Ringkasan Sejarah Forex: Dari Masa Lalu Hingga ke Hari Ini

Apakah maksud Forex, bila, kenapa dan bagaimana ia wujud? Setiap pedagang dan pelabur harus tahu jawapan bagi semua ini. Lagipun, jika anda gagal menjawabnya, layakkah anda digelar seorang profesional?

Dari “pasangan matawang” pertama hingga ke broker dan pedagang

Adakah anda tahu bilakah bermulanya sejarah pasaran Forex? Istilah itu sendiri adalah singkatan bagi dua perkataan Inggeris iaitu Foreign Exchange, yang bermaksud Tukaran Matawang. Agak jelas maksud tukaran di sini: anda beri sesuatu, saya beri sesuatu. Namun bagaimana pula dengan matawang?

Seperti yang dijelaskan oleh kamus “Kewangan, Wang dan Kredit”, pengertian meluasnya ialah “matawang adalah sesuatu komoditi yang berupaya untuk menjalankan fungsi tukaran.” Ribuan tahun lalu, orang-orang purba menukar kulit gajah dengan anak panah. Mungkin itulah “pasangan matawang” yang pertama, permulaan bagi apa yang kini dikenali sebagai Forex.

Peranan wang pada masa dan wilayah yang berbeza di serata dunia dimainkan oleh batu berlubang dan kulit kerang, garam, madu dan ternakan, bijirin dan hamba, mentega dan koko, tulang paus dan malah… minuman keras. Di negara Assyria dan Mesir, wang daripada emas mula digunakan seawal tahun 2000 SM. Namun manusia mengambil masa kira-kira 15 kurun selepas itu untuk beralih daripada kepingan serta jongkong logam berharga kepada cetakan wang yang mengikut standard tertentu. Ia hanya berlaku pada tahun ke-7 SM. Wang kertas pertama telah ditemui di China pada tahun 910: agak baru jika mengikut standard Sejarah.

Empat kurun selepas itu, pada tahun 1291, satu lagi langkah telah diambil di Florence (kini adalah Itali) untuk mewujudkan pasaran kewangan antarabangsa. Pada masa itu, semua negara membangun telah memiliki matawang mereka sendiri. Namun tiada siapa tahu berapa banyak shilling diperlukan bagi sebuah mahkota atau berapa pound yang menyamai nilai satu escudo. Pada waktu itulah munculnya surat tukaran, dan kadar tukaran mula diguna bank-bank swasta.

Garis panduan pasaran Forex yang lebih jelas diperoleh pada kurun ke 16 di Amsterdam (Belanda), dan kemudian di bandar-bandar besar, di mana dagangan dalam pelbagai jenis matawang dilakukan. Kadar turun naik tukaran bergantung kepada baki yang ada oleh negara pengeluar. Pada waktu inilah para pedagang serta broker yang menjadi orang tengah membuat kemunculan di pasaran, terlibat dalam menunaikan surat tukaran.

forex history_ms

Emas adalah logam paling berharga.

Berkurun lamanya telah berlalu; namun, emas masih lagi menjadi dasar. Ia adalah aset paling mampan yang disimpan sebagai rizab oleh kebanyakan pedagang, perindustrian, pegawai-pegawai bank dan juga kerabat-kerabat diraja. Matawang di setiap negara yang disegani adalah bersandarkan pada rizab emas yang dimilikinya.

Persamaan antara emas dan matawang-matawang utama semasa peralihan kurun ke-19 dan kurun ke-20 adalah seperti berikut:

● 1 dolar - 1.50463 g emas tulen;

● 1 pound sterling - 7.322382 g emas tulen;

● 1 franc Perancis - 0.290323 g emas tulen;

● 1 mark Jerman - 0.358423 g emas tulen.

Syiling emas diedar secara bebas seperti wang kertas. Nilai wang kertas ditentukan oleh saiz rizab emas sesuatu negara itu.

Kestabilan ini terus berlaku dari tahun 1879 sehinggalah bermulanya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 apabila tukaran wang kertas kepada emas secara percuma dihentikan.

Kadar inflasi yang begitu tinggi di Jerman antara tahun 1920-1923 selepas berakhirnya perang menjadi salah satu tragedi ekonomi terbesar pada abad kedua puluh. Kadarnya mencecah 3.25 juta % setiap bulan (nilai harga naik berganda setiap 49 jam). Para pekerja cuba untuk mendapatkan gaji mereka setiap hari untuk membeli sesuatu dengan wang yang diperoleh pada waktu makan tengahari. Namun begitu, mereka masih menghabiskan sehingga satu pertiga daripada gaji yang diterima disebabkan oleh kadar inflasi. Wang kertas dijadikan bahan bakar untuk dapur dan bukannya kayu api. Perkara inilah yang memungkinkan pihak Nazi yang diterajui Adolf Hitler mula berkuasa pada tahun 1923.

Keadaan hiperinflasi yang berlaku di Jerman pada tahun 1920an bukanlah sesuatu yang unik. Perkara sama turut dialami di Soviet Rusia, Poland, Hungary, Austria, sehingga menimbulkan idea untuk mengembalikan “Standard Emas”. Walau bagaimanapun, krisis kewangan global yang berlaku pada tahun 1929 memaksa ia dilupakan sekali lagi. Beberapa tahun selepas itu, Perang Dunia Kedua pula bermula.

Dari Perang Dunia Kedua hingga ke Hari Ini

Peringkat seterusnya, penting bagi pasaran, bermula di sebuah resort pekan kecil di Bretton Woods (AS). Di sana, Persidangan Kewangan Negara-Negara Bersatu telah diadakan pada Julai 1944, dihadiri oleh delegasi seramai 730 orang dari 44 buah negara.

Pada persidangan inilah asas untuk sistem kewangan Bretton Woods dihasilkan dan keputusan dibuat untuk menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa serta Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan.

Persidangan Bretton Woods juga telah menyebabkan lahirnya sistem kadar tukaran tetap antarabangsa yang berdasarkan pada standard emas. Di bawah sistem ini, matawang akan disandarkan pada dolar AS yang menjadi matawang rizab, dan ditukar kepada emas pada harga tetap sebanyak $35 bagi setiap auns.

Lama-kelamaan, “penambatan” dolar pada logam berharga itu telah menimbulkan masalah kepada Amerika Syarikat. Kos untuk Perang Vietnam, inflasi kewangan oleh pihak Rizab Persekutuan, dan beberapa lagi perkara  telah menjadi punca kepada pengurangan rizab emas Amerika pada tahun 1960an. Pihak Perbendaharaan tidak memiliki emas yang mencukupi untuk menampung jumlah dolar yang banyak, antara lainnya, dolar dalam rizab bank di lain-lain negara.

Rizab emas AS yang semakin berkurang berakhir dengan kejatuhan. Pada 15 Ogos, 1971, Presiden AS Richard Nixon dengan sendirinya menggantung penukaran dolar AS kepada emas. Keputusan itu sebenarnya menjadikan dolar sebagai matawang fiat, dan menyebabkan kenaikan mendadak harga logam berharga tersebut. (Pada tahun 1980, satu auns emas bernilai $850, dan harganya naik menjadi $2,075 pada Ogos 2020).

Setelah pengumuman mengejut oleh Presiden Nixon itu, sistem kewangan antarabangsa sekali lagi berubah, kali ini memilih kadar apungan. Pada tahun 1976, persidangan antarabangsa di Jamaica telah menerima pakai sistem moden di mana kadar tukaran tidak lagi ditentukan oleh pihak kerajaan, tetapi oleh pasaran berdasarkan pada bekalan dan permintaan. Lebih-lebih lagi:

- bermula dari saat itu, bank-bank pusat dibenarkan untuk menjual dan membeli emas sebagai komoditi biasa mengikut harga pasaran;

- manakala pound sterling British, franc Swiss, yen Jepun, mark Jerman dan franc Perancis diiktiraf sebagai matawang rizab, selain daripada dolar AS (mark Jerman dan franc Perancis kini diubah kepada euro).

Sistem Jamaica masih lagi digunakan di seluruh dunia. Namun, krisis global antara tahun 2008-2009 telah memulakan pelbagai perbincangan untuk mengubahnya. Namun tiada keputusan khusus yang pernah dicapai setakat ini. 

Berdagang pada Kurun ke-21

Pedagang-pedagang lama mungkin masih mengingati hiruk-pikuk dewan bursa yang dipenuhi dengan broker dan pesaing mereka bekerja bersama-sama. Manakala para pelanggan menghantar order dagangan kepada broker menggunakan telegraf, teletaip atau telefon. Namun perkembangan saintifik serta teknologi tidak terhenti di situ. Pembangunan teknologi komputer serta kewujudan Internet telah mengubah cara hidup penghuni planet ini dengan radikal. Seperti biasa, pasaran kewangan juga tidak terkecuali dengan perubahan ini.

Sejak tahun 1995, adalah tidak mustahil untuk melakukan transaksi 24 jam sehari, secara online. Namun ledakan sebenar Forex bermula pada tahun 2002 apabila capaian komputer ke Internet dapat diakses oleh jutaan penduduk di serata tempat di dunia. Jika operasi pasaran kewangan sebelum itu menjadi rutin bagi golongan elit, kini pasaran beralih kepada orang biasa. Disebabkan oleh nilai deposit serta leveraj yang rendah (untuk NordFX, nilainya masing-masing adalah USD 10 dan 1:1000), mereka yang berpendapatan rendah juga boleh mengaut untung dengan serius. Perkara-perkara di bawah ini mungkin berguna:

● ilmu dalam analisis teknikal serta fundamental yang juga boleh didapati secara online tanpa perlu meninggalkan rumah,

● dagangan automatik oleh robot penganalisis,

● serta servis dagangan sosial seperti PAMM dan Copy Trading yang NordFX sediakan untuk para pelanggan mereka.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.