Khidmat PAMM Forex

Keuntungan daripada turun naik nilai matawang bukan hanya boleh diperoleh dari berdagang. Khidmat PAMM Forex membolehkan sesiapa yang tidak mempunyai pengalaman berdagang untuk mengaut untung terhadap perubahan harga aset matawang asing. Selain itu, bagi pedagang profesional pula, khidmat PAMM Forex memberikan satu peluang untuk menambah saiz modal dagangan mereka.

Apakah itu akaun PAMM

Akaun PAMM (dari perkataan Inggeris PAMM - Percent Allocation Management Module) adalah satu akaun pelaburan khas yang dihubungkan terus dengan pengurus pedagang. Intipati tugasan mereka adalah mudah. Pedagang akan mula membuat tawaran (tawaran untuk bekerjasama dengan syarat yang jelas), dan para pelabur akan menyumbangkan dana ke dalam akaun tersebut. Setelah hasil dagangan yang dijalankan oleh pengurus dagangan diperoleh, jumlahnya akan diagihkan sama seperti apa yang termaktub di dalam tawaran.

Pihak berkepentingan dalam khidmat PAMM

Terdapat tiga pihak utama yang terbabit dalam pelaburan menggunakan khidmat PAMM:

  1. Pengurus dagangan. Pelanggan kepada broker yang memiliki pengalaman dagangan tertentu dan disahkan dengan statistik.
  2. Pelabur. Pihak yang melaburkan wang ke dalam akaun pengurus dagangan. Memperoleh untung hasil daripada usaha pengurus dagangan.
  3. Khidmat PAMM. Sesuatu broker di mana perjanjian dagangan dan kewangan antara pengurus dan pelabur dijalankan, sebagai contoh, NordFX.

Perlu maklum bahawa seorang pelabur boleh mengagihkan wang mereka kepada beberapa orang pengurus secara serentak bagi membentuk portfolio pelaburan yang optimum, manakala seorang pengurus pula boleh menerima wang daripada beberapa orang pelabur dalam satu masa yang sama.

Khidmat PAMM dari sudut pandangan pengurus

Mana-mana pedagang boleh menjadi seorang pengurus. Untuk menjadi salah seorang daripada mereka, anda perlu mendaftar dengan broker, contohnya, NordFX, kemudian buka akaun PAMM, tuliskan tawaran yang menunjukkan jumlah komisen, masukkan wang ke dalam akaun dan mula berdagang.

Secara lazimnya, aktiviti seorang pengurus tidak banyak bezanya dengan dagangan standard, cuma satu perkara yang berbeza. Semua hasil dagangan pedagang akan direkod dan dipaparkan dalam bentuk statistik terperinci supaya semua orang dapat melihatnya. Langkah tersebut perlu kerana para pelabur dapat menilai potensi seseorang pengurus dan memilih mereka berdasarkan kesesuaian strategi dagangan pengurus itu dengan gaya pelaburan para pelabur.

Dengan syarikat broker NordFX, para pelabur boleh menilai dagangan pengurus menggunakan hampir 50 parameter berbeza, mereka bukan saja boleh membuat unjuran potensi keuntungan, malah risiko-risiko yang mungkin akan dihadapai kelak.  

Pengurus dagangan akan menerima sebahagian daripada keuntungan berdasarkan hasil kerja mereka. Bakinya akan diagihkan kepada semua pelabur mengikut jumlah yang telah ditetapkan dalam tawaran. Selain itu, segala proses ini dipantau ketat oleh broker yang menyediakan platform khidmat PAMM, justeru pedagang tidak perlu membuat pengiraan secara manual. Risiko untuk berlakunya konflik antara pengurus dan pelabur akibat tersalah kira juga tidak akan timbul.

Apakah kelebihan utama akaun PAMM dari sudut pandangan pengurus? Pertama sekali, ini adalah peluang untuk anda menambah lebih banyak pendapatan daripada dagangan di pasaran Forex antarabangsa. Selain daripada wang sendiri, pengurus akan menguruskan wang pelabur dan menerima beberapa peratus keuntungan yang diperoleh. Lebih bagus hasil dagangan, lebih tinggi keuntungan, lebih ramai pelabur akan melaburkan wang mereka kepada seseorang pengurus itu.

Khidmat ini tiada kekurangannya. Pengurus menjalankan dagangan mereka seperti biasa, merisikokan wang mereka sendiri seperti biasa dan tidak menanggung sebarang beban tambahan ke atas hasil dagangan kepada para pelabur. Jika dagangan berjaya, bilangan pelabur yang akan menyertai dagangan akan bertambah. Namun, jika dagangan pengurus asyik mengalami kerugian, tiada siapa yang ingin menyertai akaun mereka.

Akaun PAMM dari sudut pandangan pelabur

Bukan saja untuk mereka yang tidak boleh berdagang sendiri, tetapi bagi mereka yang tidak boleh melibatkan diri dalam dagangan atas sebab-sebab tertentu boleh kaya dengan pasaran Forex antarabangsa. Sebagai contoh, anda tidak mempunyai pendapatan, anda tidak berbakat, anda tidak mahu belajar, anda tidak mempunyai masa, dan sebagainya. Walaupun dengan alasan-alasan seperti ini, sebenarnya anda tidak rugi.

Hakikatnya Forex menawarkan peluang tanpa had untuk menjana pendapatan. Ia adalah salah satu pasaran dengan kecairan yang paling tinggi, menerima perolehan berbilion-bilion dolar AS sehari, dan ramai pedagang yang mahu bekerja bersamanya. Tiada bekalan aset sebenar di sini, dan pedagang boleh menjalankan transaksi jualan dengan bermacam instrumen kewangan, walaupun mereka tidak memilikinya.

Bagi pelabur, pasaran Forex adalah peluang untuk menjana pendapatan pasif dengan melaburkan wang mereka kepada pengurus yang berjaya. Namun kerja seperti ini tidak boleh digelar pasif sepenuhnya. Sebenarnya pelabur perlu menjalankan sedikit kerja-kerja analisis. Namun ia bukan untuk meramal turun naik matawang dalam pasaran, tetapi bagi memilih pengurus yang betul untuk diamanahkan dengan wang para pelabur.

Apakah kelebihan utama melabur dalam PAMM?

Antara kelebihannya:

  1. Melabur dalam Forex dengan PAMM sangatlah mudah. Anda sebagai pelabur hanya perlu memilih pengurus yang sesuai dan menyertai akaun mereka.
  2. Berfungsi secara automatik. Anda tidak perlu membuat sebarang pengiraan dan pembayaran. Segala proses berlaku di platform broker secara automatik.
  3. Dikawal oleh broker. Tiada risiko berlakunya penipuan oleh pedagang. Semua dikawal oleh pihak yang menyediakan khidmat pelaburan PAMM. Contohnya, pengurus tidak mempunyai akses kepada akaun pelaburan yang disambung kepada mereka. Mereka tidak berpeluang langsung untuk mencuri wang pelabur dan kemudian menghilangkan diri. 
  4. Pelabur ditawarkan dengan format pelaburan yang mudah. Sejarah dagangan semua pengurus dagangan serta statistik pelbagai fungsi yang lengkap ada disediakan, anda boleh terus menilai strategi dagangan mereka dan buat keputusan secara berwibawa dan wajar.
  5. Adalah tidak mustahil untuk melabur dalam Forex tanpa sebarang pengalaman dengan menggunakan PAMM. Sebagai seorang pendeposit, anda tidak perlu mengetahui selok-belok dagangan. Hanya pengurus yang memerlukan ilmu pengetahuan itu.
  6. Kebolehan untuk hasilkan portfolio pelaburan anda sendiri. Akaun PAMM Forex membolehkan anda untuk mempelbagaikan pelaburan dengan memilih beberapa orang pedagang yang memiliki cara dagangan berbeza serta nisbah antara keuntungan dan juga risiko.

Memilih pengurus atau cara penghasilan portfolio

Melabur dengan PAMM mampu memberi pulangan yang agak menguntungkan. Namun, ada ketikanya usaha daripada mereka yang terlibat dalam aktiviti itu perlu dikenal pasti. Sebenarnya, akaun PAMM Forex adalah terdiri daripada sekumpulan pengurus, termasuklah mereka yang bekerja di broker NordFX. Pilihan yang ada bukan hanya tertumpu untuk mencari tawaran dengan dengan syarat-syarat terma yang paling anda boleh terima. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, analisis menyeluruh perlu dibuat ke atas statistik pedagang sebelum melabur dalam pasaran Forex.

Terdapat tiga jenis strategi dagangan utama yang sering digunakan oleh para pengurus: agresif, seimbang, konservatif.

Pengurus yang menggunakan strategi agresif biasanya menunjukkan prestasi yang bagus dari segi keuntungan, kadang-kala mampu mencecah ratusan malah ribuan peratus. Namun, sewajarnya mereka akan berhadapan dengan risiko yang agak besar serta nilai susut yang tinggi. Kerugian yang teruk akan biasa dialami akaun seperti ini berbanding akaun yang lain, malah sehingga boleh menyebabkan kehilangan semua modal.

Pengurus dengan akaun Seimbang menunjukkan perolehan yang sederhana. Namun beban risiko juga agak rendah. Kerugian yang dialami akaun PAMM Forex seperti ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan akaun agresif.

Akhir sekali, akaun konservatf menunjukkan perolehan yang rendah. Pada masa yang sama, melabur dalam Forex bersama pengurus seperti itu akan berhadapan dengan risiko yang rendah. Menjadi kebiasaan pedagang seperti ini menjalankan aktiviti dagangan mereka untuk tempoh yang lama, dan anda boleh lihat sejarah dagangan tersebut di bahagian “showcase” khidmat PAMM.

Akaun manakah yang perlu dipilih?

Pada bahagian inilah kita perlu hasilkan portfolio pelaburan. Jika anda merancang untuk melabur dengan teknologi PAMM, pelaburan yang akan dibuat tidak banyak bezanya dengan membeli saham ataupun instrumen yang lain. Portfolio klasik biasanya mengandungi kategori aset berbeza mengikut risiko, ini termasuk yang rendah dan juga yang tinggi.

Semasa bekerja dengan broker PAMM, seperti NordFX, tugas anda adalah mengumpulkan portfolio yang hampir sama supaya risiko dan potensi keuntungan adalah seimbang. Dengan kata lain, anda boleh melabur ke dalam semua kategori pengurus yang telah dinyatakan di atas, dari agresif hinggalah konservatif. Hasilnya, anda mampu memperoleh keuntungan yang agak tinggi dengan risiko yang kecil.

Dari segi peratusan, terdapat banyak garis panduan yang boleh anda ikuti. Sesetengah penganalisis percaya nilai ideal untuk akaun agresif hanyalah 20% daripada jumlah keseluruhan modal, bakinya boleh dibahagi sama rata untuk akaun seimbang dan konservatif. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu mengikuti nisbah ini. Anda boleh menentukan sendiri bagaimana agresifnya portfolio anda dan membuat pengiraan berdasarkannya.

Sedikit cadangan dalam memilih akaun PAMM

Kini kembali kepada persoalan tentang bagaimana untuk memilih akaun PAMM Forex yang paling sesuai. Terdapat beberapa kriteria penting yang harus anda tumpukan:

  1. Usia akaun PAMM. Indikator ini sangatlah penting bagi pelabur yang merancang untuk melabur dalam strategi agresif. Lebih lama seseorang pengurus itu menunjukkan hasil yang positif, lebih tinggi kepercayaan yang boleh diberikan.
  2. Purata unjuran pulangan bulanan. Indikator ini terhasil daripada purata untung bulanan bagi sesuatu tempoh sebelum ini. Dengan cara ini anda boleh lihat betapa efektif strategi dagangan seseorang pedagang itu dan gaya dagangan yang mereka gunakan.
  3. Nilai susut maksimum. Ini juga antara indikator penting yang menggambarkan risiko para pelabur. Lebih tinggi nilai susut maksimum, lebih agresif gaya pedagang itu, dan lebih tinggi juga kebarangkalian untuk anda mengalami kerugian.

Antara kriteria penting semasa membuat penilaian:

  1. Penggunaan leverage. Kebiasaannya, lebih tinggi nilai yang ada, lebih banyak beban yang perlu ditanggung deposit, lebih besar risikonya.
  2. Mengehadkan risiko yang dibuat pengurus dagangan. Jika deposit yang digunakan adalah melebihi 30%, sama ada pengurus itu tidak mengaplikasikan stop order, atau memindah, atau menutup sesuatu posisi dengan harapan pergerakan harga akan berubah.
  3. Penggunaan agresif pelbagai sistem pengurusan harta. Dalam hal ini Martingale adalah yang paling terkenal, ia banyak diterangkan dalam pelbagai buku teks dan juga artikel Forex. Sesetengah pengurus menggunakan pendekatan ini dan melampirkannya dalam tawaran mereka. Namun, jika ia tidak dibincangkan dalam tawaran, mungkin pengurus tersebut menggunakan kaedah yang hampir sama iaitu dengan mengambil lebih banyak deposit dan mengalami rugi besar sepanjang tempoh sentakan trend semasa matawang didagangkan.

Apabila merancang untuk melabur dalam khidmat PAMM, anda perlu mengambil kira nisbah risiko dan pulangan. Semua ini perlu dibuat lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin menghasilkan portfolio dagangan pengurus mereka sendiri. Kebanyakan penganalisis berpendapat kadar keuntungan seharusnya 2-3 kali lebih tinggi berbanding risiko. Jika keuntungan menyamai risiko, mungkin selepas satu tempoh tertentu anda akan menghadapi situasi di mana jumlah keuntungan anda adalah... 0.

Semasa bekerja dengan khidmat PAMM, penting untuk anda terlebih dahulu menetapkan syarat keluar, iaitu penyempurnaan tugas dengan seorang pengurus atau pengurus yang lain (sekurang-kurangnya untuk sementara). Pelbagai kriteria boleh digunakan, termasuklah:

  1. Melebihi nilai susut maksimum. Ini adalah salah satu indikator risiko penting yang perlu anda beri tumpuan. Pedagang mungkin akan mula bekerja dengan lebih agresif dan kebarangkalian untuk mengalami kerugian teruk adalah tinggi jika ia diteruskan.
  2. Perubahan sistem dagangan pengurus. Ini bukanlah alasan kukuh untuk menamatkan hubungan dengan pengurus. Cuma, ia boleh dijadikan alasan untuk menganalisis dan menilai semula syarat-syarat berkenaan terma kerjasama dan juga volum pelaburan. Mungkin sistem dagangan pengurus kini lebih fleksibel dan berkesan berbanding versi original. Dalam hal ini, pengurus bukan saja boleh mengekalkan portfolionya, malah memperoleh sebahagian besar nilai pelaburan. Namun, jika anda berpendapat sistem yang diubah tidak memberi sebarang rasional, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menamatkan kerjasama itu.
Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.