Candlestick Jepun: - Ilmu yang Tidak Lapuk

Analisis elemen-elemen candlestick untuk membuat ramalan pada pasaran Forex serta lain-lain pasaran

Bagi transaksi online di pasaran kewangan, syarikat broker NordFX menawarkan terminal dagangan paling popular di dunia - MetaTrader 4 (MT4) kepada para pelanggan mereka. Setelah ia dimuat turun, pedagang akan menemui tiga pilihan yang boleh diguna bagi paparan grafik sebut harga instrumen dagangan pada bahagian “Properties” - pilihan tersebut adalah bar, garis dan juga candlestick Jepun.   

Ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengiktiraf candlestick sebagai perkakas analisis teknikal, walaupun ianya candlestick Jepun. Namun itu hanya pada pandangan pertama mereka saja.

Sejarah carta candlestick

Sebagai permulaan, sedikit mengenai sejarahnya yang bermula pada kurun ke 18 semasa pedagang Jepun mula menggunakan kaedah meramal pasaran untuk kenaikan harga. Ia dicipta oleh pedagang bernama Munehisa Homma yang mula mempelajari sejarah dagangan beras di Osaka secara menyeluruh. Semasa berbuat demikian, beliau bukan saja mengambil kira perubahan harga beras, malah faktor penyebab termasuklah aspek psikologi dagangan. Munehisa Homma mencapai kejayaan yang begitu besar sehinggakan akhirnya beliau menjadi seorang samurai dan penasihat kewangan kerajaan, menggunakan kaedah analisis candlestick Jepun terhadap lain-lain produk di pasaran. Beliau adalah pengarang tiga buah buku - "The Three Monkey Record of Money", "The Candlestick Trading Bible" dan "Candlesticks Made Easy".

Sebagai seorang pedagang, Munehisa Homma mendapat penghormatan di atas pendekatan bersepadu mengenai kajian terhadap situasi ekonomi. Beliau memahami sesuatu kejayaan itu sebahagian besarnya ditentukan oleh kepantasan dalam mendapatkan maklumat penting dan kemudiannya membangunkan satu sistem penyiaran berita kecemasan yang lengkap bagi tujuan tersebut. Seorang pengikut akan diletakkan di setiap kilometer bagi menyampaikan berita dengan menggunakan isyarat lampu, dan perkara itu memberi kelebihan besar kepada Munehisa Homma berbanding pesaingnya, memperoleh lebih daripada 100 dagangan berjaya berturut-turut.

Selepas 250 tahun, seorang pedagang masih mendapat maklumat penting kewangan secara online menerusi suapan berita, bersama-sama dengan carta candlestick Jepun, salah satu daripada pilihan yang ada pada terminal MT4. Walaupun tiada siapa yang mampu memberikan jaminan anda akan memperoleh 100 dagangan berturut-turut serta pangkat sebagai seorang samurai, kedua-dua pilihan ini boleh memberi membantu, memberi isyarat untuk buka dagangan pada arah dan masa yang betul.

Ketahui bahawa hanya baru-baru ini analisis carta candlestick muncul di dunia dagangan Barat moden. Pada pertengahan zaman 80an, hanya terdapat tiga kaedah yang menggambarkan carta sesuatu aset, termasuklah untuk Forex – "poin dan figur”, bar dan garis. (Bar dan garis juga sebahagian daripada kelebihan pada MetaTrader4). Analisis candlestick dikalangan pedagang meraih populariti setelah buku Japanese Candles: Graphical Analysis of Financial Markets diterbitkan pada tahun 1991. Penerbitan buku tersebut benar-benar menggemparkan, dan pengarangnya iaitu Steve Nison menjadi sangat popular sehingga beliau membuka firma perundingannya sendiri, Nison Research International.

Setelah buku pertamanya menempa nama, Nison menerbitkan karya beliau yang kedua, Beyond Candlesticks. Kedua-dua buku ini adalah yang paling popular, namun ia hanya diikuti dengan kemunculan beberapa paten analisis teknikal candlestick saja selepas itu.

Anda juga harus mengenali buku Candlestick Charting Explained: Timeless Techniques for Trading Stocks and Futures oleh Gregory L. Morris, walaupun ramai dari kalangan penganalisis serta pengamal yang merungut tentangnya. Selain itu, tidak salah untuk anda meneliti kerja Thomas Bulkowski iaitu “Encyclopedia of Candlestick Charts” dan juga “Japanese Candles: Collection of Models” serta “Japanese Candles: Features of Application” karya Vladimir Gusev. Mereka semua telah berbakti dengan memahami selok-belok penggunaan analisis grafik jenis ini, dan menyesuaikannya pada pasaran forex.

Jenis-Jenis Candlestick Jepun: Bull, Bear dan Doji

Candlestick Jepun mendapat sambutan baik dikalangan pedagang kerana banyak maklumat yang boleh diperoleh jika dibandingkan dengan carta garis. Candlestick mengandungi elemen-elemen berikut: badan dan bayang (satu atau dua). Badan candlestick bermaksud jarak antara harga semasa ia dibuka sehingga ia ditutup mengikut tempoh masa tertentu (pada MT4, tempoh masa adalah M1, M5, M15, M30, H1, H4, D1, W1, atau MN). Bayang di atas melambangkan nilai maksimum yang berjaya dicapai sepanjang tempoh itu, dan bayang di bawah - nilai minimum.

Terdapat dua jenis candlestick utama, iaitu “bullish” dan “bearish” (Rajah 1).

Candlestick bullish terbentuk hasil daripada aktiviti belian yang aktif (pedagang menggelarnya sebagai “bull), harga tutup sering berada di atas harga buka (Rajah 1a). Dalam buku-buku yang dinyatakan di atas, ia dilambangkan dengan warna putih. Namun, pada platform dagangan moden seperti MetaTrader4, seseorang itu boleh memilih warna candle mereka sendiri, dan hijau sering digunakan untuk candle bullish.

Candle “Bearish” terbentuk akibat tekanan yang diterima daripada jualan (“bear”), justeru harga tutup biasanya di bawah harga buka (Rajah 1b). Ia dilambangkan dengan warna hitam seperti yang diajar dalam buku teks. Jika merujuk kepada terminal MT4, warna yang biasa digunakan adalah merah.

Kesemua elemen candlestick memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada pedagang. Panjang bayang, saiz badan candlestick mampu memberitahu kita apakah mood yang sedang berlaku dalam pasaran, siapa yang memiliki kekuatan lebih banyak, bull atau bear, dan siapa yang akan gugur terlebih dahulu.

Disamping itu, kami mahu anda tumpukan perhatian bahawa anda mungkin akan menemui candlestick Jepun dengan harga buka yang menyamai harga tutup pada carta. Ia biasanya muncul di sepanjang tempoh penurunan nilai likuiditi atau ketaktentuan (dagangan tidak aktif, musim cuti, hujung minggu, ketiadaan pelabur besar, menunggu data makroekonomi penting dikeluarkan). Candlestick seperti itu biasanya digelar sebagai “Doji”. Disebabkan ketiadaan badan pada Doji, ia tidak boleh dianggap sebagai candlestick “bullish” atau “bearish”. Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis utama mereka: 2a - "Star", 2b - "Long-legged Doji", 2c - "Tombstone" dan 2d - "Dragonfly".

Bagaimana untuk menganalisis candlestick Jepun?

Candlestick adalah sumber maklumat yang paling penting boleh anda gunakan untuk melihat perkembangan yang akan berlaku terlebih dahulu. Hakikatnya kombinasi dan juga bentuk-bentuk khususnya akan menghasilkan kitaran corak yang berulang-ulang dari tahun ke tahun. Analisis candlestick Jepun dalam dunia dagangan memerlukan kita untuk mencari corak-corak ini dan mentafsirkannya dengan tepat. Disebabkan itu mengkaji carta candlestick serta carian kesemua corak yang ditunjukkan hanya dibuat ke atas candlestick yang telah ditutup dan benar-benar telah terbentuk. Ini adalah peraturan asas, ia mampu mengakibatkan perkara buruk jika tidak dituruti. Perubahan harga dalam selang masa (tempoh masa) dagangan boleh menunjukkan perubahan kontur candle beberapa kali. Oleh itu, sebelum berlakunya penutupan candlestick, isyarat yang ditunjukkan tidak boleh dianggap sebagai satu arahan untuk melaksanakan dagangan.

Jenis-Jenis corak candlestick

Secara umum, semua corak candlestick akan terbahagi kepada corak ringkas dan juga rumit. Corak ringkas adalah corak yang mengandungi satu atau dua candlestick Jepun (Rajah 3). Kita biasanya akan temui semua ini semasa mempelajari tentang carta aset. Sebagai contoh, corak berikut boleh dikaitkan dengan corak ringkas: 3a - "Hammer", 3b - "Hanged Man", 3c - "Doji", 3d - "Absorption", 3e - "Harami" (diterjemah dari bahasa Jepun - mengandung).

Kombinasi rumit (corak) mengandungi tiga atau lebih candle, namun ianya jarang digunakan dalam analisis (Rajah 4). Apa yang menariknya, pelbagai kajian telah menunjukkan kerumitan kombinasi tidak semestinya akan memberi kesan positif terhadap prestasi analisis. Ringkasnya, lebih tinggi bilangan candlestick yang wujud dalam sesuatu corak tidak akan menjamin ketepatan ramalan yang lebih tinggi.

Rajah menunjukkan sebahagian varian kombinasi rumit: 4a - "Three White Soldiers", 4b - "Morning Star", 4c - "Three Doji Stars".

Terdapat berdozen malah beratus corak-corak candlestick. Mustahil untuk kita bincangkan kesemuanya dalam satu artikel, oleh itu kami benar-benar sarankan anda untuk membiasakan diri dengan buku-buku yang telah dinyatakan di atas. Kami hanya ingin katakan, dari sudut ramalan, berdasarkan pada arah pergerakan pasaran setelah munculnya corak-corak tertentu, kombinasi candlestick biasanya akan dibahagikan kepada kategori berikut: pengunduran (contohnya, 5a - "Shooting Star”), penerusan trend (5b - "Holding on tatami” semasa trend menaik) dan juga tidak menentu (5c).

Namun, sekali lagi, ia hanyalah gabungan daripada sebilangan yang ada. Malah, keberkesanan penggunaan sesuatu corak juga bergantung kepada keadaan yang telah anda takrifkan. Semua ini termasuklah tempoh sesi dagangan, jangka masa yang diguna, pasangan matawang atau lain-lain instrumen kewangan yang didagangkan, serta banyak lagi faktor lain. Terdapat lebih daripada 30 pasangan matawang yang ada pada platform syarikat broker NordFX, selain matawang kripto, saham 70 syarikat-syarikat gergasi, dan indeks saham … Instrumen kewangan seperti itu memerlukan kaedah mereka sendiri.

Kemampuan untuk meneliti carta candlestick, badan candlestick, saiz bayang, kombinasi yang ditunjukkan, semua itu memberikan banyak maklumat dalam membantu kita untuk memahami apakah mood peserta dagangan. Namun begitu, anda akan memperoleh hasil terbaik dengan menggabungkan corak bersama-sama perkakas analisis teknikal yang lain - indikator trend dan juga pengayun. Dengan ini anda boleh hasilkan strategi dagangan yang efektif dan kemudian memperoleh pendapatan yang konsisten bukan saja dalam pasaran Forex, malah dalam banyak pasaran kewangan yang lain.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.