Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi Tahun 2022

EUR/USD: Mula-Mula Turun, Kemudian Naik

Ekonomi global sedang pulih kesan dari pandemik COVID-19 yang melanda, dan proses ini akan berterusan pada tahun 2022. Setidak-tidaknya. Unjuran bagi kadar pertumbuhan KDNK di peringkat global sebanyak 6% masih lagi kekal tahun ini. Menurut jangkaan awal, pertumbuhan sekurang-kurangnya pada kadar 5% akan terus berlaku (melainkan terdapatnya “kejutan” baru) pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah indikator purata saja, dan kadar pemulihan ekonomi yang berbeza di negara-negara yang berbeza akan memberi kesan terhadap nilai mata wang negara masing-masing.

Anda dapat lihat vektor pergerakan pasangan EUR/USD yang berbeza sejak bermulanya pandemik. Bermula di kedudukan 1.0635 pada Mac 2020, pasangan ini sudahpun berada pada paras 1.2350 pada awal Januari 2021. Nilai dolar menyusut akibat lambakan wang dolar ke dalam ekonomi AS dalam skala besar yang dilaksanakan oleh Rizab Persekutuan AS dan menjadi sebahagian daripada polisi rangsangan kewangan (QE) mereka.

Dengan permulaan tahun baru 2021 serta ketibaan barisan pentadbiran Presiden Joe di White House, pasaran dapat merasakan keadaan yang lebih stabil serta program QE yang pasti akan ditamatkan. Semuanya disebabkan oleh indikator makroekonomi yang menunjukkan bacaan menggalakkan, terutama sekali kadar inflasi dan juga pasaran buruh yang kian pulih. Nilai dolar kembali kukuh dan kedudukan pasangan EUR/USD turun ke paras 1.1700 pada akhir bulan Mac.

Namun sentimen dovish dalam kalangan tampuk pimpinan Rizab Persekutuan masih lagi wujud, lambakan wang ke dalam ekonomi terus berlaku, permulaan untuk penamatan program pelonggaran kuantitatif telah ditunda entah sampai bila, malah perbincangan untuk menaikkan kadar faedah asas juga masih terlalu jauh untuk dimulakan. Hasilnya paras pasangan ini sekali lagi melonjak naik ke kedudukan psikologi pentingnya iaitu 1.2000, mencecah ketinggian 1.2265.

Persaingan antara bank-bank pusat di Eropah dan juga Amerika Syarikat sudah pastinya tidak berakhir di situ. Walaupun retorik bersifat dovish oleh pihak ECB terus berlaku, kenyataan hawkish oleh sesetengah ketua-ketua Rizab Persekutuan sudah mula kedengaran. Para pelabur mula menjangkakan pihak Rizab Persekutuan mungkin mula menamatkan QE pada akhir tahun ini dan tamat sepenuhnya pada  tahun 2022 untuk memastikan kadar faedah dapat dinaikkan pada awal tahun 2023. Nilai dolar kembali kukuh, sekali lagi menolak pasangan ini ke zon 1.1700.  

Semasa bermesyuarat pada September lalu, penggubal dasar Amerika berkenaan tidak mengumumkan sebarang rancangan khusus bagi menamatkan program rangsangan kewangan mereka. Namun, jika dinamik dalam mencapai kata sepakat adalah sama, pihak Rizab Persekutuan berada kira-kira enam bulan di hadapan berbanding ECB.

Secara asasnya, ramai penganalisis menjangkakan nilai dolar akan terus mengukuh pada hujung 2021 dan juga tiga bulan pertama tahun 2022. Dalam hal ini, pasangan itu akan terus bergerak ke bawah, pertama sekali menuju ke paras sokongan 1.1500 dan kemudian 1.1200. Sebahagian bear yang penuh semangat menjangkakan pasangan ini akan turun ke paras terendah yang dicapai pada bulan Mac 2020.

Untuk enam bulan terakhir tahun 2022, mengikut beberapa unjuran, situasi ekonomi di AS akan kembali stabil, namun sebaliknya, Eurozone yang “perlahan” hanya akan mula mendapat momentumnya. Pengurangan program QE di Eropah serta kenaikan kadar faedah mata wang euro mampu mengubah arah trendnya dan mengembalikan pasangan ini di zon antara 1.1700-1.2000.   

Jelas menunjukkan bahawa dinamik pasangan ini bergantung kepada pelbagai faktor di kedua-dua belah Lautan Atlantik: politik, ekonomi, dan beberapa tahun kebelakangan ini, epidemiologi. Satu lagi kuasa utama adalah negara China yang mampu memberi pengaruh besar ke atas ekonomi di kedua-dua Old World dan juga New World. Justeru, perlu difahami bahawa semua yang dinyatakan adalah berdasarkan pada sudut pandangan situasi semasa, dan ianya boleh (dan akan) berubah-ubah pada masa hadapan.

 

Mata Wang Kripto: Emas Maya dan Emas Tulen

Meskipun terdapat sedikit kesepakatan serta justifikasi terhadap keadaan politik dan juga ekonomi mengenai ramalan pasangan mata wang utama EUR/USD, keadaan yang lebih rumit menyelubungi mata wang kripto. Walaupun tokoh-tokoh dengan pengaruh besar memberikan keyakinan mereka, pasaran kini dilihat seperti sebuah pusat penyebaran spekulasi sepanjang 1-1.5 tahun lepas, dan bukannya satu platform pelaburan yang boleh dipercayai. Tahun ini masih belum berakhir lagi, tetapi nilai bitcoin sudahpun berjaya naik dari $28,550 pada bulan Januari kepada $64,800 pada bulan April, kemudian jatuh ke paras $29,300 pada bulan Julai, dan kemudian mengulangi peningkatan nilai itu, namun hanya dalam skala yang lebih kecil.

Kadar pasangan BTC/USD bukan saja boleh dipengaruhi oleh keputusan penggubal dasar AS dan juga kerajaan negara China, mood Elon Musk pada hari-hari tertentu juga boleh menaikkan nilainya. Satu ciapan Twitter yang dihantar beliau mampu menjadikan anda seorang jutawan atau pun seorang pengemis. Disebabkan itulah broker NordFX memberikan peluang kepada para pelanggan mereka bukan saja untuk pertumbuhan nilai mata wang kripto, malah apabila nilainya jatuh, walau tanpa memiliki satu token pun. Mengapa ambil risiko untuk membeli bitcoin dan kemudian menjualnya? Lagipun, anda boleh terus membuat dagangan jual selepas itu.

Tiada siapa yang benar-benar tahu berapa tinggi nilai mata wang kripto rujukan akan naik. Pendapat penganalisis ada bermacam. Sesetengah daripada mereka, seperti Standard Chartered, menjangkakan nilai $100,000 menjelang akhir tahun ini, dan sesetengah yang lain menjangkakan pertumbuhan nilai yang sama, namun dicapai pada hujung tahun 2022. Sebahagian yang lain, seperti pemenang anugerah Nobel iaitu Robert Schiller, amat yakin gelembung yang terhasil sekarang akan meletup tidak lama lagi, melenyapkan dua trilion USD yang telah dilaburkan ke dalam pasaran tersebut.

Semuanya akan bergantung pada pemulihan ekonomi di AS, kadar kepantasan penamatan program rangsangan kewangan (QE), prospek berkenaan kenaikan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan serta dinamik hasil bon perbendaharaan. Faktor-faktor inilah yang boleh mengurangkan selera risiko pelabur-pelabur berinstitusi dengan teruk dan mengembalikan mereka kepada instrumen kewangan yang sudah menjadi kebiasaan.

Bagi ethereum, ramalan penganalisis Standard Chartered adalah sama baik seperti bitcoin dan dilihat sangat optimis. Julat harga antara $26,000-35,000 untuk setiap coin telah diunjur dalam satu temubual bersama Reuters. Namun julat itu juga bukanlah had nilainya, terutama sekali jika nilai bitcoin mencecah $175,000 menjelang akhir 2022.

Menurut satu laporan oleh Goldman Sachs, bank pelaburan terkenal yang diterbitkan Forbes, ada kebarangkalian mata wang kripto asas itu akan hilang kedudukannya sebagai pendahulu, dan berada di belakang ethereum. Goldman Sachs percaya bahawa sebab utama peningkatan populariti altcoin terkenal itu adalah kebolehannya untuk menghasilkan aplikasi yang baru. Disamping hakikat bahawa banyak instrumen kewangan yang boleh digantikan dengan asas platformnya. Antara lain, termasuklah pembiayaan serta lain-lain operasi perbankan.

Bagi emas  tulen, dan bukan emas maya, sebilangan penganalisis percaya bahawa potensi pertumbuhan logam berharga ini tidak akan berakhir pada tahun 2022. Mereka tidak mengecualikan kadar pasangan XAU/USD mampu mencecah paras tertinggi yang direkodkan pada Ogos 2020 dan meningkat kepada $2,200-2,300 bagi setiap auns. Walau bagaimanapun, prestasi harga aset rizab ini juga bergantung kepada kesediaan atau keengganan para pelabur untuk mengambil risiko, seperti yang telah dinyatakan di atas.


Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit. 

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.