari 351,000 kepada 362,000, dan bukannya 335,000 seperti yang diunjurkan. Indeks PMI di Chicago untuk bulan September turun dari 66.8 kepada 64.7 mata (berbanding 65 mata yang diramal). Namun kadar KDNK di AS untuk Q2 naik sebanyak 6.7% dan ia adalah 0.1% lebih baik daripada ramalan.
Gabenor-gabenor bank pusat di kedua-dua buah negara di seberang Atlantik kekal berjaga-jaga pada minggu lalu, keluar dari kedudukan selamat mereka. Pengerusi Rizab Persekutuan iaitu Jerome Powell ketika berucap di hadapan ahli Senat sekali lagi berkata peningkatan kadar inflasi seharusnya diganti dengan pembantutan. Beliau berkata, kenaikan harga yang kukuh adalah “didorong oleh masalah dalam rantaian bekalan” dan ianya berada di luar kawalan jabatannya.
Kenyataan yang hampir sama telah dikeluarkan oleh Gabenor ECB iaitu Christine Lagarde pada hari Selasa, 28 September. Beliau memberi amaran kepada peserta pasaran berkenaan peningkatan kadar inflasi yang melampau di Eurozone, menganggap fenomena itu sebagai faktor sementara.
Mengikut data Eurostat, kadar inflasi pengguna naik 3.4% untuk bulan September, kadar tertinggi dalam tempoh 13 tahun. Untuk kadar inflasi di Jerman sebagai penggerak ekonomi utama di EU, kadarnya memuncak kepada 4.1% dalam tempoh 29 tahun. Mengikut unjuran awal, kadar inflasi di Eurozone akan mencecah 4% untuk Q4 dan kekal berada di atas paras 2% dalam tempoh enam bulan pertama 2022. Menurut penganalisis, peningkatan seperti itu berkemungkinan akan mengakibatkan lonjakan harga tenaga.
Statistik-statistik ini dan juga hakikat bahawa peserta pasaran memilih untuk menutup posisi short EUR/USD apabila berakhirnya tahun fiskal AS yang merekodkan pertumbuhan telah membantu sedikit mata wang Eropah, dan pasangan ini pula, setelah berjuang di paras terendah mingguannya, ia mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.1595.
Untuk ramalan jangka panjang, kebanyakan penganalisis percaya bahawa mata wang euro tidak memiliki prospek yang khusus. Malah sesetengah daripada mereka percaya pasangan ini akan kembali ke paras terendah yang didudukinya pada musim bunga 2020 menjelang akhir tahun ini. Untuk ramalan masa terdekat, 50% penganalisis memihak kepada penurunan berterusan pasangan ini. Mereka disokong 100% indikator trend dan juga 85% pengayun pada D1 (15% lagi memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan). 20% lagi memilih trend mendatar, dan baki 30% lagi penganalisis bersetuju dengan pertumbuhan pasangan ini.
Sokongan berada pada paras 1.1560, 1.1500 dan 1.1450. Rintangan pula berada pada paras 1.1685 1.1715, 1.1800, 1.1910.
Untuk peristiwa yang bakal berlaku, sila ambil maklum dengan data PMI ISM bagi sektor perkhidmatan di AS yang akan diketahui pada hari Selasa, 5 Oktober. Data jualan runcit di Eurozone akan dikeluarkan sehari selepas itu, pada 6 Oktober. Laporan ADP untuk tenaga kerja swasta di AS juga akan dikeluarkan pada hari yang sama, dan satu lagi data berkenaan pasaran buruh di Amerika akan diketahui pada hari Jumaat, 8 Oktober, termasuklah indikator penting seperti bilangan pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur (NFP).
GBP/USD: Bank of England vs Rizab Persekutuan AS
- Minggu lalu juga berakhir dengan kemenangan bearish terhadap pasangan GBP/USD. Setelah bermula pada paras 1.3670 dan kerugian 260 mata, ia mencecah paras terendah mingguannya iaitu 1.3410 pada hari Rabu, 29 September. Ia diikuti dengan perubahan arah pergerakan yang agak kuat dan berakhir pada paras 1.3545.
Disebabkan oleh situasi hutang kerajaan AS, pasaran tidak begitu memberi perhatian terhadap statistik makro yang memberangsangkan di UK. Ternyata ia menunjukkan hasil yang lebih baik berbanding ramalan. Bukan saja penurunan kadar KDNK bagi Q1 2921 telah disemak semula daripada 6.1% kepada 4.8%, malah dengan jangkaan sebanyak negatif 1.5%, jumlahnya adalah 5.5% untuk Q2.
Walau bagaimanapun, menurut sebilangan penganalisis, pertumbuhan nilai pound yang berlaku menjelang akhir minggu lalu bukan saja berkaitan dengan statistik positif yang memberangsangkan ini. Sebab utamanya adalah mata wang British itu telah terlalu banyak dijual: ia hilang kira-kira 500 pip berbanding dolar sejak pertengahan bulan September.
Buat masa ini, 70% penganalisis menjangkakan pasangan ini akan sekali lagi bergerak ke bawah untuk menguji paras sokongan di zon 1.3400. Baki 30% lagi mengambil pendirian positif. Bagi analisis teknikal, ia juga masih memihak kepada bear: 85% pengayun serta indikator trend pada D1 adalah berwarna merah.
Harus sedia maklum apabila beralih kepada ramalan sebelum berakhirnya tahun, gambaran yang ditunjukkan berubah sepenuhnya dengan mendadak: 70% penganalisis sudah pun mengunjurkan pasangan GBP/USD akan kembali ke zon antara 1.3900-1.4000. Selain itu, satu pertiga daripada 70% itu tidak mengecualikan kedudukannya boleh mencecah paras tertinggi antara Mei-Jun pada ketinggian 1.4200-1.4250.
Rintangan paling hampir di sepanjang laluan itu berada pada paras 1.3600, 1.3690, 1.3765, 1.3810. Sokongan berada di zon 1.3400, 1.3350 dan 1.3185.
Menurut penganalisis di Citibank, mata wang pound kini mendapat sokongan beberapa faktor berikut. Pertama, terdapat pengurangan bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 di UK. Aset milik UK nampak lebih menarik dari segi penilaian serta normalisasi ekonomi setelah pulih daripada pandemik. Kedua, risiko politik yang dikaitkan dengan rundingan antara EU dan juga UK berkenaan Protokol Ireland Utara serta penolakan referendum kemerdekaan Scotland semakin berkurang. Dan sudah pastinya, keputusan Bank of England terhadap kemungkinan kadar faedah utamanya akan dinaikkan kepada 0.25% pada Mei 2022 dan juga 0.50% pada bulan Disember tahun yang sama. Menurut penganalisis Citibank lagi, prospek polisi kewangan UK seperti itu telah “dirancang dengan baik untuk berhadapan dengan polisi Rizab Persekutuan.”
USD/JPY: 112.00 Sekali Lagi
- Seperti yang dijangka kebanyakan penganalisis (60%), pasangan USD/JPY berjaya naik ke paras 112.00 setelah Rizab Persekutuan mengumumkan penamatan QE, malah naik lebih tinggi daripada itu, mencatat paras tertinggi iaitu 112.07. Jangkaan awal mengatakan pasangan itu mungkin tidak akan berjaya untuk berada di atas paras tersebut. Inilah sebenarnya yang berlaku. Walaupun hasil bon kerajaan AS menurun daripada 1.567% kepada 1.474% serta nilai dolar yang menyusut, yen berjaya mendapatkan semula kerugian menjelang penghujung minggu dan mengakhiri sesi dagangan pada paras 111.02.
Jika diingat, tidak seperti bank-bank pusat di negara membangun yang lain, Bank of Japan terus komited dengan pelaksanaan polisi kewangan yang longgar dan juga kadar faedah negatif. Justeru, daya penarik mata wang yen masih bukan lagi sebagai alat untuk mendapat keuntungan, tetapi sebagai mata wang selamat.
Buat masa ini, 50% penganalisis menjangkakan satu lagi percubaan oleh pasangan ini untuk mengalami penyatuan di atas paras 112.00. 25% lagi penganalisis bersikap neutral, manakala baki 25% menjangkakan penurunan pasangan ini.
Paras sokongan masih tidak lagi berubah: 110.45, 110.15, 109.60, 109.10, 108.70 dan 108.30. Impian bear (sudah pun dilihat agak mustahil) adalah untuk menguji paras terendah bulan April iaitu 107.45. Rintangan paling hampir berada pada paras 111.00 dan juga 111.65.
Sedia maklum bahawa pasangan USD/JPY telah bergerak di sepanjang paras 110.00 sejak bulan Mac lalu, membuat percubaan luar biasa untuk keluar dari saluran dagangan antara 108.30-111.00. Berdasarkan pada keadaan ini, majoriti mutlak penganalisis percaya setelah gagal untuk menembusi paras 112.00, pasangan ini akan kembali ke julat dagangan semasa dan terus bergerak di situ.
MATA WANG KRIPTO: "Selamat Tinggal Bear"
- Mengikut statistik dari laman web 99Bitcoins, emas digital itu diramal akan kehilangan nilainya 37 kali pada tahun 2021. Yang menariknya, jumlah ini adalah 2.65 lebih banyak berbanding pada tahun 2020, apabila BTC “mati” sebanyak 14 kali saja.
99Bitcoins telah menjadi repositori rasmi bagi kesemua obituari bitcoin sejak tahun 2010, dengan pemilihan kriteria yang tepat untuk penerbitan seperti itu. Obituari terakhir yang didaftarkan bertarikh 21 September, 2021 dan telah ditulis oleh seorang ahli ekonomi terkenal dari Universiti John Hopkins iaitu Steve Hanke yang menyatakan bitcoin adalah aset tanpa nilai dan berspekulasi tinggi.
Satu lagi obituari mungkin akan didaftarkan tidak lama lagi, kali ini dikarang oleh usahawan Robert Kiyosaki. Beberapa hari lalu, penulis buku terlaris “Rich Dad, Poor Dad” ini menjangkakan “keruntuhan pasaran saham” yang akan berlaku pada bulan Oktober. Nasib yang sama akan menimpa emas, perak dan juga bitcoin, jelas beliau. Sebab utama Kiyosaki berkata demikian adalah kerana pihak Rizab Persekutuan telah menjual terlalu banyak bon Perbendaharaan.
Satu lagi ramalan kurang memuaskan telah dibuat oleh seorang penganalisis dengan nama gelaran PlanB, penulis bagi model Stock-to-Flow (S2F). Model ini mengunjurkan nilai bitcoin berdasarkan pada nisbah antara jumlah bekalan aset yang ada dengan peningkatan jumlah tahunannya. Pengiraan PlanB baru-baru ini menunjukkan bahawa kadar bitcoin akan melepasi nilai $100,000 menjelang akhir tahun ini. Kini segalanya berubah menjadi lebih teruk: mengikut penganalisis berkenaan, nilai coin terunggul itu mungkin turun kepada $30,000 dan bukannya naik.
Memang benar, dinamik bitcoin di pasaran kripto tidak menunjukkan petanda yang baik untuk bulan September dengan kadar pasangan BTC/USD susut kepada $39,666. Namun, hari pertama bulan Oktober mengubah semuanya: nilai bitcoin melonjak, naik kepada $48,250. Berulang kali telah kami nyatakan berkenaan korelasi antara pasaran saham dan juga kripto yang berasaskan kepada selera risiko para pelabur. Kali ini juga, kenaikan nilai aset digital tersebut berlaku selari dengan kenaikan indeks saham seperti S&P500 dan juga Dow Jones.
Satu lagi perkara yang mendorong kenaikan harga bitcoin adalah pertambahan jumlah dalam bursa derivatif mata wang kripto, Menurut Joseph Edwards, seorang penganalisis di firma Enigma Securities yang berpangkalan di London, dagangan derivatif kerap memberi kesan terhadap harga spot BTC. Satu lagi pendorong mungkin adalah keputusan pihak berkuasa Iran yang membatalkan sekatan terhadap perlombongan mata wang kripto.
Pedagang terkenal memuji lonjakan nilai mata wang kripto utama ini, dan berkata: “Selamat tinggal bear”, dan menunjukkan pergerakan altcoin terkenal ke zon hijau.
Seorang lagi pelabur, hartawan Steven A. Cohen, pemilik dana lindung nilai SAC Capital Advisor menjumpai senario terbaik yang mampu mengemudi lonjakan nilai bitcoin pada masa hadapan. Cohen percaya nilai BTC mungkin masih menyusut, dan penting untuk harganya tidak turun di bawah paras purata pergerakan ringkas (SMA) selama 20 minggu. Perkara ini penting untuk menghasilkan momentum bullish yang akan menolak nilai coin ke paras $64,000.
Cowen menggelar SMA selama 20 minggu, bersama-sama dengan purata pergerakan eksponen (EMA) sepanjang 21 minggu sebagai “paras penyokong pasaran bull”. Beliau berpendapat, penting untuk bitcoin kekal berada di atas paras ini, kerana sejarah menunjukkan BTC lebih cenderung untuk menembusi paras tersebut pada kali pertama ia mengujinya.
Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto sekali lagi naik di atas paras psikologi pentingnya iaitu $2.0 trilion pada 1 Oktober dan berada pada jumlah $2.06 trilion (1.84 trilion seminggu lalu). Namun bacaan Indeks Fear & Greed Kripto masih lagi berada di zon Fear dengan 27 mata.
Membuat kesimpulan, satu lagi tip dalam ruangan jenaka petua hidup kripto. Apa yang diperlukan untuk mendapat untung pada mata wang kripto? Rupa-rupanya apa yang diperlukan adalah seekor hamster dan berikan ia peluang untung… berdagang. Semenjak tiga bulan lalu, nilai portfolio En, Goxx - seekor hamster yang berdagang kripto di platform Twitch - telah bertambah sebanyak 30%. Untuk tempoh yang sama, nilai aset bagi Berkshire Hathaway milik Warren Buffett turun 2%.
Pemilik hamster tersebut telah menghasilkan satu sangkar khas pada bulan Jun 2021, dilengkapi dengan sensor optik yang bersambung dengan pengawal Arduino Nano. Dengan memusingkan roda lariannya, En. Goxx “memilih” mata wang kripto tertentu untuk didagangkan. Program itu akan membuat jualan coin apabila haiwan tersebut lari menerusi terowong di sebelah kiri manakala membuat pembelian jika ia melepasi terowong di sebelah kanan.
Hamster berbakat itu bukan saja telah berjaya menunjukkan prestasi terbaik berbanding Berkshire Hathaway, malah juga S&P500 (+6% untuk tempoh yang sama) dan NASDAQ 100 (+12%), serta bitcoin itu sendiri (+23%).
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali