Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 11 - 15 April, 2022

EUR/USD: Tiga sebab Pengukuhan Nilai Dolar

  • Margin bagi kelompok penganalisis yang menyokong nilai dolar lebih kukuh pada unjuran minggu lalu adalah sangat kecil. 50% penganalisis memilih pertumbuhan, 40% lagi sebaliknya dan baki 10% berpendirian neutral. Punca bagi ketaktentuan dan perselisihan pendapat seperti itu adalah pasaran sudahpun mengambil kira kenaikan kadar faedah dolar pada tahun 2022 dalam sebut harganya. Namun, walaupun begitu, nilai mata wang AS terus mengalami pertumbuhan. Kadar indeks DXY telah bertambah kira-kira 2% sepanjang minggu lalu, manakala pasangan EUR/USD pula, seperti yang dijangka penyokong bearish, telah berjaya menembusi paras sokongan di zon antara 1.0950-1.1000 dan mensasarkan paras terendah 7 Mac lalu iaitu 1.0805. Benar, pasangan ini belum berjaya mencapainya, dan ia berakhir pada paras 1.0874.

    Jadi mengapa nilai dolar terus mengukuh? Terdapat tiga sebab untuk perkara ini. Pertama sekali adalah polisi kewangan Rizab Persekutuan yang terus diperketatkan. Kita bercakap tentang mengurangkan penyata imbangan sekarang, yang mana penggubal dasar mahu mengurangkan lebih daripada $1 trilion dolar setahun. Ia bersamaan dengan kenaikan tambahan kadar pembiayaan semula sebanyak 3-4 kali dalam tahun 2022-23, 25 mata asas untuk setiap kenaikan. Hasil bon Perbendaharaan AS juga akan bertambah, menjadikan dolar lebih menarik. 

    Sebab yang kedua dan ketiga berada di seberang Lautan Atlantik, di Eropah. Ia adalah pilihanraya presiden Perancis dan juga sekatan baru terhadap Rusia yang berpunca daripada konflik ketenteraan di Ukraine.

    Pusingan pertama pilihanraya akan diadakan pada hari Ahad, 10 April. Ketua pembangkang Perancis iaitu Marine Le Pen adalah seorang yang Eurosceptic. Sila maklum bahawa beliau hampir mencadangkan perpisahan negaranya daripada Eurozone pada tahun 2017. Malah jika pihak pembangkang mengalami kekalahan sekalipun, ia masih akan menggugat integrasi negara-negara Eropah. Namun jika Marine Le Pen berkuasa, sudah pastinya mata wang pan Eropah itu tidak akan berada dalam keadaan baik. Menurut sebilangan penganalisis, kadar pasangan EUR/USD mungkin akan susut ke paras 1.0500 atau lebih rendah lagi.

    Untuk sekatan pula, kami telah berulang kali katakan bahawa ia bukan saja memberi kesan negatif kepada ekonomi Rusia, malah juga ekonomi di EU. Pertama sekali, semuanya disebabkan oleh Kesatuan Eropah yang terlalu bergantung dengan sumber tenaga Rusia. Disamping itu, hakikat bahawa terdapat risiko untuk Rusia menggunakan senjata nuklear mereka dan operasi ketenteraan yang boleh bertukar menjadi malapetaka lebih hebat daripada Chernobyl juga perlu diambil kira.

    Perkara paling penting untuk minggu hadapan adalah mesyuarat ECB pada hari Khamis, 14 April serta sidang akhbar oleh pihak pengurusannya selepas itu. Kemungkinan untuk kadar faedahnya kekal pada paras sifar adalah sangat tinggi. Walau bagaimanapun, para pelabur berharap untuk mendapatkan isyarat mengenai rancangan penggubal dasar Kesatuan Eropah dalam memberi respon terhadap cabaran luaran dan dalaman yang dihadapinya.

    Dalam pada itu, 45% penganalisis bersetuju dengan pengukuhan berterusan nilai dolar. Pendapat bertentangan dikongsikan oleh 35% lagi penganalisis dan baki 20% pula mengambil pendirian neutral. Semua indikator trend dan pengayun pada D1 adalah berwarna merah, walaupun 25% daripada pengayun sudahpun memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan.

    Sasaran terdekat bagi bear EUR/USD adalah paras terendah 7 Mac lalu iaitu 1.0805. Jika mereka berjaya menembusi sokongan ini, mereka mensasarkan paras terendah tahun 2020 iaitu 1.0635 dan paras terendah 2016 iaitu 1.0325.

    Bull akan cuba untuk membawa pasangan ini di atas paras 1.1000 bagi melepasi rintangan pada paras 1.1050 dan jika mampu, mencecah zon antara 1.1120-1.1137. Sasaran mereka adalah paras tertinggi pada 31 Mac lalu iaitu 1.1184.

    Selain daripada mesyuarat Bank Negara Kesatuan Eropah, kalendar ekonomi untuk minggu depan termasuklah data pengguna di Jerman yang akan dikeluarkan pada Selasa, 12 April dan data pengguna di AS pada 12 dan 14 April. Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah akan bercuti pada 15 April sempena Good Friday.

GBP/USD: Helang Rizab Persekutuan dan Pipit Bank of England

  • Paras sokongan paling kukuh dan paling utama buat pasangan ini adalah 1.3000, paras terendah pada 15 Mac (sama seperti antara 2021-2022. Bear untuk GBP/USD berjaya menembusinya, mencecah 1.2981 pada 8 April semasa sesi di AS berjalan. Para pelabur di Eropah, termasuklah pelabur di British dilihat agak teragak-agak. Namun, untuk mengatakan dengan lembut, pelabur Amerika memandang rendah mata wang Eropah dan terus memberi tekanan kepadanya disebabkan oleh minit mesyuarat Rizab Persekutuan yang bersifat hawkish serta komen-komen pemimpin utama penggubal dasar berkenaan. Bagi rakan sejawatnya di Bank of England, komen terbaru barisan kepimpinannya adalah sangat longgar, dan menimbulkan keraguan di pasaran sama ada mampukah pihak Bank mewajarkan pengetatan polisi kewangan mereka nanti.

    Paras terakhir pada minggu lalu  setelah mengalami perubahan arah adalah 1.3031. Jika pasangan GBP/USD masih berjaya untuk bergabung di bawah paras 1.3000, ini akan membuka laluan kepada paras terendah November 2020 di sekitar 1.2850, dan kemudian paras terendah pada September 2020 di zon 1.2700. Perkembangan ini hanya mendapat sokongan daripada 35% penganalisis. Baki 65% lagi menunggu pembetulan ke atas, dan paras 1.3050, 1.3100 serta zon di antara 1.3185-1.3215 bertindak sebagai rintangan, kemudian 1.3270-1.3325 dan 1.3400. Sama seperti yang berlaku kepada EUR/USD, semua indikator pada D1 menunjukkan pertumbuhan, 15% pengayun memberi isyarat pasangan ini memiliki lebihan jualan.

    Untuk perkara yang berkaitan dengan ekonomi di United Kingdom, kami ingin tumpukan kepada data kadar KDNK negara itu serta pengeluaran industrinya yang akan dikeluarkan pada hari Isnin, 11 April, serta data jualan runcit pada hari Selasa, 12 April. Kami akan menerima sebahagian maklumat daripada pasaran buruh UK pada hari yang sama, dan maklumat mengenai pasaran pengguna pada hari Rabu, 13 April.

USD/JPY: Rakyat Jepun Menentang Yen yang Lemah 

  • Kami berikan tajuk “125.09: Tiada Lagi Anti-Rekod?” untuk ulasan kami minggu pada minggu lalu. Seminggu telah berlalu, kami masih belum boleh katakan ia tidak mungkin akan berlaku. Walaupun pasangan USD/JPY bergerak ke atas untuk seketika, paras tertinggi mingguannya pada kali ini berada pada kedudukan 124.67, dan mengakhiri sesi dagangan pada paras 124.36.

    Jika diingat disebabkan oleh polisi kewangan Bank of Japan yang sangat longgar, nilai Yen terus menyusut, manakala kedudukan pasangan USD/JPY telah memecahkan rekod beberapa tahun dengan berada pada paras 125.09 pada 28 Mac, tidak jauh dari paras tertinggi 2015 iaitu 125.86.

    Tiada sebarang statistik penting berkenaan keadaan ekonomi di Jepun yang dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini. Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah ucapan ketua Bank of Japan, Haruhiko Kuroda, pada hari Rabu, 13 April. Namun mungkin tiada sebarang kejutan yang boleh didapati daripada ucapan itu. Namun begitu, kenyataan oleh Hideo Hayakawa, bekas ketua pakar ekonomi organisasi itu mengenai parameter polisi kewangan yang mungkin diubah oleh Bank Negara Jepun pada bulan Julai akibat penyusutan teruk nilai Yen perlu diambil kira. “Sementara Bank of Japan berulang kali menyatakan Yen yang lemah adalah perkara positif buat ekonomi negara itu secara keseluruhannya, hal tersebut secara realiti hampir memberi kesan 50/50 yang sama, perasaan tidak selesa dalam kalangan penduduknya akan bertambah kerana kadar inflasi di Jepun juga akan naik. Majoriti penduduknya tidak mahukan nilai yen yang lemah,” Hideo Hayakawa berkata pada 8 April. Beliau berpendapat, “Bank of Japan terlalu naif dengan mengatakan nilai yen yang lemah itu bagus apabila tindakan yang diambil kerajaan hanyalah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga serta mengehadkan harga minyak."

    Pakar strategi di Rabobank juga percaya kenaikan pantas USD/JPY di atas paras 125.00 akan menambah kebarangkalian penggubal dasar Jepun itu untuk menyemak semula program pelonggaran kuantitatif (QE) mereka.

    Buat masa ini, kebarangkalian pasangan tersebut untuk menguji paras rintangan antara 125.00-125.09 buat kali kedua dianggar sebanyak 50/50. Walau bagaimanapun, apabila beralih daripada unjuran mingguan kepada ramalan dua minggu terakhir April dan juga keseluruhan bulan Mei, majoriti (85%) penganalisis menjangkakan pengukuhan mata wang Jepun dan meramal pasangan ini akan berada di zon antara 115.00-117.00.

    Dalam kalangan indikator pada D1, seperti dua pasangan lain sebelum ini, ia memberikan keputusan sebulat suara: 100% indakator trend dan 100% pengayun menjangkakan pertumbuhan, walaupun 25% daripada pengayun sudah berada di zon lebihan belian. Melihat pada kadar kecairan pasangan ini, zon-zon di antara 123.65-124.05, 122.35-123.00 dan 121.30 telah dikenal pasti sebagai paras sokongan. Diikuti pula dengan zon-zon 120.60-121.30, 119.00-119.40, 118.00-118.35 selepas itu.

MATA WANG KRIPTO: Pembetulan atau Permulaan Keruntuhan Nilai yang Baru

  • Penghasil telah menghasilkan bitcoin yang ke-19 juta daripada 21 juta yang ada dalam algoritma pada hari Jumaat, 1 April. Ini bermakna, kurang daripada 10% bitcoin yang tinggal untuk dihasilkan. Tinggal itu saja. Disebabkan perkara itu, bitcoin akan menjadi aset yang sangat-sangat jarang ditemui, sama seperti yang dibayangkan oleh penciptanya (atau para penciptanya), dan akan menolak nilainya lebih tinggi ke atas. Inilah yang diharapkan oleh kebanyakan pelabur di pasaran.

    Trend mengumpul emas digital ini terus berlaku sejak kebelakangan ini. Penganalisis di Glassnode sedar bahawa selain daripada “jerung”, pelabur yang digelar sebagai “bilis” (merujuk kepada pemilikan kurang daripada 1 BTC) juga turut menyumbang kepada pengumpulan tersebut. Sejak menduduki paras terendah pada 22 Januari lalu, mereka telah mengumpul sebanyak 0.58% daripada bekalan yang ada di pasaran, menjadikan jumlahnya sebanyak 14.26%.

    Jumlah pengumpulan yang mula melebihi kadar pengeluaran telah banyak kali berlaku. Menurut Glassnode, kadar aliran keluar coin dari platform bersepadu telah bertambah kepada 96,200 BTC setiap bulan, sesuatu yang sangat jarang berlaku sebelum ini dalam sejarahnya. Baki yang ada di bursa turun mencecah jumlah pada Ogos 2018, menembusi paras yang diperhatikan sejak September 2021. Bilangan coin pada alamat bitcoin yang cenderung untuk mengumpul telah bertambah sebanyak 217,000 BTC sejak 4 Disember, 2021 dan mencecah rekod tertinggi iaitu 2,854,000 BTC. Berdasarkan kepada jumlah tersebut, kadar pengumpulan harian sebanyak 1800 BTC telah diperolah, iaitu dua kali ganda daripada kadar pengeluaran.

    Trend ini telah mendapat pengesahan daripada laporan syarikat penganalisis IntoTheBlock. Menurut laporan tersebut, jumlah keseluruhan coin dalam walet pelabur jangka panjang telah mencecah rekod tertinggi iaitu 12 juta BTC dalam Q1 2022 bernilai lebih daripada $551 bilion. “Ini menunjukkan satu fasa pengumpulam yang boleh membantu mengukuhkan kepercayaan terhadap bitcoin sebagai alat menyimpan nilai,” ujar IntoTheBlock.

    Jangkaan paling hebat tentang masa depan mata wang kripto utama ini telah diberi oleh para penganalisis dari syarikat pelaburan VanEck. Mengikut pengiraan mereka, harga bitcoin boleh mencecah $4.8 juta jika mata wang kripto menjadi aset rizab di peringkat global. Jangkaan seperti itu dibuat dengan mengambil kira bekalan wang M2 yang bermaksud jumlah tunai dalam edaran serta semua jenis dana bukan tunai. Terdapat juga nilai yang sedikit rendah - $1.3 juta bagi setiap 1 BTC, dikira berdasarkan bekalan wang M0 yang mengecualikan dana bukan tunai.

    Penganalisis VanEck memberi amaran bahawa unjuran mereka itu hanya bertujuan untuk dijadikan titik permulaan bagi pelabur yang ingin membuat anggaran nilai yang mungkin dicapai bitcoin dalam salah satu senario yang tidak dijangka. Dalam masa yang sama, menurut penulis ramalan itu, bukan saja bitcoin, malah yuan China juga menjadi pesaing utama bagi status mata wang rizab dunia.

    Penggemar kripto paling terkenal juga tahu nilai berjuta bagi setiap coin masih sangat jauh untuk dicapai. Walau bagaimanapun, untuk masa terdekat ini, beberapa senario dilihat agak optimis. Justeru, CEO Galaxy Digital iaitu Mike Novogratz percaya bahawa ketibaan pelabur dan inovasi yang baru, perkembangan dalam politik dan ekonomi, serta penerimaan pihak berkuasa terhadap bitcoin akan dapat memperbaiki unjuran untuk BTC pada tahun 2022. “Pada mulanya, saya menyatakan bahawa bitcoin akan mengalami tahun yang sukar, apabila nilainya mengalami turun naik pada julat di antara $30,000 dan $50,000. Namun melihat bagaimana dagangan di pasaran, pelabur dan inovasi baru, perkembangan mengenai Web3 dan juga metaverse, saya bersifat lebih optimis sekarang. Justeru, saya tidak terkejut jika nilai mata wang kripto mengalami pertumbuhan mendadak menjelang akhir tahun 2022,” jelas hartawan tersebut.

    Pada pendapat beliau, penerimaan bitcoin akan terus berlaku kerana semua orang sedar betapa tidak stabilnya dunia yang didiami sekarang ini. “Bitcoin mula melakar sejarah baru apabila Eropah dan juga Amerika Syarikat menyekat aliran kewangan Rusia. Tindakan ketenteraan di Ukraine telah mewujudkan pelbagai tekanan inflasi, menghasilkan bermacam-macam risiko dan juga kebimbangan, tetapi menambah keyakinan pelabur kripto serta memacu penerimaan aset digital, CEO Galaxy Digital itu berkata.

    Raoul Pal, seorang bekas pekerja di Goldman Sachs dan kini sebagai CEO Real Vision berkongsi pendapat yang sama. Dalam audio siar MetaLearn, beliau berkata bahawa dunia sudah bersedia dengan gelombang penerimaan bitcoin yang baru, dan pasaran yang terus jatuh akan memberi kesan bermanfaat kepada kadar pertumbuhannya. “Dana-dana, terutama sekali dana kekayaan negara akan mula mencari aset jangka panjang yang boleh memberi sedikit keselamatan. Oleh itu, mereka akan mengkaji bitcoin dan kita akan dapat lihat penerimaannya yang lebih tinggi - tidak semestinya sebagai mata wang, tetapi sebagai sebuah aset. Saya fikir ini adalah satu penyelesaian yang menarik: penggunaan bitcoin sebagai aset rizab pelindung di peringkat global."

    Menurut Raoul Pal, situasi makroekonomi mencadangkan bahawa peluang untuk bitcoin sekali lagi dijual secara besar-besaran adalah tipis. Justeru, kebanyakan peserta pasaran mungkin akan meneruskan strategi jangka panjang mereka dan tidak berdagang mata wang kripto secara aktif.

    Walau bagaimanapun, nilai emas digital itu berhenti bertumbuh setelah mencecah ketinggian $48,156 pada 28 Mac. Bull telah gagal untuk menolak pasangan BTC/USD naik di atas paras pergerakan purata sepanjang 200 hari, dan semasa ulasan ini dibuat, pada petang 8 April, ia didagangkan di sekitar $43,000. Jumlah keseluruhan modal pasarannya berada di bawah paras psikologi penting iaitu $2 trilion, susut daripada $2.140 trilion kepada $1.985 trilion sepanjang minggu. Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto juga mula menerima kesan, daripada 50 mata iaitu paras neural jatuh kepada 37 mata, kini berada di zon Fear.

    Penganalisis dan pedagang terkenal iaitu Cheds melihat segitiga menaik yang terbentuk sejak 24 Januari lalu sebagai petanda buat bullish. Beliau berkata, segitiga seperti itu kebiasaannya adalah corak sambungan bullish. Jika kedudukan tertingginya berjaya ditembusi, “pergerakan yang boleh diukur adalah ketinggian segitiga tersebut, iaitu di antara $56,000 dan juga $58,000.”

    Dalam masa yang sama, penganalisis itu menasihatkan pedagang untuk memantau pergerakan purata sepanjang 200 hari kerana indikator terknikal ini bertindak sebagai rintangan buat masa sekarang. Chads percaya bahawa jika bull berjaya mengekalkan kedudukan BTC di atas paras $45,000, mata wang kripto akan bersedia menembusi rintangan SMA-200 untuk keuntungan sebanyak 26% lagi. Jika tidak, bull akan berhadapan dengan risiko jualan besar-besaran.

    Seperti yang telah dinyatakan, buat masa ini BTC/USD didagangkan pada nilai $43,000, di bawah paras sokongan Cheds. Walau bagaimanapun, melihat pada kadar turun naik mata wang kripto terunggul ini, bear masih belum boleh dianggap telah berjaya sepenuhnya. Penurunan ke bawah mungkin palsu semata-mata. Tambahan pula, bitcoin sudah tidak lagi hidup bersendiri. Pada tahun 2010, semasa nilainya tidak bergantung pada apa-apa, 10,000 BTC hanya boleh membeli dua keping piza. Kini ia sudah matang dan menjadi sebahagian daripada ekonomi global. Sekarang bitcoin hampir menunjukkan korelasi kitaran sepenuhnya dengan S&P 500 yang baru-baru ini mencecah 0.9. Kemudian kadarnya menyusut seperti pasaran saham AS. Sebaliknya, S&P 500 bergantung kepada selera risiko pelabur global.

    Jika selera terhadap aset berisiko kembali pulih, pasaran kripto juga akan bertumbuh semula. Jika tidak, menurut sebilangan penganalisis, kita boleh jangkakan penurunan pasangan BTC/USD ke paras terendah bulan Mac berdekatan dengan nilai $37,000 bagi setiap coin. Kemungkinan untuk nilainya turun lebih rendah ke paras $30,000 juga agak tinggi.

 

Kumpulan Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.