Alat dagangan adalah suatu aset yang diguna pedagang untuk membuat transaksi. Jelas menunjukkan lebih banyak aset yang dimiliki, lebih besar peluang yang ada untuk pelabur membangunkan pelbagai strategi dagangan serta melindung nilai risiko. Oleh yang demikian, kebarangkalian untuk mendapat lebih banyak untung adalah lebih besar. Disebabkan itulah syarikat broker NordFX menawarkan pilihan instrumen dagangan yang meluas kepada para pelanggan mereka, senarai dan spesifikasi penuh alatan-alatan itu boleh didapati di bahagian Akaun Dagangan pada laman web rasmi broker tersebut serta pada panel kawalan terminal dagangan. Kami rumuskan di sini cabang-cabang utama yang ada.
1. Pasangan matawang Forex mungkin adalah aset yang paling popular, dan ia bermaksud memperoleh sesuatu jenis matawang sebagai tukaran kepada matawang yang lain. Sebagai contoh, dengan memilih pasangan EUR/USD sebagai aset dagangan dan membuka posisi long (beli), anda membeli matawang euro dengan dolar AS. Sebaliknya, jika anda membuka posisi (jual), sebenarnya anda menjual matawang Eropah itu dan kemudian memperoleh dolar Amerika.
Pasangan matawang terbahagi kepada pasangan dolar dan juga pasangan silang. Pasangan dolar melibatkan dolar AS. Contohnya, USD/JPY, USD/CHF, atau AUD/USD. Pasangan silang tidak langsung melibatkan dolar, namun ia tetap perlu diambil kira dalam pengiraan kadar silangnya. Sebagai contoh, bagi menentukan kada semasa GBP/NZD, nisbah antara kadar GBP/USD dan NZD/USD perlu diketahui.
Secara keseluruhan, terdapat 33 jenis pasangan yang boleh didagangkan di NordFX, dari yang paling popular dan tercair seperti EUR/USD, sehinggalah pasangan eksotik seperti USD/ZAR.
2. Cabang instrumen dagangan seterusnya adalah logam berharga. Bagi kategori ini, kedua-dua sebut harga emas dan perak juga disandarkan pada dolar AS, membentuk pasangan XAU/USD dan XAG/USD. Selain daripada itu, aset komoditi termasuklah: UKOIL.c (Brent Crude) dan WTI_OIL (West Texas Intermediate).
3. Indeks adalah CFD (Contract for Difference) ke atas indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P500, NASDAQ, Nikkei, dll.
4. Kontrak-kontrak CFD yang ada melibatkan saham 70 syarikat-syarikat gergasi dunia, seperti IBM, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Twitter, UBER, eBay, Alibaba, Deutsche Bank dan banyak lagi.
5. Matawang kripto. Cabang aset dagangan ini termasuklah bitcoin (BTC/USD) serta 10 altcoin terkenal, seperti ethereum (ETH/USD), ripple (XRP/USD), dashcoin (DSH/USD), dll.
Adalah penting untuk anda mengingati bahawa mana-mana alat dagangan dalam 5 cabang yang disebutkan di atas tadi mampu untuk menjana keuntungan pada seseorang pelabur bukan saja semasa nilainya mengalami pertumbuhan, malah apabila nilainya jatuh. Dalam masa yang sama, seseorang itu boleh melipatgandakan keuntungan mereka dengan menggunakan dagangan margin serta leveraj yang disediakan oleh syarikat broker NordFX.
Kembali Kembali