EUR/USD: Keseteraan 1:1 Berjaya Dicapai
- Semua yang kami bincangkan sejak beberapa bulan yang lalu telah menjadi kenyataan: kadar EUR/USD berjaya mencapai paras 1.000 pada hari Selasa, 12 Julai. Paras terendah mingguan berada di kedudukan 0.9951 pada hari Khamis, 14 Julai. Kali terakhir pasangan ini berada pada kedudukan serendah ini adalah pada Disember 2002. Sila maklum bahawa nilai dolar bukan saja lebih kukuh berbanding euro, malah juga lebih kukuh berbanding mata wang utama dunia yang lain. Kadar indeks DXY juga berada di zon paling tinggi dalam tempoh 20 tahun, menghampiri ketinggian 108.99 pada 14 Julai.
Lonjakan nilai dolar itu telah didorong oleh data inflasi di AS yang baru-baru ini dikeluarkan. Kadar indeks harga pengguna (CPI) mencecah 9.1% untuk bulan Jun, melebihi kadar unjuran sebanyak 8.8%. Sila maklum bahawa bacaan indeks ini hanya pernah berada pada kadar itu sebanyak 12 kali dalam tempoh 110 tahun, dan kali terakhir kadar inflasinya melebihi 9% adalah pada tahun 1981. Rekod kadar tertinggi ini (lebih kepada anti rekod) telah mengukuhkan lagi jangkaan pasaran mengenai kelajuan pengetatan polisi kewangan (QT) oleh pihak Bank Persekutuan AS. Jika sebelum ini kadar kenaikan yang akan diumumkan pada mesyuarat FOMC (Federal Open Market Committee) yang seterusnya pada 27 Julai dijangka adalah antara 50-75 mata asas, kini ada cakap-cakap yang mengatakan kadar ini mungkin akan terus dinaikkan sebanyk 100 mata asas. Mengikut kiraan FedWatch di CME Group, sebanyak 82% penganalisis menganggarkan kebarangkalian kenaikan itu, manakala kemungkinan untuk kadarnya dinaikkan sebanyak 175 mata asas pada dua mesyuarat yang akan datang adalah 75%.
Presiden Bank Rizab Persekutuan (FRB) Atlanta iaitu Rafael Bostic menolak kemungkinan itu, serta menambah kadar inflasi mungkin akan naik lebih tinggi pada hujung tahun ini, dan memerlukan pihak Rizab Persekutuan untuk bertindak dengan lebih tegas. Menurut para penganalisis, keinginan Bank Persekutuan AS untuk menghentikan kenaikan kadar inflasi dengan apa jua cara mungkin akan menyebabkan kadarnya itu benar-benar mencecah 4.00% (kini kadarnya ialah 1.75%). Semua ini tetap akan berlaku walaupun ekonomi negara itu mungkin akan mengalami kemelesetan yang teruk.
Apa yang baik untuk dolar menjadi sesuatu yang teruk buat pasaran saham. Penyingkiran aset berisiko lebih giat dilakukan akibat perasaan takut pasaran mengenai kegawatan ekonomi yang berpanjangan. Kadar indeks S&P500, Dow Jones dan Nasdaq menyusut, manakala kadar indeks DXY melonjak tinggi. Data untuk jualan runcit di AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat, 15 Julai memperlahankan sedikit proses penyingkiran itu. Dengan bacaan kadar -0.1% serta unjuran sebanyak 0.8% sebelum ini, kadar untuk bulan Jun mencecah 1.0%, dan ia telah menolak kedudukan pasangan EUR/USD ke atas, mengakhiri minggu pada paras 1.0082.
Perlu diketahui bahawa pengetatan polisi kewangan oleh pihak Rizab Persekutuan bukan saja menimbulkan masalah terhadap ekonomi AS, malah juga keseluruhan ekonomi global. Peratusan mata wang dolar AS dalam rizab antarabangsa adalah sebanyak 59% pada penghujung tahun 2020, manakala peratusan bagi penyelesaian antarabangsa sehingga bulan Februari 2022 mencecah 39%. Maka, dolar adalah mata wang rizab yang penting dan kaedah bayaran paling utama di dunia. Apabila nilainya kukuh, beban semakin bertambah terutama sekali terhadap ekonomi di pasaran baru muncul yang menerima pinjaman besar daripada pihak IMF. Kesukaran untuk membayar balik pinjaman telah mengakibatkan Sri Lanka gagal membayarnya, masalah sama juga bakal dihadapi oleh El Salvador, Tunisia, Mesir, Pakistan, dan Ghana.
Populariti dolar sebagai aset bertahan akan terus meningkat apabila keadaan gawat semakin menghampiri dan juga disebabkan oleh polisi Rizab Persekutuan AS. Semasa ulasan ini dibuat, pada petang 15 Julai, kemungkinan ini menerima sokongan 60% daripada penganalisis. 30% menjangkakan pembetulan ke atas yang lebih tinggi, manakala 10% lagi penganalisis memberikan unjuran yang bersifat neutral. Bacaan pengayun pada D1 memberikan isyarat yang samar-samar sepenuhnya: 100% berwarna merah. 85% dalam kalangan indikator trend menunjukkan warna yang sama, baki 15% lagi berpendirian sebaliknya.
Paras sokongan paling hampir untuk pasangan EUR/USD berada di zon antara 1.0040-1.0050, diikuti dengan paras 1.0000. Jika ditembusi, sasaran bear adalah paras terendah pada 14 Julai iaitu 0.9950, lebih rendah lagi adalah zon sokongan/rintangan pada tahun 2002 yang kukuh iaitu 0.9900-0.9930. Paras paling hampir yang benar-benar menjadi sasaran bull adalah kembali ke zon di antara 1.0350-1.0450, kemudian zon 1.0450-1.0600 dan 1.0625-1.0770. Terdapat beberapa paras lain di sepanjang laluan ke paras 1.0350 yang berjaya ditembusi dengan mudah oleh pasangan ini semasa mengalami penyusutan, maka agak sukar untuk menentukan paras manakah antaranya yang benar-benar boleh menjadi penghalang ketika ia bergerak ke atas.
Tumpuan utama untuk minggu hadapan sudah pastinya adalah mesyuarat ECB yang akan diadakan pada hari Khamis, 21 Julai. Penggubal dasar tersebut dijangka akan menaikkan kadar faedah mereka daripada 0.0% kepada 0.25%. Tindakan seperti itu mampu memberikan sedikit sokongan terhadap mata wang euro, walaupun ianya dilihat agak sederhana jika dibandingkan dengan polisi Rizab Persekutuan yang bersifat hawkish. Tumpuan lain pastinya adalah sidang akhbar serta komen yang diberikan oleh pihak pengurusan ECB selepas mesyuarat itu, dan ini seharusnya dapat memberi pasaran serba sedikit tentang rancangan penggubal dasar itu kelak.
Perkara lain termasuklah kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) serta laporan pemberian pinjaman oleh bank-bank di Eurozone yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, 19 Julai. Data pasaran buruh serta aktiviti pembuatan di AS akan dikeluarkan pada hari Selasa, 21 Julai, manakala nilai PMI (Indeks Pengurusan Pembelian) dalam sektor pembuatan di Jerman akan diketahui pada keesokan harinya. Disamping itu, kami syorkan anda untuk beri perhatian kepada keputusan yang diambil oleh People’s Bank of China terhadap kadar faedah mereka pada 20 Julai. Keputusan ini agak menarik kerana kadar KDNK di China menyusut sebanyak 2.6% pada Q2 2022 berbanding 1.5% yang diunjur, menjadi petanda kegawatan ekonomi yang sedang menghampiri ekonomi negara itu.
GBP/USD: Kalah Persaingan untuk 1.2000, Namun Masih Lagi Belum Berakhir
- Tidak seperti EUR/USD, pasangan GBP/USD masih belum memecahkan rekod beberapa tahunnya, tetapi sudahpun hampir dengannya. Kedudukan terendah mingguannya berada pada paras 1.1759 minggu lalu, dan kedudukan terakhir untuk lima hari dagangan berada pada paras 1.1865. Di bawahnya adalah sasaran yang amat penting: 1.1409, paras terendah akibat permulaan pandemik COVID-19 pada Mac 2020, dan 1.0757 iaitu paras terendah pada Disember 1984. Kami rasakan masih terlalu awal untuk bercakap tentang kesetaraan nilai 1:1 pound dengan dolar.
Data makro yang dikeluarkan pada hari Rabu, 13 Julai tanpa disangka-sangka adalah positif. Kadar KDNK di UK (tahun ke tahun) yang diunjur sebanyak 2.7% secara realitinya adalah berjumlah 3.5%, manakala KDNK untuk bulan Jun dengan nilai -0.2% pada bulan sebelumnya naik kepada 0.5% dan bukannya 0.1% seperti yang diunjur. Walaupun dengan data positif, faktor-faktor lain yang memberi tekanan kepada ekonomi negara itu masih lagi ada. Antaranya adalah masalah berkaitan dengan Brexit dan konflik pihak kastam antara Britain dan Ireland Utara. Kadar inflasi masih lagi yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun, dan mungkin ia boleh mencecah 11% menjelang bulan November, mendesak ekonominya ke kancah kegawatan. Kami perlu menambah mengenai krisis yang dihadapi kerajaan akibat perletakan jawatan Perdana Menteri Boris Johnson ke dalam faktor ini, juga kesukaran yang dihadapi akibat sekatan ekonomi ke atas Rusia kerana menyerang Ukraine.
Walaupun kenyataan oleh pihak pengurusan Bank of England mengatakan mereka sudah bersedia untuk mengetatkan polisi kewangannya dengan lebih cepat, secara realitinya penggubal dasar itu lebih berhati-hati dalam tindakan yang diambil berbanding jangkaan pasaran. Kadar faedah semasa ialah 1.25%, lebih rendah berbanding kadar faedah Rizab Persekutuan (1.75%), dan mesyuarat BoE yang berikutnya hanya akan diadakan pada 4 Ogos, 2022. Hal ini telah memberikan pasangan GBP/USD tekanan ke bawah.
Buat masa ini, 50% penganalisis percaya bahawa mata wang British akan terus susut nilainya, sebaliknya 25% lagi menjangkakan pertumbuhan ke atas, dan 25% pula mengambil pendirian neutral. Bacaan indikator pada D1 adalah seperti berikut. Dalam kalangan indikator trend pada D1, nisbah kekuatannya adalah 100:0% untuk warna merah. Dalam kalangan pengayun, kelebihan yang dimiliki bear adalah kurang sedikit: 90% menunjukkan penurunan, baki 10% lagi menjangkakan pertumbuhan.
Sokongan paling hampir berada pada paras 1.1800, diikuti dengan paras terendah 14 Julai lalu iaitu 1.1759. Lebih rendah lagi adalah 1.1650, 1.1535 dan paras terendah Mac 2020 yang berada di zon antara zon 1.1400-1.1450. Tugas utama bull adalah untuk naik ke zon antara 1.1875-1.1915, dan kemudian persaingan baru untuk paras 1.2000, kedudukan yang dilepaskan pada minggu lalu. Jika berjaya, pasangan ini akan menemui rintangan di zon dan paras 1.2100, 1.2160-1.2175, 1.2200-1.2235, 1.2300-1.2325 and 1.2400-1.2430.
Untuk kalendar makroekonomi di United Kingdom pula, kami nasihatkan untuk memberi perhatian pada data pasaran buruh yang akan dikeluarkan pada hari Selasa, 19 Julai. Ucapan oleh ketua Bank of England iaitu Andrew Bailey juga dijadualkan pada hari yang sama. Nilai Indeks Harga Pengguna (CPI) akan diketahui pada hari Rabu, 20 Julai, dan keseluruhan data mengenai keadaan ekonomi di British akan dikeluarkan pada hari Jumaat. Ini termasuklah data jualan runcit untuk bulan Jun, serta data aktiviti perniagaan (PMI) dalam sektor persendirian dan juga negara secara keseluruhan.
USD/JPY: Ribut Setelah Keadaan Tenang
- Kami memberi judul “Keadaan Tenang Sebelum Ribut” dalam ulasan kami minggu lalu kerana USD/JPY tidak memperbaharui paras tertinggi selama 24 tahun buat pertama kalinya dalam tempoh lima minggu dan bergerak secara mendatar. Namun disebabkan ribut sudah memang sedia ada, ia tetap akan berlaku. Paras tertinggi baru iaitu 139.38 telah direkodkan pada 14 Julai, dan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan pada paras 138.50.
Punca kepada penyusutan nilai yen yang baru masih lagi sama: perbezaan antara polisi kewangan bersifat hawkish Rizab Persekutuan dan polisi tersangat longgar Bank of Japan (BOJ). Untuk pengetahuan, mesyuarat Bank Persekutuan Jepun yang seterusnya akan berlangsung pada minggu hadapan, pada hari Khamis, 21 Julai, dan mungkin mereka akan membiarkan kadar faedahnya tidak berubah sekali lagi pada paras negatif -0.1%.
Jika kebiasaannya kami akan bercakap tentang persaingan antara bull dan bear, maka untuk masa depan yen, persaingannya adalah antara… penganalisis dan juga BoJ. Untuk kebanyakan masa, para penganalisis menantikan pihak Bank Persekutuan untuk akhirnya mengubah polisi mereka, justeru memilih untuk mengukuhkan nilai yen. Tidak kurang degilnya, pihak BoJ membiarkan polisi mereka tidak berubah, dan pasangan USD/JPY tidak teragak-agak bergerak ke atas.
Kali ini, hanya 40% penganalisis menjangkakan pergerakan pasangan ini ke paras 142.00. Baki 60% lagi berharap perubahan arah trend ke bawah. Tiada sebarang perbezaan pendapat dalam bacaan indikator pada D1: semua 100% indikator trend dan juga pengayun menunjukkan pertumbuhan, walaupun 20% daripada pengayun berada di zon lebihan belian. Sokongan berada pada paras dan zon 137.65, 137.00, 136.60 135.50-135.70, 134.00, 133.50 dan 133.00. Jika kadar pertumbuhan pasangan ini kekal sama seperti beberapa bulan lepas, kedudukannya boleh mencecah zon 150.00 pada hujung Ogos - awal September.
Selain daripada mesyuarat Bank Negara Jepun dan juga sidang akhbar oleh pihak pengurusannya selepas itu, tiada sebarang aktiviti penting yang dijangka akan berlaku di Jepun untuk minggu ini.
MATA WANG KRIPTO: Permulaan kepada Pengakhiran Fasa Bear
- Ulasan sebelum ini menarik perhatian kita terhadap satu anomali yang berlaku apabila kedua-dua indeks dolar dan saham AS - S&P500, Dow Jones dan Nasdaq sama-sama mengalami pertumbuhan. Semuanya terjawab pada minggu lalu: nilai mata wang AS terus meningkat, manakala kadar indeksnya menyusut. Harus maklum dan kredit seharusnya diberikan kepada bitcoin kerana ia berjaya mengekalkan kedudukannya di zon $20,000 walaupun berlakunya satu lagi gelombang pelabur yang meninggalkan aset berisiko. Jadi, berapa lamakah keadaan ini boleh bertahan?
Ruchir Sharma, CEO syarikat Rockefeller International yang sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua pakar strategi di Morgan Stanley teringat semula bahawa trend bearish biasanya akan berterusan kira-kira setahun untuk pasaran saham, manakala kadar indeks saham akan menyusut sebanyak 35%. Buat masa ini, pasaran hanya telah menyusut sebanyak 20%. Maka bolehlah kita jangkakan permintaan untuk aset berisiko termasuklah bitcoin akan terus menurun untuk enam bulan seterusnya.
“Saya tidak akan mengatakan bahawa kita sudah pun mencecah kadar paling rendah,” jelas Sharma, dan menambah lagi bahawa nilai bitcoin akan kembali bertumbuh dan mencecah paras tertinggi yang baru setelah berakhirnya trend bear. Ahli kewangan itu mengenang semula situasi yang dialami Amazon pada awal 2000-an semasa gelembung dot-com melanda, apabila harga saham perniagaan itu susut sebanyak 90%. Walau bagaimanapun, harganya naik semula selepas itu dan bertambah 300 kali ganda lagi sepanjang 20 tahun berikutnya.
Jika anda lihat pada carta BTC/USD, agak mudah untuk melihat nilai mata wang unggul itu berpaut di sekitar paras tersebut baru-baru ini. Bull dan bear saling bertarung untuk paras $40,000 dari 11 April sehingga 5 Mei. Medan pertarungan antara 10 Mei dan 10 Jun adalah pada paras $30,000. Persaingan yang bermula sejak pertengahan bulan Jun berlaku di zon $20,000. Buat masa ini, 60% pelabur yang mengambil bahagian dalam kaji selidik oleh Bloomberg telah mempertimbangkan mungkin akan berlakunya satu lagi penurunan nilai bitcoin, kali ini ke paras $10,000. Baki 40% lagi menunggu nilainya pulih ke paras $30,000. Kaji selidik ini melibatkan 950 orang responden. Berbanding pelabur berinstitusi, kadar skeptikal dalam kalangan pelabur biasa adalah lebih tinggi. Hampir satu daripada 4 orang menggelar mata wang kripto pertama sebagai “sampah” (18% peserta pasaran profesional).
CEO Galaxy Digital iaitu Mike Novogratz dalam temu bualnya bersama CNBC berkata beliau tidak percaya dengan kemungkinan nilai mata wang kripto pertama itu turun ke paras $13,000. “Saya dapat rasakan kita sudah pun melalui 90% daripada proses deleveraging ini. […] Masalahnya ialah pertumbuhan berterusan perlukan lebih banyak keyakinan dan juga modal yang baru,” jelasnya. Menurut Novogratz, trend mendatar yang dialami aset digital ini akan terus berlaku sehinggalah pihak Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar asasnya yang akan mengambil masa kira-kira 18 bulan.
Penganalisis makroekonomi iaitu Lyn Alden membuat kenyataan yang sama. Beliau percaya bahawa walaupun tiada sebarang isyarat bullish yang jelas kelihatan di pasaran kripto, tempoh penyusutan di peringkat global sudahpun berlalu. Pada pendapat beliau, bahagian paling teruk dalam trend bearish telah berakhir bersama-sama dengan keadaan tidak stabil sepanjang enam bulan pertama 2022. Pakar strategi makro itu percaya bahawa nilai bitcoin boleh pulih kerana tiada lagi jualan BTC secara besar-besaran.
Walau bagaimanapun, Alden memberi amaran bahawa nilai bitcoin masih lagi boleh turun. “Secara makroekonomi, masih tidak banyak pemangkin bullish yang ada sekarang, dan saya tidak menolak harganya akan turun ke bawah lagi.” “Kita telah lihat, kebanyakan masa, hubung kait antara bitcoin dengan pertumbuhan bekalan wang adalah sangat rapat, terutama sekali dengan dolar AS. Maka, apabila terdapat peningkatan dalan bekalan wang di seluruh dunia sejak beberapa tahun yang lalu, bitcoin juga menunjukkan prestasi yang baik,” jelas Alden. Kini perubahan trend sedang berlaku kerana pihak Rizab Persekutuan AS dan lain-lain bank persekutuan cuba untuk menurunkan kadar inflasi. Perkara ini seterusnya memberikan kesan terhadap nilai mata wang kripto. Dalam kata lain, apabila aliran likuiditi rendah mula berakhir sekarang dan kadar faedah dinaikkan, para pelabur lebih gemar untuk tidak terlibat dengan aset berisiko.
Sesetengah penganalisis lebih gemar untuk menggelar situasi yang berlaku dalam pasaran kripto sekarang bukan sebagai keruntuhan, tapi satu lagi pembetulan yang amat dalam. Disamping itu, jika melihat pada data lampau, mereka mengisytiharkan pasaran sedang memasuki fasa akhir pasaran bear. Pada hujung tahun 2018, keseluruhan penyusutan adalah berjumlah 84% daripada jumlah maksimum sebelumnya. Pasangan BTC/USD buat masa ini hanya susut 71% sejak 11 November, 2021. Justeru, jika kita mengikuti model ini, kita harus menjangkakan pengakhiran pembetulan ini di sekitar $10,000-11,000, dan penyatuan seterusnya mungkin berlanjutan kira-kira setahun atau lebih.
Menurut Glassnode, pasaran yang menjadi lebih kecil secara tidak langsung telah menyingkirkan “pelancong pasaran” daripada medan pelaburan, hanya meninggalkan hodler “di barisan hadapan”. Secara purata, kerugian belum terealisasi untuk setiap satunya kini adalah 33%. Jumlah ini bukanlah indikator yang paling teruk dalam sejarah, dan ia juga mencadangkan fasa terakhir bearish baru saja bermula.
Permulaan untuk fasa akhir juga ditunjukkan oleh para penghasil yang berhenti, dan perkara ini sangat berkait rapat dengan penyusutan nilai bitcoin. Menjadi kebiasaan untuk kebanyakan syarikat penghasilan awam membuat pinjaman bagi mengembangkan penghasilannya. Apabila pulangan yang diperolehi sekarang turun kepada 50%, mereka terpaksa menjual coin yang dimiliki bagi menampung kos operasi serta kos pinjaman. Glassnode menganggarkan inventori para penghasil ini sekarang adalah dalam linkungan 70,000 BTC berjumlah kira-kira $1.3 bilion. Jika proses penyatuan terus berpanjangan, mereka juga terpaksa menjual inventori itu, dan akan memberi lebih banyak tekanan kepada pasaran.
Sila maklum bahawa dalam perkara ini, kita hanya bincangkan tentang permulaan, dan bukannya pengakhiran fasa akhir trend bearish. Justeru, penghasil yang menyerah kalah antara tahun 2018-2019 bertahan selama empat bulan, manakala kitaran yang berlaku sekarang bertahan lebih sedikit daripada sebulan.
Bagi Ethereum pula, dinamik sebut harga pasangan ETH/USD hampir menyamai dinamik BTC/USD. Sesetengah penganalisis tidak menolak kenaikan sementara kadarnya ke paras $1,280, namun begitu, mereka percaya kenaikan itu adalah satu lagi perangkap buat bull. Kadar pasangan ini akan kembali ke zon $1,000 setelah kenaikan itu dimulakan. Sasaran bear yang seterusnya adalah $500.
Kembali kepada tinjauan Bloomberg, kebanyakan daripada 950 orang pelabur yang dikaji selidik meluahkan keyakinan mereka terhadap kedudukan kukuh bitcoin dan ethereum untuk lima tahun akan datang. Mereka berpendapat, perkembangan dalam pasaran kripto akan menggesa pihak penggubal dasar untuk mengetatkan penyeliaan terhadap industri itu. Hal ini dapat meningkatkan kepercayaan dan mendorong kepada pertambahan tahap populariti aset digital. Ruchir Sharma dari Rockefeller International juga percaya bahawa mata wang kripto utama itu akan menjadi lebih stabil antara tiga hingga lima tahun lagi, dan membolehkannya memberi desakan serius ke atas dolar AS.
Semasa ulasan ini dibuat (pada petang Jumaat, 15 Julai), bitcoin didagangkan di zon $20,900. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto adalah sebanyak $0.945 trilion ($0.966 trilion pada minggu lalu). Bacaan Indeks Fear & Greed Kripto turun 5 mata sepanjang minggu lalu daripada 20 kepada 15 mata dan masih berada di zon Extreme Fear.
Bahagian Analisis NordFX
Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.
Kembali Kembali