Kami rasa setiap orang yang menonton filem barat Amerika tahu apakah itu scalp dan mengapa ia digunakan sebagai trofi kemenangan. Kami tidak akan menghuraikan lebih lanjut tentang sejarah American Wild West, kami hanya akan terangkan maksud perkataan ini yang diambil dari bahasa Latin iaitu scalpere, yang bermaksud “menyiat".
Scalping dalam Forex dan Lain-Lain Pasaran Kewangan
Sesuai dengan maknanya, strategi scalping dalam Forex yang ingin anda cuba adalah sama seperti menggunakan pisau bedah, untuk mendapatkan satu lapisan nipis keuntungan. Seorang pedagang scalper harus membuat berdozen atau ratusan dagangan setiap hari untuk menukarkan bahagian-bahagian kecil ini kepada keuntungan yang lebih besar, dan setiap dagangan kadang-kala hanya mengambil masa beberapa minit saja. Perlu diingat dagangan tersebut bukanlah setakat membuka atau menutup transaksi. Mereka perlu membuat analisis tepat terhadap situasi pasaran bagi membolehkan mereka membuka transaksi pada masa dan arah yang betul, kemudian menutup transaksi itu bila tiba masanya, dan akhir sekali mendapatkan pulangan daripadanya.
Siapa yang mampu bertahan dengan tekanan emosi dan fizikal seperti itu? Berdozen, ratusan transaksi setiap hari. Orang kebiasaan yang normal mungkin akan runtuh semangat mereka pada satu-satu masa dan kerugian semua wang depositnya.
Merenung kembali "keindahan masa lalu" dan sedikit tentang sejarah dagangan
Berbeza 100 tahun berikutnya, orang ramai dahulunya menggunakan telegraf bagi membuat order. Anda bangun pagi, ambil akhbar hari tersebut, bersarapan, membaca berita pasaran saham, dan kemudian menuju ke pejabat pos untuk menghantar telegram kepada broker anda: “beginilah, mereka berkata, dan sebab itulah, minta jasa baik anda untuk belikan saya…”. Itulah dagangan pada zaman dahulu.
Selain itu, proses tersebut juga masih agak sama pada 50 tahun yang lalu. Pelanggan menelefon broker dan memberi order dagangan secara lisan menggunakan panggilan. Broker akan melaksanakannya sama ada setelah menerima order tersebut atau menunggu beberapa order yang hampir serupa daripada pelanggan yang lain bertujuan untuk mendapatkan harga berpatutan dengan menambah jumlah order.
Anda juga harus ingat bahawa broker bekerja dalam bilik dagangan yang riuh dan dipenuhi dengan pesaing lain, bunyi bising, jeritan serta keadaan kecoh ini mampu mengganggu ketepatan tempoh dan masa pelaksanaan order para pelanggan mereka. Bagaimana teknik scalping boleh dibuat dalam hal ini?
Agak mengejutkan, secara kategorinya kebanyakan broker enggan menyediakan perkhidmatan mereka kepada scalper bukanlah bermula 100 atau 50 tahun yang lalu, tetapi 10 tahun lalu, dan sehingga kini masih ada lagi broker yang terus enggan bekerjasama. Lagipun, banyak yang perlu dibuat broker, tetapi komisen yang diterima agak sedikit.
Namun kemajuan bukanlah suatu yang terhenti, kewujudan teknologi Internet dan juga komputer telah merevolusikan pasaran kewangan. Dengan perkembangan dagangan automatik (algotrading) serta kemajuan robot penganalisis - satu program komputer khas yang membuat dagangan secara automatik mengikut algoritma tertentu - bilangan transaksi yang boleh dibuat seorang pedagang bertambah menjadi puluhan, malah ratusan kali ganda. Transaksi-transaksi ini boleh dibuat ke atas pelbagai instrumen dagangan, 24 jam, 5 hari seminggu, dan bagi matawang kripto pula - sepanjang tahun, 365 hari.
Selain itu, sudah wujud dagangan algoritma seperti itu yang dikenali sebagai High Frequency Trading (HFT).
Semua Idea Hebat Lahir Dalam Garaj
Pengasas kepada HFT ialah Steve Swanson, seorang ahli matematik dan gek komputer berusia 21 tahun yang menamatkan pengajian beliau di Charleston College (AS) pada tahun 1989.
Bersama-sama guru yang mengajarnya statistik iaitu Jim Hawkes, Steve menghabiskan banyak masanya di dalam garaj, lokasi yang tiada siapa dapat mengganggu beliau daripada menghasilkan algoritma yang kemudiannya menjadi asas kepada dagangan frekuensi tinggi.
(Secara umum, kebanyakan idea-idea hebat lahir di dalam garaj. Cukuplah dengan mengingati garaj Steve Job, tempat syarikal Apple bermula. Bill Gates dan Paul Allen juga mengasaskan Microsoft di dalam sebuah garaj pada tahun 1975. Pengasas syarikat-syarikat seperti Disney, Harley Davidson, Lotus Auto, Hewlett-Packard, Nike, Google serta Amazon juga tidak akan wujud jika bukan disebabkan oleh garaj. Penyanyi The Beatles, John Lennon juga memulakan karier muziknya di dalam sebuah garaj).
Kembali mengenai Steve Swanson serta Jim Hawkes. Mereka memasang sebuah piring satelit di atas bumbung garaj mereka, dengan bantuannya mereka menerima maklumat berkenaan nilai sebut harga terbaru, dan algoritma komputer mereka menjadikan maklumat itu sebagai asas untuk membuat ramalan harga sesuatu saham dalam tempoh 30-60 saat berikutnya, kemudian membuat transaksi yang sepadan secara automatik selepas itu.
Steve Swanson sangat obses dengan cerita Star Trek, dan beliau mendapat inspirasi daripada siri tersebut untuk menamakan ciptaan beliau sebagai BORG (singkatan bagi Brokered Order Routing Gateway). Jika anda menonton rancangan Star Trek, pasti anda tahu kita sedang bercakap tentang bangsa mahkluk asing jahat yang berupaya untuk menyerap semua jenis spesis hidup dan menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada minda tunggal siber.
Mahkluk pertama yang akan diserap oleh BORG adalah penggerak pasaran dalam ruang dagangan yang akan mengisi borang order untuk jualan atau belian sekuriti secara manual. Berbeza dengannya, BORG melakukan semua itu dalam masa sesaat. Purata keuntungan adalah kurang daripada 1 sen bagi setiap saham, tetapi Automated Trading Desk (ADT) milik Swenson menjalankan jutaan dagangan saham setiap hari.
Menjelang 2006, transaksi harian ADT adalah sekitar 700-800 juta, atau hampir 10% daripada jumlah keseluruhan pasaran saham di AS. Jelas bahawa kejayaan memberangsangkan seperti itu tidak boleh dipandang remeh oleh para pesaingnya, dan kebanyakan syarikat broker-broker dan bank-bank utama menggunakan strategi dagangan yang hampir serupa pada hari ini.
Roket HFT vs Jet Perniagaan NordFX
Ketahuilah walaupun scalping dengan bantuan robot penganalisis boleh diguna oleh hampir setiap pedagang swasta yang membuat transaksi di rumah menerusi komputer peribadi mahupun peranti mudah alih - telefon pintar atau tablet, HFT adalah sesuatu yang mahal, ia memerlukan peralatan khusus dan juga dikenakan beberapa syarat.
Maka timbullah persoalan: mungkin anda tidak perlukan penerbangan dengan menaiki “roket angkasa HFT”, tapi cukup dengan “jet perniagaan” sendiri yang pantas dan selesa? Mari kita lihat kedua-duanya.
Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi Amerika Syarikat (CFTC) memformulasikan beberapa ciri utama bagi dagangan frekuensi tinggi pada tahun 2011, ini termasuklah:
- penggunaan sistem komputer yang tidak memerlukan intervensi manusia serta melaksanakan perletakan, pembatalan atau pengubahsuaian order yang pantas iaitu kurang dari 5 milisaat;
- menyediakan akses ke pasaran secara terus atau memiliki saluran transmisi data sendiri oleh pihak bursa dan lain-lain organisasi bagi mengurangkan kelewatan akibat masalah rangkaian atau lain-lain lagi;
- meletakkan sejumlah besar order bagi tujuan pelaksanaan atau pembatalan serta-merta atau dalam tempoh beberapa milisaat.
Dengan kata lain, untuk melibatkan diri dalam dagangan frekuensi tinggi, anda memerlukan sekurang-kurangnya:
- komputer yang amat canggih,
- internet berkelajuan tinggi,
- akses terus kepada bursa atau penyedia likuiditi utama, tanpa orang tengah,
- dana yang besar untuk membuka banyak transaksi secara serentak,
- dan sudah tentu, perisian komputer yang bersesuaian.
Jelas sekali bahawa kebanyakan orang tidak mampu untuk melakukannya. Namun jangan bimbang, kerana kewujudan broker seperti NordFX adalah untuk menyelamatkan mereka yang ingin mula menggunakan scalping.
- Komputer canggih? Mengapa anda perlukannya? Seperti yang telah dinyatakan, apa yang anda miliki sudah cukup - komputer peribadi, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Semua peranti itu boleh digunakan.
- Laju? Sudah pasti dalam hal ini anda mungkin tidak akan dapat melaksanakan dagangan dalam tempoh 5 milisaat (0.005 saat). Namun, kelajuan yang kami ada juga cukup hebat - kurang daripada 0.5 saat.
- Akses terus kepada bursa? Mengapa anda perlu memilikinya? NordFX bekerja dengan pelbagai penyedia likuiditi utama, justeru komisen yang diambil cukup rendah, manakala spread bermula pada 0 pip.
- Dana besar? Anda akan menerimanya di NordFX secara automatik, serta-merta tanpa sebarang cagaran atau lain-lain prosedur, semuanya disebabkan oleh kadar leveraj yang mencecah 1:1000. Ini bermakna, anda boleh membuat transaksi pada pasaran Forex dengan jumlah 1000 (!) kali ganda daripada modal anda sendiri. Ringkasnya, katakanlah anda memiliki $100 dalam akaun, anda boleh menjalankan operasi yang berjumlah $100,000. Adakah itu tidak mencukupi?
- Akhir sekali, perisian komputer. Apabila anda menyertai NordFX (boleh dibuat secara online dan hanya mengambil masa beberapa minit), anda akan menerima platform dagangan paling popular di dunia iaitu MetaTrader-4 (MT4) secara percuma. Anda boleh berdagang matawang serta matawang kripto, saham serta indeks saham, minyak mentah, emas dan perak dengannya. Untuk berdagang dalam mod manual ataupun secara automatik, anda boleh gunakan satu program komputer khas yang dipanggil robot penganalisis (kadangkala ia juga dipanggil sebagai pakar penganalisis).
Bagaimana untuk mendapatkannya? Anda boleh membeli atau muat turun secara percuma di Internet. Namun lebih baik untuk menggunakannya pada platform MetaTrader-4 yang sama. Dengan menekan tab “Market” pada platform tersebut, anda bukan saja akan dibawa ke “pasaraya” biasa, tetapi gedung super-mega-giga yang memiliki lebih daripada 15,000 jenis robot penganalisis untuk anda beli mahupun sewa. Lebih 5,000 robot daripada semua jumlah itu ditawarkan secara percuma oleh pihak pembangun. Selain itu, anda boleh baca penerangan terperinci robot penganalisis pilihan anda, dapatkan nasihat daripada pihak pembangun, serta menguji keberkesanannya menggunakan penguji strategi yang terbina dalam platform MetaTrader-4 yang sama.
Baiklah, penerbangan untuk jet bisnes NordFX telahpun diumumkan. Para penumpang, iaitu pedagang sekalian, diminta untuk naik.
Berdaganglah dengan baik!