EUR/USD: Panik Akibat B.1.1.159
- Minggu lalu boleh dikategorikan kepada dua bahagian: sebelum dan selepas perayaan Hari Kesyukuran. Biar kami ingatkan anda bahawa hari Khamis, 25 November adalah hari cuti di Amerika Syarikat. Disebabkan sebahagian besar modal pasaran dikawal oleh bank-bank serta dana-dana dari negara tersebut, pasaran kewangan berada dalam keadaan tenang pada hari itu.
Jadi, apa yang terjadi pada 25 November? Seperti yang dijangka oleh para penganalisis, semuanya berlaku pada hari itu. Perbezaan kadar pertumbuhan ekonomi antara AS dan EU, juga polisi kewangan yang tidak sehaluan antara Rizab Persekutuan dan ECB, serta krisis bahan api yang berlaku di Eropah telah menolak pasangan EUR/USD ke paras lebih rendah. Tragedi seperti Brexit yang berlaku sekali lagi turut menyumbang kepada penurunannya. Akibat daripada itu, pasangan ini mencecah paras terendah mingguannya iaitu 1.1185 pada petang 24 November. Ia diikuti pula dengan hari cuti pada hari Khamis… dan pasaran bersambung semula pada hari Jumaat.
Pasaran tidak bersambung seperti sediakala tetapi berasa panik apabila dikejutkan dengan berita kemunculan strain coronavirus berbahaya yang baru di Afrika Selatan yang mungkin tidak berkesan dengan vaksin sedia ada. Pihak WHO mengadakan sidang mesyuarat tergempar, sedar dengan hakikat bahawa hampir 100 kes jangkitan strain B.1.1.159 yang memiliki “sejumlah besar mutasi” telah pun direkodkan.
Disebabkan oleh berita yang membimbangkan ini, jangkaan para pelabur supaya kadar faedah dinaikkan lebih awal mula berkurangan, sebaliknya sikap pesimis pula bertambah. Menurut para penganalisis di CME Group, jika jumlah kebarangkalian untuk kadar faedah yang tidak berubah sehingga Jun 2022 adalah sebanyak 18% pada hari Khamis, nilainya naik menjadi 34% pada hari Jumaat.
Berbanding pada 24 November, hasil bon 10 tahun Perbendaharaan susut hampir 10%. Sebut harga indeks saham dan mata wang kripto juga jatuh. Pasaran mula lari bagi mengelak daripada berdepan dengan risiko. Pelabur yang panik serta penyusutan hasil bon Perbendaharaan AS telah membantu bull EUR/USD dalam menaikkan pasangan itu ke paras 1.1321, kedudukan terakhirnya minggu lalu.
Malah, agak sukar untuk menjangkakan ekonomi di negara manakah gelombang coronovirus yang baru akan memberi kesan lebih teruk, di Amerika atau Eropah. Menurut penganalisis di ING Group, penting untuk mengetahui sekarang sama ada strain COVID yang baru itu sudah tiba di Eropah atau tidak (mereka lebih hampir dengan Afrika secara geografi). Hal ini mungkin akan memburukkan lagi sentimen di Eurozone serta memberi tekanan terhadap euro.
Tidak disangkal lagi perbezaan polisi kewangan antara pihak Rizab Persekutuan serta ECB akan terus mempengaruhi pergerakan pasangan EUR/USD. Beberapa wakil penggubal dasar Kesatuan Eropah telah menjelaskan baru-baru ini mengenai keinginan bank negara kesatuan itu untuk menamatkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (Pandemic Emergency Purchase Program atau PEPP) pada Mac 2022. Tidak banyak reaksi yang diberi pasaran terhadap kenyataan tersebut. Namun mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir ECB pada 2 Disember nanti yang dikhususkan untuk polisi kewangan mungkin akan menjadi berita utama pada minggu hadapan. Pasaran tidak hanya menjangkakan kata-kata dan petunjuk, mereka mahu melihat keputusan bagi permulaan penamatan program kecemasan PEPP serta pelarasan jumlah Program Pembelian Aset (Asset Purchase Program atau APP) iaitu analog QE. Selain itu, jumlah APP boleh dinaikkan bagi mengimbangi penamatan PEPP. Mungkin juga penggubal dasar akan menaikkan unjuran inflasi mereka untuk tahun 2021-2023.
Agak logik untuk mengandaikan bahawa polisi hawkish pihak Rizab Persekutuan dan polisi dovish pihak ECB akan terus menolak pasangan EUR/USD ke bawah bagi beberapa bulan akan datang. Penganalisis di Goldman Sachs menjangkakan kadar utama USD akan dinaikkan pada bulan Jun, September dan Disember 2022, manakala pihak Rizab Persekutuan akan meningkatkan jumlah pengurangan QE kepada $30 bilion setiap bulan bermula pada bulan Januari. Kadar faedahnya mungkin akan dinaikkan dua kalli lagi pada tahun 2023 dan akan mencecah 1.5%. Sebaliknya, bagi pihak ECB, mereka hanya akan mengambil langkah pertamanya pada tahun 2023. Sehingga tibanya hari itu, agak menyenangkan untuk melihat negara-negara di Eurozone merekodkan kadar pertumbuhan harganya.
Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir penggubal dasar Kesatuan Eropah pada 2 Disember nanti mungkin akan memberi beberapa kejutan hawkish kepada para pelabur. Justeru, para pelabur yang paling berhati-hati akan mula menutup posisi short terlebih dahulu, mendapatkan pulangan, di mana ia akan mendorong kepada pertumbuhan kadar EUR/USD yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek.
35% penganalisis yang menjangkakan pertumbuhan pasangan ini pada minggu depan bersetuju dengan perkembangan ini. Pendapat bertentangan diberikan oleh 55% penganalisis yang percaya pihak ECB tidak akan mengubah polisi kewangan mereka dengan mendadak buat masa ini. Baki 10% lagi bersetuju dengan trend mendatar.
Sebahagian besar indikator pada D1 adalah berwarna merah. 75% daripada jumlah itu terdiri daripada pengayun dan juga indikator trend. Untuk pengayun pula, 15% memberikan isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan, manakala 10% lagi berpendirian kelabu neutral. Untuk indikator trend, 25% berubah warnanya daripada merah kepada hijau menjelang hujung minggu.
Rintangan berada di zon dan paras 1.1300-1.1315, 1.1360, 1.1435-1.1465 dan 1525. Sokongan paling hampir berada pada paras 1.1300, kemudian 1.1230, 1.1185-1.1200, dan 1.1075-1.1100.
Untuk peristiwa yang akan berlaku minggu depan, selain daripada mesyuarat ECB, pelbagai statistik pasaran pengguna di Jerman dan Eurozone yang akan dikeluarkan harus diberi tumpuan. Data-data ini akan diketahui pada 29 dan 30 November, 1 dan 3 Disember. Untuk AS pula, kami jangkakan ketua Rizab Persekutuan, Jerome Powell yang memegang jawatan itu bagi penggal kedua akan berucap pada hari Selasa, 30 November, laporan ADP untuk kadar tenaga kerja dalam sektor swasta di AS serta indeks PMI ISM dalam Pembuatan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 1 Disember. Para pelabur biasanya akan menantikan data dari pasaran buruh Amerika pada hari Jumaat pertama setiap bulan, termasuklah indikator penting seperti NFP: bilangan pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur di AS.
GBP/USD: Pound Boleh Diselamatkan oleh Kadar Pertumbuhan
- Pasangan GBP/USD juga mengikuti ramalan kebanyakan penganalisis (75%) sehingga hari Jumaat, 26 November, turun ke paras 1.3275, kedudukan paling rendah sejak 5 bulan lalu. Paras terakhir mingguannya adalah 1.3350.
Kebimbangan berkenaan Brexit terus menjadi faktor utama pound menerima tekanan. Lord David Frost, menteri UK yang bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan berkenaan EU berkata, walaupun masih terdapat keinginan untuk mencari penyelesaian bersama bagi masalah di Ireland Utara, jurang antara pendirian yang diambil oleh UK dan EU amatlah besar. Justeru Kerajaan British bersedia untuk menggunakan artikel 16.
Untuk peringatan, Protokol Ireland Utara telah ditandatangani dua tahun lalu sebagai sebahagian daripada perjanjian perpisahan United Kingdom dari Kesatuan Eropah. Menurut kenyataan yang dikeluarkan London, disebabkan kelemahan dalam perjanjian inilah negara itu berhadapan dengan gangguan bekalan serta kekurangan barangan. Atas sebab ini, kerajaan British menawarkan satu versi baru protokol itu kepada Brussels, dan para pegawainya melihat ia sebagai tanda permusuhan.
Untuk artikel 16 dalam dokumen yang ada sekarang, ia membenarkan kedua-dua pihak untuk mengambil “langkah perlindungan” secara unilateral jika protokol itu mengakibatkan “masalah ekonomi, sosial atau persekitaran serius” yang berterusan untuk jangka masa panjang.
Rasa takut dengan strain COVID yang baru telah menyebabkan para pelabur melarikan diri daripada risiko dan ia berkemungkinan tidak akan membantu mata wang British juga. Ya, pasangan GBP/USD sedikit bertumbuh pada hari Jumaat akibat penyusutan nilai dolar yang biasa (indeks DXY USD susut kepada 96.037). Namun sudah lama pound dianggap sebagai aset lebih tinggi risikonya berbanding dolar. Jangkaan mengenai kenaikan kadar faedah yang telah disemak semula oleh pasaran bukan saja berkait dengan mata wang Amerika, malah mata wang British juga.
Ancaman terhadap kemelesetan ekonomi dan juga stagflasi, bersama-sama dengan kadar pertumbuhan KDNK yang lemah dan kadar inflasi yang tinggi amat berbahaya untuk ekonomi British. Mengikut unjuran penganalisis di Bank of England, kadar inflasi tahunan akan melonjak kira-kira 5% menjelang April 2022 dan akan turun ke paras sasarannya iaitu 2% menjelang akhir tahun 2022.
Kadar itu sangat tinggi, dan sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Bank of England pada 4 November, Andrew Bailey selaku ketuanya menyatakan dengan bacaan indikator seperti itu, pihaknya mungkin perlu menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan. Pasaran percaya pihak penggubal dasar akan menaikkan kadar faedah utamanya pada bulan November dan… maklumat tersebut tidak tepat. Bank of England tidak menaikkan kadar faedah mereka, dan paras pasangan GBP/USD terus turun ke bawah. Andrew Bailey menyatakan “kami tidak pernah berjanji untuk menaikkan kadar faedah pada bulan November” dan “bukan tugas saya untuk mengawal pasaran” kepada para pelabur yang kecawa.
Sekarang, selain daripada semua perasaan bimbang yang lain, terdapat juga kebimbangan mengenai gelombang pandemik yang baru serta kesan strain B.1.1.159 terhadap ekonomi negara berkenaan. Kami mengatakan tentang kenaikan kadar faedah Bank of England pada bulan Disember, bukannya November. Hal ini tidaklah begitu baik: sementara kebarangkalian yang dianggarkan untuk kadar faedah dinaikkan sebanyak 15 mata adalah 75% pada hari Rabu, 24 November, peratusan itu turun 55% dua hari kemudian.
Jika penggubal dasar British masih menaikkan kadar mereka setelah bermesyuarat pada bulan Disember, ia akan menolak pasangan GBP/USD ke atas. 70% penganalisis mengharapkannya. Untuk minggu depan, pendapat mereka terbahagi sama rata: 50% menjangkakan pasangan ini bertumbuh, 50% lagi menjangkakan penurunan.
Namun indikator pada D1 dengan jelas menyokong bear. 100% indikator trend menunjukkan penurunan. Hal yang sama boleh disebut terhadap pengayun, tetapi 15% daripadanya telah berada di zon lebihan jualan.
Sokongan berada pada paras 1.3300, 1.3275, 1.3200, sasaran bear adalah 1.3135. Rintangan serta sasaran bull berada pada paras 1.3410, 1.3475, 1.3515, 1.3570, 1.3610, 1.3735, 1.3835.
Ketua Bank of England dijangka akan berucap pada hari Rabu, 1 Disember. Para pelabur berharap Andrew Bailey akan menjelaskan tentang bagaimanakah situastinya dengan masa depan polisi kewangan oleh penggubal dasar ini.
USD/JPY: Siapa Mendapat Manfaat dari COVID: Yen Membalas Dendam
- Jika aset berisiko ada sesuatu yang teruk, ia baik untuk yen. Aturan yang tidak berubah ini berjaya sekali lagi. Mata wang Jepun memperoleh 230 pip dalam masa hanya satu hari, menjatuhkan pasangan USD/JPY ke paras 113.043. Memang benar, ia sekali lagi memperbaharui kedudukan tertinggi untuk beberapa tahun dua hari sebelumnya, pada 24 November lalu, mencecah ketinggian 115.514. Bull yang menyokong pasangan ini berharap lonjakan cemerlang itu akan berterusan. Namun ianya tidak berlaku. Kita hanya boleh membuat andaian berapa banyak order Stop-loss yang dibuat setelah berlakunya pengunduran mendadak seperti itu.
“Senario ini biasa berlaku: kehadiran para pelabur yang melabur dalam yen dan franc Swiss yang berkualiti akibat strain virus yang baru,” seorang penganalisis dari Societe Generale menjelaskan insiden tersebut.
Pasangan USD/JPY mengakhiri sesi dagangan pada paras 113.112. Ini yang menariknya: sama ada ia akan kembali ke julat dagangan antara 113.40-114.40 atau terus jatuh.
Jumlah mereka yang menyokong penurunan ke paras lebih rendah dalam kalangan penganalisis adalah lebih banyak, 55%. Baki 45% lagi menjangkakan pembetulan akan berlaku sekurang-kurangnya sekali pada arah ini jika ia tidak kembali mengikuti trend ke atas sepenuhnya. Tiada langsung persefahaman dalam kalangan indikator juga. Bagi pengayun pula, 25% berwarna hijau, 40% berwarna merah, 20% memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan, manakala 15% lagi mengambil pendirian neutral. Perbezaan pendapat indikator trend terbahagi sama rata: 50% menunjukkan pertumbuhan, jumlah yang sama menunjukkan penurunan.
Rintangan berada pada paras 113.40, 114.00, 114.40, 114.70, 115.00 dan 115.50, sasaran jangka panjang bull adalah paras tertinggi pada Disember 2016 iaitu 118.65. Sokongan paling hampir berada pada paras 113.00, kemudian 112.70, 112.00 dan 111.65 selepas itu.
Bagi statistik makroekonomi, data jualan runcit akan diketahui pada hari Isnin, 29 November 2021, diikuti dengan data pasaran buruh serta pengeluaran industri di Jepun pada keesokan harinya.
MATA WANG KRIPTO: Hadiah Nobel untuk Satoshi Nakamoto
- Kami telah memetik pendapat penganalisis di bursa kripto Kraken dua minggu lalu yang mengatakan kedudukan pasangan BTC/USD akan turun ke paras $55,000. Penganalisis mata wang kripto iaitu Altcoin Sherpa memberikan nilai yang sama, $55,000. Seorang lagi wartawan dan penganalisis ternama, Willy Woo memberi julat yang lebih besar antara $50,000 dan $60,000 sebagai paras sokongan yang boleh dipercayai. Disamping itu, menurut Willy Woo, kedudukan bitcoin masih belum lagi kukuh untuk naik dengan mendadak dan memperbaharui nilai tertingginya.
Kini, setelah beberapa ketika, bolehlah kami katakan bahawa jangkaan kesemua penganalisis di atas adalah benar: mata wang kripto itu bergerak dengan bergantung pada sokongan di sekitar paras $55,000 dan menetapkan paras maksimum mingguannya pada nilai $60,030 setiap hari sehingga hari Jumaat, 26 November. Keadaan panik melanda pasaran pada hari Jumaat. Takut dengan strain COVID yang baru, para pelabur mula menyingkirkan aset berisiko, ini termasuklah mata wang kripto.
Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto susut kepada $2.460 trilion ($2.590 trilion seminggu lalu). Kedudukan Indeks Fear & Greed Kripto telah naik dari zon fear ke bahagian tengah skala tersebut, berada pada mata 47. Pasangan BTC/USD telah didagangkan di zon $54,350 semasa ulasan ini ditulis, pada petang 26 November, setelah mencapai paras terendah mingguannya pada paras $53,600 sebelum itu.
Satu laporan yang dibuat oleh firma penganalisis Glassnode (dikeluarkan sebelum 26 November) menunjukkan pasaran tidak membuat jualan secara besar-besaran. Penganalisis menyatakan jumlah bitcoin yang dibekalkan oleh pemilik jangka masa pendek berada pada tahap paling rendah dalam beberapa tahun iaitu 3 juta BTC. Ini bermaksud jumlah yang dimiliki pemilik jangka masa panjang berada di tahap paling tinggi. Dalam masa yang sama, mereka terus membuka posisi di pasaran. Jumlah bilangan walet dengan baki BTC bukan sifar pada dua minggu terakhir November juga mencecah nilai tertinggi dalam sejarah sebanyak 38.76 juta.
Data yang diperoleh Glassnode menunjukkan tiada sebarang tanda-tanda berundur yang serius, dan ini bermaksud lonjakan nilai mata wang kripto terunggul itu mungkin masih lagi panjang.
Pendapat yang serupa dengan Glassnode telah diberikan oleh CEO CryptoQuant iaitu Ki Young Ju. Walaupun pada hakikatnya nilai bitcoin semakin menjadi rendah sejak pertengahan minggu, para pemilik tidak tergesa-gesa untuk menjualnya. Selari dengan itu, trend yang menjurus kepada pengeluaran mata wang kripto untuk simpanan berautonomi dilihat semakin stabil. Menurut CryptoQuant, jumlah dagangan bitcoin di dewan niaga adalah yang terendah sejak pertengahan tahun 2018.
Tambahan pula, para pelabur bukan saja mengeluarkan BTC, mereka juga mengeluarkan ethereum, dan ini mengurangkan bekalan aset serta meredakan tekanan di pasaran. Untuk jangka masa panjang, trend ini akan mendorong nilai mata wang digital utama itu ke atas, jelas Ki Young.
Pedagang dan penganalisis terkenal dengan nama gelaran Credible mengemukakan pendapat bahawa pembetulan yang dilalui bitcoin sekarang adalah satu keperluan untuk ia meneruskan trend bullish dan naik di atas paras $70,000. Menurut penganalisis tersebut, mata wang kripto pertama itu berada dalam fasa pembetulan yang sihat buat masa ini.
Harga bitcoin mungkin akan turun ke paras $52,000-53,000 tidak lama lagi, di kedudukan paling rendah yang sedang dilalui pembetulan sekarang ini, Credible membuat jangkaan. Menurutnya, paras $69,000 yang dicapai bitcoin pada 10 November lalu bukan lagi menjadi paras paling tinggi untuk pasaran semasa bull, dari segi sejarahnya setiap kali ia mengalami pertumbuhan, tempohnya adalah lebih panjang berbanding kitaran pertumbuhan sebelum itu.
Ketua strategi komoditi di Bloomberg Intelligence iaitu Mike McGlone, dan juga Willy Woo percaya bahawa paras sokongan utamanya adalah sedikit rendah, pada paras $50,000. Menurut penganalisis berkenaan, dalam masa yang sama, nilai bitcoin akan terus mengalami pertumbuhan dalam tahun 2022, dan ia akan berdepan dengan rintangan yang kuat di sekitar paras $100,000.
Pengasas syarikat pelaburan Skybridge Capital iaitu Anthony Scaramucci menjangkakan mata wang kripto unggul itu “akhirnya akan mendahului emas”, dan nilainya dengan mudah akan mencecah $500,000. “Saya dapat rasa nilai bitcoin mungkin akan sepuluh kali lebih tinggi berbanding emas… Saya tidak akan terkejut jika nilai bitcoin bertumbuh secara eksponen manakala emas pula mengalami pertumbuhan secara mendatar,” jelas Anthony Scaramucci.
Mike Novogratz, CEO firma pelaburan Galaxy Digital Holdings, bersetuju dan mengatakan emas “dihancurkan oleh bitcoin."
CEO syarikat ARK Invest, Katie Wood juga menyebut paras $500,000 sebagai sasaran yang sama untuk BTC, mengesahkan ramalan beliau sebelum ini. Benar, dalam masa yang sama, beliau ada meletakkan syarat bahawa nilai tersebut boleh dicapai jika pelabur berinstitusi memperuntukkan 5% daripada jumlah portfolio mereka ke dalam bitcoin.
Setakat ini, 5% bukanlah persoalannya. Memang benar, minat terhadap aset digital dalam kalangan perniagaan-perniagaan besar semakin bertambah. Jadi, lebih daripada suku keluarga-keluarga hartawan super di seluruh dunia sudahpun melabur dalam mata wang kripto. Perkara ini dapat dibuktikan oleh hasil kaji selidik ke atas wakil daripada 385 pejabat keluarga yang dibuat oleh syarikat perundingan British, Campden Wealth. Purata modal yang diurus oleh pejabat-pejabat seperti itu dianggarkan berjumlah $1.6 bilion.
31% daripada isi rumah hartawan di Amerika Utara dan 28% di Eropah telah melabur dalam mata wang kripto, manakala jumlahnya agak rendah di rantau Asia Pasifik, 19%. Namun dalam masa yang sama, jumlah portfolio keluarga hartawan dalam mata wang kripto secara purata hanyalah sebanyak 1%. Majoriti mereka yang dikaji selidik (68%) berkata mereka merancang untuk mengekalkan pelaburan kripto pada jumlah yang sama tahun hadapan, 28% pula akan menambah jumlahnya, manakala hanya 4% saja yang akan mengurangkan jumlahnya.
Pada penghujung ulasan ini, berita untuk peminat Satoshi Nakamoto. Menurut Daniel Leon, COO platform kripto Celcius Network, pengasas bitcoin sepatutnya menerima Hadiah Nobel untuk Ekonomi kerana hasil ciptaannya. “Lelaki ini [Nakamoto] telah memberi lebih banyak manfaat kewangan kepada ribuan orang berbanding kebanyakan ahli ekonomi akademik,” jelas Daniel Leon.
Sekarang apa yang perlu dibuat adalah mencari sama ada Nakamoto benar-benar wujud atau tidak. Lagipun, Jawatankuasa Nobel mungkin tidak akan menganugerahi seseorang yang tidak pernah wujud...
***
Pelanggan syarikat broker NordFX terus mengumpul tiket cabutan bertuah: Cabutan Bertuah Super untuk Tahun Baru akan diadakan tidak lama lagi. Lebih banyak tiket yang anda miliki, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi satu atau lebih hadiah yang berjumlah dari $500 hingga $20,000.
Pasti hadiah kemenangan ini berguna, bukankah begitu?
Mudah untuk menyertai. Semua butir-butir boleh didapati di laman web NordFX.
Kumpulan Analitik NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali