CFD atau Contracts for Difference adalah derivatif kewangan (antaranya, saham dagangan atau komoditi yang sebenarnya tidak dimiliki) bagi mengembangkan lagi peluang memperoleh pulangan pada mana-mana pedagang. Disebabkannya, selain daripada pasangan matawang Forex, anda boleh berdagang saham, indeks saham, komoditi, malah matawang kripto. Broker NordFX mewakili bermacam akaun dagangan CFD yang ada.
Dagangan CFD: Bagaimana Kontrak Ini Berfungsi
CFD adalah sejenis instrumen kewangan yang membolehkan anda menjual atau membeli pelbagai aset dengan pantas. Seperti yang telah dinyatakan, tidak seperti membeli instrumen kewangan sebenar, kontrak tersebut tidak membekalkan sebarang aset. Sebagai contoh, dalam kes transaksi minyak mentah, seseorang pedagang tidak perlu memikirkan tentang lokasi penyimpanan “emas hitam”, cara untuk memindahkan, menyimpan, serta lokasi akhir ia diletakkan nanti.
Bagi saham, dagangan CFD bermaksud anda tidak perlu menunggu sehingga sekuriti sesuatu syarikat itu didaftarkan di dalam simpanan dan melepasi kesemua prosedur pemindahan kepada pemilik baru yang kebiasaannya mengambil masa beberapa hari. Transaksi tersebut boleh diselesaikan dengan segera supaya anda boleh menggunakan pelbagai jenis strategi, termasuklah scalping.
Hakikatnya, kontrak CFD serupa dengan pertaruhan antara pedagang dengan broker untuk melihat sama ada harga sesuatu aset itu akan naik atau turun. Hal ini bukan saja membolehkan anda memperoleh pulangan jika harganya bertumbuh, malah jika harga sesuatu aset itu jatuh, tanpa perlu benar-benar memilikinya .
Akaun dagangan CFD: di mana anda boleh mencari CFD
Broker NordFX menawarkan pilihan dagangan CFD yang meluas untuk membolehkan anda mempelbagaikan dagangan di pasaran kewangan dengan memilih aset yang menjanjikan lebih banyak pulangan. Akaun dagangan seperti itu menyediakan bermacam-macam terma terhadap spread dan leveraj, margin serta komisen. Maklumat lanjut mengenai semua spesifikasi itu boleh didapati di laman web broker.
Cara berdagang CFD
Proses dagangan CFD agak ringkas. Mari lihat contoh pembelian dan jualan saham Apple.
Katakanlah anda dapat merasa nilai sekuriti syarikat itu akan naik dalam masa terdekat ini. Anda pergi ke terminal dagangan, dan kemudian membuka transaksi beli untuk membeli saham syarikat berkenaan. Jika nilai sekuriti bertumbuh beberapa mata, transaksi tersebut boleh ditutup pada bila-bila masa dan anda akan menerima jumlah untung yang sama. Jika anda rasa harga sahamnya akan turun, anda buka dagangan pada arah yang bertentangan, iaitu transaksi jual. Seperti yang anda dapat lihat, hampir tidak banyak bezanya operasi dagangan CFD dengan pasangan matawang konvensional.
Namun untuk mendapatkan lebih banyak pulangan, anda bukan saja perlu belajar cara untuk membuka dagangan, malah untuk meramal pasaran. Semua itu boleh dicapai dengan bantuan alat analisis teknikal yang terbina dalam terminal dagangan. NordFX juga ada menawarkan kalendar makroekonomi serta ulasan analisis bagi memudahkan anda untuk membuat keputusan penting ke atas dagangan kontrak CFD.
Kembali Kembali