EUR/USD: Menghampiri Kesetaraan
- Kami telah membuat persamaan pendek untuk tajuk ulasan pasangan EUR/USD pada minggu lalu: “Peningkatan inflasi = peningkatan nilai USD”, dan apa yang telah berlaku pada minggu lalu mengesahkan perkara tersebut. Data jualan runcit di AS yang dikeluarkan pada hari Selasa, 16 November dan menunjukkan data yang kukuh telah membolehkan nilai dolar naik ke atas sekali lagi, manakala indeks DXY USD kembali ke paras yang didudukinya satu setengah tahun lalu dan memperbaharui paras tertinggi untuk tahun 2021. Dengan unjuran sebanyak 1.4%, jualan runcit meningkat sebanyak 1.7% pada bulan Oktober (peningkatannya dua kali lebih rendah pada bulan September, 0.8%). Indikator kumpulan kawalan runcit juga mengalami pertumbuhan, menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6% untuk bulan Oktober (unjurannya adalah 0.9%, pertumbuhan sebulan sebelum itu - 0.5%). Jika diingat indikator ini menunjukkan jumlah dagangan runcit dalam semua industri dan digunakan untuk mengira indeks harga rantai bagi kebanyakan barang.
Para pelabur turut gembira dengan data yang ditunjukkan oleh pengeluaran industri dan juga pasaran rumah di Amerika Syarikat. Akibatnya, paras pasangan EUR/USD susut kepada 1.1263 pada hari Rabu, 17 November.
Keadaan yang berlaku sekarang jelas menunjukkan pasaran paling ingin tahu bagaimana statistik makro dapat memberi kesan terhadap penamatan program rangsangan kewangan (QE) dan juga kenaikan kadar faedah oleh bank persekutuan.
Justeru, data yang dikeluarkan pada minggu lalu memberi para pelabur satu lagi hujah yang memihak kepada peningkatan awal kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS. Menurut John Williams, Presiden Bank Rizab Persekutuan New York, keadaan ekonomi di negara itu sedang pulih dengan stabil, tenaga kerja di AS bertambah dengan mendadak, manakala kadar pengangguran pula turun dengan cepat. Presiden Rizab Persekutuan St. Louis iaitu James Bullard juga membangkitkan lagi semangat apabila berkata pihak Rizab perlu bertindak lebih agresif. Jika mereka mempercepatkan jumlah pengurangan QE kepada $30 bilion sebulan, ia dapat memberi peluang untuk menaikkan kadar faedah pada Q1 2022. Seorang lagi “helang”, ketua Bank Rizab Persekutuan Atlanta iaitu Rafael Bostic percaya bahawa pihak Rizab Persekutuan mungkin akan mula menaikkan kadar faedah pada pertengahan tahun hadapan. Malah “pipit” yang terkenal seperti Presiden Bank Rizab Persekutuan Chicago iaitu Charles Evans turut bersetuju denga “kenaikan kadar faedah pada tahun 2022 mungkin sesuatu yang perlu dilakukan.”
Bagi para penganalisis, Bank of America percaya bahawa kenaikan kadar harga dan gaji akan mendorong pihak bank persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah dana persekutuan pada musim panas 2022, malah mungkin lebih awal. Ramalan agregat paling konservatif diberikan oleh penganalisis di Reuters. Mereka berpendapat, faedah akan dinaikkan pertama sekali pada Q4 2022, diikuti dengan dua kali lagi kenaikan, pada Q1 dan Q2 2023, dan disebabkan itu kadarnya akan mencecah 1.25-1.5% menjelang akhir tahun tersebut.
Tidak seperti pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat, semua yang berlaku di Eurozone tidaklah begitu indah dengan krisis bahan api yang dihadapinya serta perang ekonomi terhadap Great Britain yang bakal berlaku nanti. Data awal KDNK di Eurozone untuk Q3 yang dikeluarkan pada hari Selasa, 16 November menunjukkan hampir tiada sebarang pertumbuhan. Namun, setidak-tidaknya ia tidak menunjukkan penurunan.
Presiden ECB iaitu Christine Lagarde semasa bercakap dalam Parlimen Kesatuan Eropah telah menyatakan peningkatan kadar faedah pada tahun 2022 tidak termasuk dalam rancangan pihaknya kerana syarat pengetatan polisi kewangan mereka tidak akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Menurut penggubal dasar itu, pengetatan polisi kewangan seperti itu akan memberi lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.
Nilai euro bukan hanya susut berbanding dolar, malah nilainya lebih rendah berbanding lain-lain mata wang setelah ketua ECB itu mengeluarkan kenyataan beliau. Great Britain memberi sedikit bantuan kepada mata wang Eropah tersebut. Lonjakan tertinggi kadar inflasi dalam sejarah negara itu telah menolak kedudukan pasangan GBP/USD ke atas, dan ia turut menarik EUR/USD bersama-samanya. Dua lagi faktor lain telah memberikan kelebihan kepada euro. Pertama sekali indeks S&P500 merekodkan paras tertinggi dalam sejarahnya untuk kali ke-66 pada tahun ini. Yang kedua pula kemungkinan Jerome Powell akan meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan serta pelantikan Lael Brainard yang dianggap sebagai penyokong polisi kewangan lebih longgar sebagai penggantinya.
Terpengaruh dengan faktor-faktor di atas, sebilangan kecil pelabur telah mengambil keputusan untuk mendapatkan pulangan dengan posisi short. Namun hal itu hanya sedikit membantu mata wang Eropah. Setelah naik ke paras 1.1373, pergerakan pasangan EUR/USD berubah dan meneruskan pergerakan menurunnya, memperbaharui paras terendah mingguan pada 1.1250 dan mengakhiri sesi dagangan pada kedudukan 1.1288.
Jika kita menggunakan bahasa ketenteraan untuk menjelaskan apa yang berlaku di kedua-dua seberang Atlantik itu, semuanya masih belum melalui pertarungan tentera yang sebenar: kedua-dua belah pihak masih belum menaikkan kadar faedah mereka. Perkara itu terhad hanya pada latihan ketenteraan serta kenyataan oleh ketua “kakitangan turus am” iaitu Bank Persekutuan. Namun begitu, sudah pasti pencapahan kadar pertumbuhan ekonomi, serta polisi kewangan Rizab Persekutuan dan juga ECB berkemungkinan akan menolak pasangan EUR/USD ke paras yang lebih rendah. Tambahan pula, masih terdapat ruang untuk ia mengalami penurunan. Jika diingat sebut harganya berada pada paras 1.0635 pada bulan Mac 2020, 1.0352 pada Disember 2016, malah pasangan ini berada di bawah garis pariti iaitu 0.8225 pada Oktober 2000.
Indikator pada D1 menunjukkan penurunan, mengesahkan jangkaan bearish. Ini adalah 100% indikator trend. Perkara sama juga boleh dinyatakan berkenaan pengayun, walaupun 15% daripada mereka berada di zon lebihan jualan.
35% penganalisis bersetuju dengan pembetulan dan juga pertumbuhan pasangan ini untuk jangka masa pendek, 50% lagi memilih penurunan berterusan, manakala baki 15% pula menjangkakan pergerakan mendatar. Rintangan berada di zon dan paras 1.1315, 1.1360, 1.1435-1.1465 dan 1525. Rintangan paling hampir berada pada paras 1.1250, kemudian 1.1175 dan 1.1075-1.1100, akhir sekali 100 mata lebih rendah.
Untuk statistik makroekonomi yang akan dikeluarkan, data awal aktiviti perniagaan (Markit) di Jerman dan Eurozone akan diketahui pada hari Selasa, 23 November. Jumlah pesanan bagi barangan modal dan tahan lama di Amerika Syarikat, serta data awal KDNK di AS untuk suku ketiga akan dikeluarkan pada keesokan harinya. Akhir sekali, minit mesyuarat Jawatankuasa Rizab Persekutuan AS (FOMC) akan dikeluarkan pada hari Khamis, 25 November, dan para pelabur akan menggunakannya untuk memahami berapa kuatnya pendirian “hawkish” dalam kalangan barisan kepimpinan penggubal dasar itu.
GBP/USD: Menunggu Kenaikan Kadar Pound
- Seperti yang dinyatakan di atas, kadar inflasi di Britain mencecah 4.2%: kadar tertinggi sejak tahun 2011 (kadarnya adalah 3.1% pada bulan September). Kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga bahan api serta masalah bekalan yang semakin teruk. Walau bagaimanapun, indeks harga pengguna utama (CPI) yang mengecualikan harga bahan api dan makanan yang turun naik meningkat kepada 3.4% (2.9% sebulan sebelum itu). Menurut kebanyakan pakar ekonomi, kadar harga pengguna akan terus meningkat beberapa bulan akan datang.
Statistik yang dikeluarkan itu menambah lagi kemungkinan bahawa Bank of England akan mengambil keputusan untuk menaikkan kadar faedah pound pada bulan Disember ini. Hal ini menyumbang kepada perubahan arah pergerakan pasangan GBP/USD dari paras terendah pada 12 November lalu iaitu 1.3352, paras yang didudukinya setelah AS merekodkan kadar pertumbuhan inflasi tertinggi mereka dalam tempoh 30 tahun.
Secara umum, statistik makroekonomi di United Kingdom pada minggu lalu dilihat agak optimistik, dan ianya memberi sokongan kepada pound.
Bilangan pekerjaan di negara itu meningkat sebanyak 160K untuk bulan Oktober dan ianya diketahui pada hari Selasa lalu. Jumlah ini amat penting terutama sekali setelah program subsidi gaji kebangsaan yang dilaksanakan sepanjang pandemik COVID-19 telah dihentikan sepenuhnya pada September lalu. Ramai penganalisis menjangkakan para majikan akan mula mengurangkan tenaga kerja mereka setelah tamatnya program bantuan. Namun, ia tidak berlaku dan sebaliknya, pasaran buruh terus pulih. Kadar pengangguran di UK turun kepada 4.3% untuk Q3.
Jika diingat semasa berucap bagi membendung kadar inflasi pada 4 November lalu, Gabenor Bank of England iaitu Andrew Bailey tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan kadar faedah mereka lebih awal daripada perancangan. Indikator yang sudah diketahui sekarang itu telah membolehkan bull mengambil inisiatif sendiri dan menolak pasangan tersebut ke paras 1.3513 pada hari Khamis, 18 November. Walau bagaimanapun, perubahan arah pergerakan berlaku selepas itu, dan ia melengkapkan lima hari dagangan pada paras 1.3444.
Jika kadar faedah utama pound dinaikkan pada bulan Disember, kita boleh jangkakan pertumbuhan pasangan GBP/USD ke zon di antara 1.3800-1.3900. Namun, jika ia tidak berlaku, kebanyakan penganalisis (75%) mengunjurkan penurunan pasangan ini ke paras yang lebih rendah. Hanya 25% daripada mereka bertaruh ke atas bull untuk berjaya dengan mudah.
Bagi pengayun pada D1, 80% adalah berwarna merah, 10% pula berwarna hijau dan baki 10% lagi berwarna kelabu neutral. Indikator trend masih lagi 100% berwarna merah. Sokongan berada pada paras 1.3400, 1.3350, 1.3200, sasaran bear adalah 1.3135. Paras rintangan dan sasaran bull adalah 1.3475, 1.3515, 1.3570, 1.3610, 1.3735, 1.3835.
Untuk statistik makro minggu hadapan, perhatian perlu diberi kepada penerbitan Indeks Aktiviti Perniagaan Perkhidmatan (PMI) di UK pada hari Selasa, 23 November. Indikator yang disediakan oleh Chartered Institute of Procurement and Supply bersama-sama Markit Economics adalah satu indikator yang menunjukkan keadaan ekonomi dari segi jualan dan juga tenaga kerja dalam sektor itu. Namun, ia tidaklah begitu penting berbanding dengan indeks PMI pembuatan negara berkenaan.
USD/JPY: Masih Mendatar
- Ketika pihak Rizab Persekutuan AS mengurangkan program rangsangan kewangan mereka, pihak ECB mengekalkan jumlah QE mereka seperti sebelum ini, kerajaan Jepun pula telah mengumumkan program rangsangan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 55.7 trilion yen ($487 bilion) pada hari Jumaat, 19 November. Tokyo berharap langkah ini akan dapat meningkatkan kadar KDNK di negara tersebut sebanyak 5.6%. Seperti yang telah disebut, Bank of Japan akan menggubal polisi kewangan yang sesuai, memantau rapat pergerakan pasaran dan juga kesan pandemik coronavirus terhadap ekonominya.
“Kami berharap Bank of Japan sedar mengenai kesegeraan langkah yang perlu diambil dan terus bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk menghasilkan gabungan polisi fiskal dan kewangan yang sesuai,” Kabinet Menteri Jepun membuat kenyataannya.
Bagaimanakah reaksi pasangan USD/JPY terhadap perkara ini? Sebenarnya,… tiada sebarang reaksi. Aset selamat seharusnya kekal tenang tak kira apa jua yang berlaku.
Umumnya, dinamik pergerakan pasangan ini memenuhi sepenuhnya ramalan yang diberikan pada minggu lalu. Kebanyakan penganalisis menjangkakan pertumbuhan pasangan ini, menembusi sempadan atas saluran antara 113.40-114.40 dan cuba untuk memperbaharui kedudukan paling tinggi yang sudah bertahun dicapainya. Inilah yang berlaku sebenarnya: pasangan ini berjaya menduduki paras 114.96 pada 17 November. Namun, bull hilang kekuatannya, dan pasangan ini kembali ke dalam julat dagangan jangka sederhana, mengakhiri dagangan di bahagian tengah, pada paras 114.00.
Melihat pada polisi kewangan Bank of Japan yang sangat longgar serta pengembangan kawalan ke atas lengkung hasil bon, berkemungkinan besar nilai yen akan menyusut dan pertumbuhan pasangan ini akan terus berlaku. Ini bermakna bukan saja USD/JPY akan berada dalam julat 115.00-116.00, malah ia juga akan mengalami penyatuan pada kedudukan tersebut, memperbaharui paras tertinggi yang dicapai pada tahun 2017. Sudah pasti, keputusan Rizab Persekutuan AS berkenaan kadar faedah serta hasil bon Perbendaharaan Amerika juga akan mempengaruhi dinamiknya.
Hasil daripada pergerakan ke bawah yang ditunjukkan pasangan ini pada minggu lalu, pengayun pada D1 benar-benar bingung: 20% daripadanya menunjukkan pertumbuhan, 40% - penurunan dan baki 40% lagi - mendatar. Dalam kalangan indikator trend juga tiada persamaan: 60% menunjuk ke atas. 40% - adalah sebaliknya, ke bawah.
Gambaran yang hampir sama dilihat dalam kalangan penganalisis. 40% daripada mereka menjangkakan pertumbuhan pasangan ini, peratusan yang sama meramalkan penurunannya, dan baki lagi 20% hanya berdiam diri. Rintangan berada pada paras 114.40, 114.70, 115.00 dan 115.50, sasaran jangka panjang bull adalah paras tertinggi Disember 2016 iaitu 118.65. Sokongan paling hampir berada pada paras 113.40, kemudian 112.70, 112.00 dan 111.65.
MATA WANG KRIPTO: Paras Manakah Bitcoin Akan Naik dan Turun II
- Bitcoin memperbaharui paras tertingginya, mencecah $68,917 pada hari Rabu, 10 November. Ethereum juga mencatatkan rekod paras tertinggi barunya, naik kepada $4,856. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto semasa ia berada di paras tertingginya mencapai $2.972 trilion. Dalam masa yang sama, bacaan Indeks Fear & Greed Kripto adalah 84, berada di zon Extreme Greed, ini menunjukkan mata wang kripto utama itu dibeli dengan terlampau banyak dan memerlukan pembetulan yang mungkin akan tiba tidak lama lagi.
Kami memetik pendapat penganalisis dari bursa kripto Kraken dalam ulasan sebelum ini, dan menurut mereka jika pertumbuhan nilai bitcoin terhenti di paras rintangan paling kuat di sekitar $70,000, pembetulan sehingga 20% dijangka akan berlaku. Disebabkan itu, kadar pasangan BTC/USD mungkin akan susut kepada $55,000.
Penganalisis mata wang kripto iaitu Altcoin Sherpa turut memberikan nilai yang sama. Seorang lagi wartawan yang juga penganalisis terkenal, Willy Woo memberikan julat nilai yang lebih besar antara $50,000 dan $60,000 sebagai paras sokongan yang boleh dipercayai.
Disamping itu, Willie Woo menyatakan bitcoin masih lagi belum bersedia untuk pertumbuhan secara impulsif dan juga memperbarahui paras tertinggi dalam sejarahnya buat masa ini sebagai hujahnya. Woo mengenal pasti tiga faktor yang menghalang kenaikan harga mata wang kripto utama tersebut.
Faktor pertama ialah aktiviti spekulatif yang sangat tinggi terhadap bitcoin. Woo berpendapat walaupun pelabur jangka masa panjang terus mengumpul mata wang kripto mereka, sebahagian besar posisi adalah dibuka untuk tujuan membuat spekulasi.
Satu lagi faktor yang akan menghalang nilai bitcoin daripada naik adalah pelancaran dana dagangan tukaran (ETF) berasaskan niaga hadapan bitcoin yang pertama di AS. Menurut Woo, buat masa ini pelabur paling berinstitusi lebih gemar untuk membeli dana saham dan niaga hadapan berbanding membeli coin itu sendiri.
Jika diingat dana dagangan tukaran beasaskan niaga hadapan bitcoin yang pertama di AS mula didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE) pada 19 Oktober. Nilai aset yang dimiliki adalah melebihi $1 bilion dua hari selepas ia mula didagangkan. Justeru, dana itu telah memecahkan rekod kadar pertumbuhan kepada $1 bilion yang dipegang selama 18 tahun sebelum ini.
Faktor ketiga adalah sentimen pelabur yang terlalu optimis dan amat berkeyakinan bahawa nilai bitcoin serta keseluruhan pasaran mata wang kripto akan terus mengalami pertumbuhan. “Apabila kebanyakan pelabur bersikap bullish, amat sukar untuk nilainya naik kerana terdapat bermacam-macam spekulasi yang ada di pasaran,” Woo menjelaskan.
Penganalisis Nicholas Merten juga berasa sangsi mengenai masa depan mata wang kripto terunggul itu. “Kita tidak akan dapat lihat nilainya mencecah $100,000 atau $150,000 pada Q4 atau Q1 tahun hadapan,” beliau berkata. “Maaf, tapi saya perlu mengatakannya. Saya rasa ramai penganalisis yang tersilap. Bitcoin memang menyasarkan pertumbuhan, tetapi kita hanya akan dapat lihat nilainya berada di sekitar $100,000 atau $150,000 pada musim luruh tahun hadapan.”
Semasa ulasan ini dibuat, paras pasangan BTC/USD berada di sekitar $58,000, paras terendah mingguannya direkodkan pada 19 November iaitu $55,638. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto susut kepada $2.590 trilion. Dalam masa yang sama, Indeks Fear & Greed Kripto susut sebanyak 50 mata, turun kepada 34 mata, dan berada di zon Fear.
Berita-berita yang berkaitan dilihat neutral. Lebih tepat lagi, ianya tidak begitu jelas. Dari satu segi, contohnya, rangkaian Bitcoin Taproot telah mendapat pengemaskinian pada 14 November - pengubahan fungsi besar-besaran yang pertama sejak tahun 2017. Mata wang kripto pertama itu perlu menjadi lebih efisien, boleh diskala dan juga sulit. Dari sudut yang lain pula, Presiden AS iaitu Joe Biden telah menandatangani rang undang-undang untuk menaik taraf infrastrukturnya. Bergantung pada penerjemahan dokumen tersebut, ia mungkin bermaksud para penghasil, pembangun walet, penyedia likuiditi dalam bentuk protokol DeFi serta lain-lain penyumbang dalam pasaran digital dikehendaki untuk berurusan dengan jabatan cukai. Komuniti kripto juga bimbang berkenaan satu lagi pindaan dalam rancangan infrastruktur tersebut yang mewajibkan penerima aset digital dengan nilai lebih daripada $10,000 untuk mengesahkan maklumat peribadi penjual.
Langsung tiada ciri kerahsiaan!
Bitcoin memerlukan sesuatu yang menarik supaya nilainya boleh naik semula. Jika ia tidak wujud, maka pasangan BTC/USD akan kekal berada di zon antara $50,000 dan $60,000 untuk jangka masa yang panjang, dengan penyusutan maksimum sebanyak 15-30%. Walau bagaimanapun, penurunan yang berlaku sekarang tidak menghalang para peminat tegar kripto daripada mengekalkan sikap optimis mereka yang menakjubkan.
Oleh yang demikian, Anthony Scaramucci, pengasas syarikat pelaburan SkyBridge Capital begitu yakin nilai bitcoin akan mencecah paras $500,000 dengan “mudah”. Beliau memberikan ramalannya itu dengan merujuk kepada pengeluaran terhad mata wang kripto pertama tersebut dan juga bilangan jutawan yang berpotensi untuk membuat pelaburan. Beliau maklum jika mengikut JPMorgan, terdapat jutawan yang memiliki sekurang-kurangnya 49 juta dolar, tetapi bekalan emas digital tersebut hanya terhad kepada 21 juta coin. “Tidak akan cukup bilangan bitcoin jika setiap orang jutawan yang ada dalam masyarakat kita pada hari ini ingin memiliki sekurang-kurangnya satu coin,” Sacramucci berkata.
Beliau berpendapat, masih ada peluang untuk membeli aset ini dengan paras harga sekarang, kerana nilai mata wang kripto pertama itu akan mencecah paras yang telah ditetapkan iaitu $500,000 menjelang akhir 2024 atau pertengahan 2025. Namun, untuk menjadikan ramalan syarikat Ark Invest ini menjadi kenyataan, bilangan walet bitcoin haruslah mencecah 1 bilion pada waktu itu.
***
Pelanggan syarikat broker NordFX terus mengumpul tiket cabutan bertuah mereka: Cabutan Bertuah Super untuk Tahun Baru akan diadakan tidak lama lagi. Lebih banyak tiket yang ada, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi satu atau lebih hadiah yang bernilai antara $500 dan $20,000.
Wang ini pastinya akan berguna nanti, betul atau tidak?
Sangat mudah untuk menyertainya. Segala butiran mengenainya boleh didapati di laman web NordFX.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali