Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 14 - 18 Februari, 2022

EUR/USD: Bencana Akibat Inflasi di AS

  • Orang Yunani purba mula mengisytiharkan gencatan senjata pada Sukan Olimpik lebih daripada 2,800 tahun lalu. Nampaknya bull dan bear EUR/USD juga memilih untuk meneruskan tradisi tersebut semasa berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing. Pemerhatian kami menunjukkan bahawa keadaan begitu tenang sekali setidak-tidaknya pada awal minggu, dan pasangan ini bergerak secara mendatar dengan sedikit tekanan di saluran sempit yang tidak lebih daripada 60 mata iaitu di antara 1.1400-1.1460.

    Keadaan tenang ini mula berakhir akibat gangguan kecil yang berlaku pada hari Khamis, 10 Februari apabila data kadar inflasi di AS dikeluarkan. Harga pengguna mengalami kenaikan sebanyak 7.5%, manakala kadar inflasi utama mencecah 6.0% (berbanding 5.5% sebulan lalu). Kedua-dua nilai itu adalah yang tertinggi sejak 40 tahun lalu, dan ia tidak pernah diperhatikan sejak tahun 1982. Hal ini sangat membimbangkan pasaran.

    Untuk lebih jelas, bukan nilai itu saja yang membimbangkan mereka, tetapi reaksi yang akan diberikan oleh pihak Rizab Persekutuan AS terhadapnya. Para pelabur bimbang pihak bank Persekutuan AS akan mengambil tindakan yang lebih agresif dan di luar jangkaan bagi membendung kadar inflasi. Kebarangkalian pihak FOMC (Federal Open Market Committee atau Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan) untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas (bp) pada bulan Mac melonjak kepada 80%. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan kadar faedah itu mungkin akan dinaikkan sebanyak tujuh kali dalam tahun 2022 saja. Penganalisis di Goldman Sachs menjangkakan kos pinjaman persekutuan akan naik sehingga 2.0% menjelang awal 2023.

    Disebabkan keadaan panik itu, nilai dolar mula naik, manakala kadar indeks saham (S&P500, Dow Jones, Nasdaq) serta pasangan EUR/USD mengalami penurunan. Namun, situasi itu berubah dengan cepat: pasaran berasa bimbang risiko yang timbul ke atas ekonomi secara amnya akibat kenaikan kukuh harga pengguna. Setelah mengubah arah pergerakannya dari paras 1.1374, kedudukan pasangan ini naik hampir 120 mata, ke paras 1.1494. Setelah itu, pergerakannya berubah sekali lagi ke bawah.

    Terdapat dua sebab kepada perubahan arah pergerakan ini, untuk kali ketiga berturut-turut. Pertama sekali adalah keseluruhan risiko ekonomi yang mungkin timbul itu malangnya akan memaksa pihak Rizab Persekutuan untuk bersungguh-sungguh menaikkan kadar faedah mereka. Sebab kedua adalah Christine Lagarde. Ketua ECB itu menyatakan pada minggu lalu bahawa pengetatan polisi kewangan yang mendadak akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi di Eurozone. Kesimpulan daripada ini mencadangkan pihak penggubal dasar tersebut masih belum bersedia untuk menaikkan kadar faedah mereka, walaupun dengan kadar inflasi yang tinggi. Menurut ramalan, kenaikan pertama kadar faedahnya sebanyak 25 bp hanya dijangka akan berlaku pada bulan Disember 2022.

    Perbezaan kadar kecepatan pengetatan polisi kewangan oleh pihak Rizab Persekutuan dan ECB sentiasa memberi kelebihan kepada dolar. Kali ini juga sama: pasangan EUR/USD turun sekali lagi sebelum mencapai paras 1.1500, berada pada paras terendah mingguannya iaitu 1.1329. Untuk kedudukan terakhir mingguannya, ia berada pada paras 1.1340.

    Mengambil kira dinamik pergerakannya sejak dua minggu lalu, bacaan indikator pada D1 adalah seperti berikut semasa ulasan ini dibuat pada petang Jumaat, 11 Februari: 65% pengayun berwarna hijau, baki 35% lagi adalah neutral. Bagi indikator trend, hanya 25% menunjukkan warna hijau, baki 75% adalah berwarna merah. Untuk penganalisis, sudah pasti, kesemua mereka akan menunggu isyarat daripada Rizab Persekutuan AS, terutama sekali mengenai berapa banyak kadar yang akan dinaikkan dalam mesyuarat FOMC pada bulan Mac nanti. Namun sekarang 55% daripada mereka sudahpun memilih pengukuhan nilai mata wang AS serta pergerakan pasangan EUR/USD ke bawah. 30% bersetuju dengan trend ke atas, dan 15% penganalisis menjangkakan pergerakan mendatar pasangan ini.

    Rintangan paling hampir berada pada paras 1.1370, diikuti dengan 1.1415, 1,1480-1.1525, 1.1560 dan 1.1625. Sokongan berada di zon dan paras 1.1275-1.1315, 1.1220, 1.1185 dan juga kedudukan terendah pada 28 Januari lalu iaitu 1.1120.

    Untuk minggu hadapan, data KDNK di Eurozone akan dikeluarkan pada hari Selasa, 15 Februari. Kadar kemeruapan yang tinggi dijangka akan berlaku disebabkan oleh penerbitan sebahagian daripada data pasaran pengguna di AS pada hari berikutnya, Rabu, 16 Februari.  Minit mesyuarat FOMC untuk bulan Februari yang akan dikeluarkan juga akan mengakibatkan ketaktentuan pada hari tersebut. 

GBP/USD: Trend Semakin Meningkat. Masih Meningkat.

  • Meskipun tindakan yang diambil pihak ECB agak ketinggalan di belakang Rizab Persekutuan, kedudukan Bank of England pula di hadapan setakat ini, menaikkan kadar faedah mereka lebih cepat berbanding rakan sejawatnya di seberang Atlantik. Justeru, tidak seperti euro, pound British setakat ini berjaya mengekalkan kedudukannya pada minggu lalu, mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.3551. Kata kuncinya di sini adalah “setakat ini”: “di hadapan setakat ini” dan “setakat ini berjaya.” Kemaraan nilai pound berbanding dolar agak goyah dan boleh mula turun dengan cepat.

    Faktor utama yang mampu memaksa Bank of England menangguhkan kenaikan kadar dan membiarkannya pada nilai yang rendah adalah kadar KDNK dan pertumbuhan pasaran buruh yang lemah, serta kadar perbelanjaan pengguna di paras yang rendah. Mengikut data yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 11 Februari, kadar KDNK di UK hanya mengalami pertumbuhan sebanyak 1.0% untuk Q4 2021, dan bukannya 1.1% seperti yang diunjur. Situasi di pasaran buruh dan pasaran pengguna akan diketahui pada minggu depan: statistik bagi kadar pengangguran akan dikeluarkan pada 15 Februari, manakala paras harga di UK pula pada 16 Februari.

    Apabila menjangkakan langkah yang akan diambil oleh penggubal dasar British, eloklah untuk kita mengimbas kembali hanya 4 daripada 9 orang ahli jawatankuasa Bank of England yang bersetuju dengan kenaikan kadar sebanyak 50 bp pada mesyuarat lepas. Majoritinya, termasuklah ketua bank itu sendiri iaitu Andrew Bailey mengambil keputusan untuk hanya menaikkan kadarnya sebanyak 25 mata asas, memetik kelembapan pertumbuhan ekonomi sebagai alasan.

    Hakikatnya penggubal dasar ini akan terus bertindak dengan lebih cermat, hal ini telah disahkan oleh ketua pakar ekonomi Bank of England sendiri iaitu Hugh Pill. Dalam temubual bersama Reuters, beliau berkata pihak bank menjangkakan “pengetatan yang lebih sederhana dalam beberapa bulan lagi jika semua yang dirancang berjalan lancar” dan “anda perlu berhati-hati dalam menetapkan kadar faedah."

    Buat masa ini, kebanyakan penganalisis (60%) menjangkakan pengukuhan nilai dolar, dan percaya pasangan GBP/USD akan mengalami penurunan tidak lama lagi. Pendapat berbeza diberikan oleh 30% lagi penganalisis, dan baki 10% pula kekal neutral. Indikator pada D1 adalah seperti berikut: 90% pengayun menunjukkan pertumbuhan (10% daripada mereka berada di zon lebihan belian), 10% lagi menunjukkan penurunan. Sama juga dalam kalangan indikator trend, nisbah kekuatannya agak serupa, 85% dan 15%. Sokongan berada pada paras 1.3500, 1.3425, 1.3365, sokongan kuat seterusnya berada 100 mata lebih rendah. Rintangan berada pada paras 1.3585, 1.3600-1.3625, 1.3700, 1.3750, 1.3835 dan 1.3900.

USD/JPY: Lonjakan Tertinggi Sekali Lagi Dalam Tempoh Lima Tahun

  • Korelasi antara Perbendaharaan AS dan USD/JPY bukanlah menjadi satu rahsia lagi. Jika hasil ke atas mata wang AS meningkat, nilai dolar berbanding yen juga bertambah. Mata wang Jepun menerima tekanan berganda pada minggu lalu: hasil bon perbendaharaan selama 10 tahun yang mencapai jumlah tertingginya sejak Ogos 2019, serta kadar indeks DXY USD yang naik mendadak setelah kejadian pada 10 Februari yang dinyatakan sebelum ini turut melonjak. Hasilnya, pasangan ini menguji semula paras tertinggi beberapa tahun iaitu 116.35 yang direkodkan pada 4 Januari, 2022. Walau bagaimanapun, ia gagal untuk memecahkan rekod itu, dan mengakhiri minggu bekerja dengan berada pada paras 115.30.

    Buat masa sekarang, kebanyakan penganalisis (60%) menjangkakan pasangan USD/JPY akan cuba sekali lagi untuk memperbaharui kedudukan tertingginya dan naik ke paras yang kali terakhir didudukinya pada Januari 2017. Semua 100% pengayun pada D1 serta 80% indikator trend bersetuju dengan jangkaan tersebut. Zon rintangan paling hampir adalah 115.70. Baki 40% penganalisis lagi dan 20% indikator trend memihak kepada bear. Sokongan berada pada paras 115.00 diikuti dengan 114.15, 113.75, 113.45, 113.20, 112.55 dan 112.70.

    Data KDNK di Jepun (Q4) yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, 15 Februari mungkin dapat membantu yen sedikit. Mengikut unjuran, kadar Keluaran Dalam Negara Kasar negara itu boleh bertumbuh daripada negatif 0.9% kepada 1.4% sepanjang tiga bulan itu. Namun begitu, dengan situasi selepas COVID yang berlaku sekarang, pertumbuhan ekonomi seperti itu sebaliknya akan memberi tentangan kepada mata wang negara berkenaan, mengesahkan ketepatan polisi Bank of Japan yang sangat longgar, apabila mengekalkan kadar faedah mereka pada kadar negatif 0.1% untuk jangka masa yang lama.

MATA WANG KRIPTO: Pembetulan atau Penurunan?

  • Persoalan sama ada pembetulan yang berlaku akan menyebabkan trend menurun atau permulaan kepada lonjakan baru masih belum terjawab. Sebut harga mata wang kripto bertambah bersama-sama dengan kadar indeks saham S&P500 dan juga Dow Jones, malah lebih tinggi sedikit.

    Perkara yang hampir sama boleh dilihat berlaku beberapa bulan lepas. Namun ketika itu, nilai mata wang kripto yang mengatasi prestasi saham hampir dua bulan telah beralih daripada pertumbuhan kepada penurunan. Pasangan BTC/USD mencecah paras tertingginya pada 10 November, 2021, dan jatuh selepas itu. Bagi S&P500 pula, kadar tertingginya dicapai pada 4 Januari, 2022. Semua ini agak masuk akal: walaupun ada korelasi antaranya, pasaran saham masih lagi stabil berbanding mata pasaran wang kripto. Namun kedua-duanya sangat bergantung kepada polisi kewangan Rizab Persekutuan AS (dan sebahagiannya, langkah yang diambil oleh lain-lain bank Pusat).

    Program rangsangan yang memulakan cetakan mata wang dolar secara besar-besaran telah melambakkan pasaran dengan wang murah dan menggalakkan pasaran aset berisiko. Pihak Rizab Persekutuan kini mengetatkan polisi mereka. Berdasarkan pada logik ini, dapatlah kita jangkakan pengurangan yang lebih rendah minat para pelabur terutama sekali terhadap mata wang kripto.

    Kami sudahpun menyatakan bahawa pergerakan sebut harga mata wang kripto tidak lama lagi akan bergantung (dan sudahpun ditentukan) oleh mood beberapa badan kerajaan serta bank-bank Pusat. Namun komuniti penganalisis masih belum mencapai kata sepakat berkenaan pendirian yang akan diambil.

    Sebagai contoh, Johnny Liu, CEO bursa kripto KuCoin memilih masa depan yang cerah dengan mempercayai pihak berkuasa akan mula memahami kebaikan mata wang kripto sedikit demi sedikit. Menurut beliau, terdapat trend penerimaan mata wang kripto secara besar-besaran berlaku di peringkat negeri, pihak kerajaan saling berkongsi pengalaman dalam menjalankan pengesahan, jadi sebarang halangan hanyalah langkah sementara saja.

    Pendapat berbeza disuarakan oleh hartawan yang menjadi pengasas Bridgewater Associates, Ray Dalio yang percaya bahawa jenis aset seperti ini mungkin akan diharamkan oleh kerajaan di beberapa buah negara.

    Ricardo Salinas Pliego, antara orang terkaya di Mexico dan juga pengasas kepada kumpulan syarikat Grupo Salinas juga percaya pihak kerajaan tidak berminat untuk memudahkan penggunaan bitcoin kerana sifat disentralisasi yang dimiliki mata wang kripto pertama tersebut menyukarkan kawalan perolehannya.

    Pendapat sama turut dinyatakan oleh CEO Parallax Digital iaitu Robert BreedLove yang berkata pihak berkuasa akan mencuba sedaya upaya mereka untuk menyukarkan hidup mata wang kripto sebagai kelas aset yang memberi ancaman kepada sistem kewangan mereka. Untuk melakukannya, mereka akan menggunakan semua cara yang ada, mensasarkan untuk mengawal aset digital sebanyak yang boleh. Inilah yang dapat kita lihat baru-baru ini di negara seperti China dan Rusia.

     Sedikit perasaan optimis timbul disebabkan oleh hakikat terdapat banyak perniagaan-perniagaan besar yang sudah pun menyebelahi aset digital, mengiktiraf merit yang dimiliki oleh mata wang kripto. Hartawan Ray Dalio yang disebut sebelum ini mengakui aset digital membentuk “peratusan kecil” dalam portfolio pelaburan beliau, meskipun beliau mengatakan “wang tunai sama seperti sampah”. Secara umumnya, memandangkan saiz pasaran mata wang kripto yang kecil, kenyataan tersebut “menarik banyak perhatian."

    Dari segi saiz pasaran, Robert Breedlove percaya bahawa jumlah modal pasaran bitcoin akan naik dengan mendadak dalam beberapa tahun akan datang dan nilainya akan melebihi $5.0 trilion. Buat masa ini kadar inflasi di AS berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Menurut ketua Parallax Digital, dolar boleh berhadapan dengan nasib yang sama seperti mata wang Venezuela. Nilai mata wang AS akan melambung tinggi menjelang tahun 2035, dan pada waktu itu harga BTC dalam dolar akan menjadi terlalu tinggi: 1, 5, atau 10 juta USD bagi setiap coin. Kesimpulannya, mesin cetak Rizab Persekutuan mampu menyediakan sokongan hebat kepada bitcoin, Namun, menurut Robert Breedlove lagi, ancaman terbesar bagi bitcoin juga datang dari pihak penggubal dasar yang sama.

    Kesemua indikator untuk pasaran kripto dilihat lebih sederhana semasa ulasan ini dibuat pada petang Jumaat, 4 Februari. Jumlah keseluruhan modal pasarannya masih lagi sedikit menghampiri $2.0 trilion dengan jumlah $1.90 trilion ($1.85 trilion pada tujuh hari lalu), bacaan Indeks Dominasi Bitcoin pula adalah 42.46%. Pasangan BTC/USD didagangkan di zon $42,500, manakala Indeks Fear & Greed Kripto telah keluar dari zon Extreme Fear dan bergerak ke atas dengan cepat, mencapai kedudukan 50 mata, sepadan dengan keadaan neutral di pasaran.

    Sebahagian daripada penganalisis yang memantau dinamik pergerakan bagi permintaan dan bekalan bitcoin berasa bimbang dengan asas pertumbuhan kadar bitcoin yang lemah sekarang ini. Mereka berpendapat, akibat daripada itu, kedudukan pasangan BTC/USD mungkin akan kembali ke zon $40,000 dalam masa sebulan, malah mungkin akan turun lebih rendah, ke paras $29,000 untuk tempoh sederhana.

    Malah unjuran yang lebih pesimis telah diberikan oleh pengarang buku “The Ascent of Money”, pakar sejarah ekonomi iaitu Niall Ferguson. Beliau percaya jika dinamik turun naik yang dialami BTC sebelum ini berlaku semula, harga mata wang kripto pertama itu akan turun ke paras yang rendah iaitu $11,515 menjelang November 2022. Nilai ini adalah 83% lebih rendah berbanding nilai tertinggi dalam sejarah bitcoin yang dicapai pada November 2021.

    Dalam masa yang sama, Ferguson tidak bersetuju secara kategori dengan pendapat yang diberi oleh pemenang Hadiah Nobel dalam Ekonomi iaitu Paul Krugman yang menyamakan kadar kemeruapan pasaran mata wang kripto dengan keruntuhan pasaran hartanah di AS antara tahun 2007-2008. Seperti yang anda ketahui, krisis ekonomi global berlaku selepas itu.

    Niall Ferguson percaya bahawa adalah “tidak berbaloi untuk menunggu berlakunya tsunami atau puting beliung. Kejatuhan nilai bitcoin ke paras terendahnya pada tahun 2010 tidak mungkin akan berlaku. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud musim dingin kripto akan kurang sejuknya.”

    Sudah tentu, terdapat juga ramalan yang bersifat optimis. Menurut Sean Farrell, seorang penganalisis di firma penyelidikan kewangan FSInsight, dominasi bitcoin akan terus utuh berbanding altcoin yang lain dan nilainya pula, walaupun bermula “agak goyah” pada bulan Januari, mampu mencecah $200,000 pada enam bulan terakhir tahun 2022.

    Laporan FSInsight turut menyatakan platform ethereum dinilai dengan rendah dan nilai mata wang kripto kedua terbesar dari segi jumlah modal pasaran itu mungkin mencecah $12,000 pada tahun ini. Sean Farrell begitu optimis dengan peralihan ethereum kepada algoritma Proof-of-Stake. Jika proses itu berjalan dengan lancar, aliran masuk modal ke dalam ekosistemnya akan bertambah, “tidak kira apa jua prestasi bitcoin.” CEO bursa kripto KuCoin, Johnny Liu pula percaya disebabkan kebanyakan projek paling berinovasi telah dilancarkan pada ethereum, nilainya akan jauh mendahului BTC dalam jangka masa panjang.

    Hakikat bahawa pasangan BTC/USD boleh menjangkaui paras $100,000 pada hujung tahun ini atau awal tahun 2021 juga diramal oleh seorang pelabur kripto dengan nama panggilan Dave the Wave. Walau bagaimanapun, senario ini juga membayangkan “pembetulan bersesuaian” akan berlaku. Pelabur itu maklum dengan lengkung kitaran $100,000 tidak harus diterjemah sebagai paras sokongan, tetapi trajektori harga purata yang boleh dilalui bitcoin.

    Berkenaan minggu hadapan, Dave the Wave sedar meskipun carta bulanan bitcoin mungkin masih kelihatan bearish, sesetengah isyarat bullish mula kelihatan pada carta mingguan. Disamping itu, bitcoin berjaya menembusi saluran menurun yang sempit, hal ini juga menandakan pertumbuhan yang bakal berlaku.

    Di akhir ulasan ini, kami berikan petua hidup kripto seperti biasa. Kali ini kami berikan seorang lagi pelabur dengan nama gelaran macromule yang berkongsi algoritma dagangan menarik. Mengikut pelabur itu, ciapan berkenaan mata wang kripto pertama oleh Peter Schiff yang skeptik bitcoin dan juga seorang penyokong emas menjadi isyarat untuk dia membuka posisi. Pelabur itu mengesyorkan untuk membeli BTC setiap kali ciapan seperti itu dibuat dan menjualnya selepas 72 jam. Menurut macromule, strategi ini telah digunakan dalam 203 dagangan sejak bulan Mei lalu, dan 65% daripadanya memberikan keputusan positif serta menjana pendapatan tahunan kira-kira 1,000%.

    Pastinya, kami tidak boleh mengesyorkan penggunaan “strategi” ini. Namun jika ada yang masih ingin mencubanya, mereka boleh berbuat demikian menggunakan akaun demo tanpa merisikokan wang sebenar.

 

Kumpulan Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.