Syarikat broker NordFX sudah pun membayar lebih daripada $30,000,000 kepada rakan kongsi IB mereka. Perkongsian terkemuka yang ada pada broker ini mendapat pulangan antara USD 5,000 dan USD 17,000 setiap bulan.
Berdagang di pasaran kewangan adalah sesuatu yang berisiko. Sesetengah daripada mereka mengaut keuntungan berjuta dolar nilainya, dan ada di antara mereka yang rugi sehingga muflis. Anda memerlukan ilmu pengetahuan yang meluas, pengalaman profesional, tahap kesabaran yang tinggi serta… tuah, semua itu untuk memastikan anda berada di kelompok mereka yang berjaya.
Namun jika anda tidak memiliki semua kualiti itu, anda masih boleh mengambil peluang bekerja dengan mereka yang ada semuanya. Jika anda mahu, terdapat servis seperti PAMM dan juga Copy Trading di mana para pedagang berpengalaman akan mendapatkan pulangan untuk anda, dan mereka mengambil sedikit ganjaran daripada keuntungan yang diperoleh. Lagipun, anda boleh menggunakan kelebihan yang dicapai dengan sains moden, kerana dagangan akan dibuat oleh robot dan bukannya anda sendiri.
Namun terdapat satu lagi cara untuk menjana pendapatan di pasaran kewangan: ia dipanggil program perkongsian: IB (singkatan bagi Introducing Broker dalam Bahasa Inggeris) dan juga Affiliate.
Program IB dan Affiliate: Apakah Maksudnya dan Cara Beroperasi
Prinsip asas bagi program-program seperti ini adalah ringkas dan berkesan. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mula, dan tiada risiko kerugian wang. Anda hanya perlu menarik pelanggan yang ingin berdagang bersama broker NordFX dan kemudian menerima komisen dari dagangan mereka. Ia tidak mengambil kira sama ada dagangan mereka berjaya atau tidak. Anda akan tetap menerima komisen dari setiap transaksi yang mereka jalankan dalam apa jua keadaan: bukan saja yang menguntungkan, malah juga dagangan yang rugi.
Ia terbukti memberikan anda lebih banyak pulangan, kerana broker dan pelanggan sendiri seboleh-bolehnya akan membuat transaksi yang menguntungkan. Lebih lama dan berjaya dagangan mereka itu, lebih banyak pulangan dalam bentuk komisen yang akan diterima anda dan juga broker. Penting untuk anda ingat bahawa syarat dagangan untuk pelanggan tetap sama seolah-olah mereka membuka akaun sendiri dengan NordFX dan bukan dengan bantuan anda.
Oleh itu, program perkongsian ini adalah satu perkara unik yang menguntungkan ketiga-tiga pihak: pelanggan, rakan kongsi, dan juga broker.
Apa yang membezakan program IB dan Affiliate? Secara ringkasnya, proses menarik pelanggan dengan IB adalah menghubungi mereka secara terus, manakala Affiliate pula - menggunakan perkhidmatan Internet dan juga secara online. Walaupun begitu, sudah pasti semuanya bersangkut paut, tidak mustahil untuk menggabungkan kedua-duanya.
Satu cara untuk menarik minat pelanggan adalah dengan menghasilkan (mungkin sudah ada) laman web atau blog anda sendiri yang mengkhususkan kepada dagangan matawang ataupun kripto. Laman dengan topik berbeza di media sosial juga boleh digunakan, contohnya, kumpulan dengan topik berkenaan catur, permainan komputer malah memasak. Mengapa tidak? Lagipun, tidak salah para chef ingin mendapatkan pendapatan sampingan.
Dengan bantuan para penganalisis NordFX, anda boleh menggunakan sumber atas talian ini untuk menerangkan tentang bagaimana dagangan dibuat di pasaran kewangan, apakah kelebihan serta ciri yang ada. Anda juga boleh meletakkan sepanduk atau pautan di sebelah teks yang anda tulis, dan serta-merta para pelawat laman web/blog/kumpulan anda dapat membuka akaun dagangan bersama NordFX apabila menekannya. Selain itu, anda boleh menarik pelanggan menerusi perbincangan di forum Internet, membuat hantaran di media sosial, atau berbual mengenai topik semasa dengan kenalan atau orang asing yang anda temui di kafe mahupun di jalanan.
Amalan terdahulu menunjukkan perniagaan rakan kongsi akan lebih berjaya jika mereka mengetahui tentang transaksi di pasaran kewangan bukan dengan hanya mendengar cerita orang lain tetapi merasai pengalaman itu sendiri. Dalam hal ini, mereka pasti mampu untuk menerangkan segala kelebihan serta kehalusan pendapatan atas talian seperti ini kepada mereka yang berpotensi dengan lebih mahir. Malah sesetengah rakan kongsi berpengalaman akan mengadakan seminar untuk pelanggan mereka secara berkala, di situlah mereka berkongsi pengalaman, mencadangkan strategi paling menguntungkan serta lain-lain petua dagangan.
Apakah Kelebihan Program Perkongsian Bersama NordFX
Menjadi ahli gabungan NordFX adalah sesuatu yang hebat dan berprestij. Syarikat tersebut adalah antara yang terkemuka dalam industri kewangan. Sejak tahun 2008, lebih daripada 1,500,000 akaun telah dibuka oleh para pelanggan yang datang dari hampir 190 buah negara. Syarikat itu sendiri telah diiktiraf dengan lebih daripada 50 anugerah profesional serta hadiah yang berprestij. Anugerah yang diterima NordFX juga menjadi lambang terhadap kualiti program perkongsian mereka yang berada di tahap tertinggi, diiktiraf sebagai yang terbaik oleh MasterForex-V, Kemuncak Pengajian Kewangan Saigon serta Forex Awards bagi tahun 2016, 2017, 2018 dan juga 2019.
Faktor penting yang perlu diambil kira adalah kebolehpercayaan yang dimiliki serta keselamatan dana pelanggan. NordFX tidak pernah digodam sekali pun sepanjang ia beroperasi, dan tiada sesen pun daripada dana pelanggan yang hilang atau dicuri. Tidak hairanlah syarikat ini telah diiktiraf sebagai Broker Paling Dipercayai untuk tahun 2016, 2017, 2018 dan 2020;
Kelebihan program perkongsian NordFX lain yang penting dan perlu anda ketahui:
- pengiraan komisen rakan kongsi dibuat dalam masa nyata;
- pengeluaran komisen bagi sebarang saiz dengan segera pada bila-bila masa;
- bayaran sehingga 10% untuk komisen peringkat kedua;
- pelbagai bahan pengiklanan berinovatif untuk menarik pelanggan, serta material latihan yang amat banyak pasti dapat membantu pelanggan anda membuat dagangan yang lebih berkesan dan menguntungkan;
- dan perkara paling penting bagi setiap rakan kongsi, bayaran komisen mereka. Jumlahnya adalah sehingga 60% daripada nilai spread. Bagi CPA, model NordFX adalah antara yang tercanggih dalam industri, nilainya mencecah sehingga $700.
Berapa Sebenarnya yang Diperoleh Rakan Kongsi NordFX
Secara teori, pulangan maksimum yang diterima rakan kongsi adalah tidak terhingga. Selain daripada teori, terdapat juga statistik yang sebenar. Lebih daripada 25,000 rakan kongsi NordFX di serata dunia sudah mendapat pulangan lebih daripada $30,000,000.
Sudah pasti, tidak semua rakan kongsi bekerja mengikut rentak yang sama. Sesetengah mungkin aktif mencari pelanggan, yang lain mungkin tidak. Pendapatan mereka juga tidak sewajarnya sama. Urus niaga menunjukkan pendapatan sebenar rakan kongsi NordFX yang paling aktif untuk tahun 2021 berjumlah antara USD5000 dan USD17,000 setiap bulan.
Kembali Kembali