Swap, Spread dan Semua yang Anda Perlu Tahu Tentang Komisen Dalam Pasaran Forex

Melihat baki negatif setelah melakukan dagangan pertama mereka walaupun harganya tidak berubah adalah sesuatu yang amat mengejutkan bagi kebanyakan pedagang baru. Perlu difahami pada masa itu bahawa broker mempunyai alasan mereka sendiri apabila menyediakan sesuatu perkhidmatan, dan anda perlu membayarnya bagi mengakses aset kewangan serta sebilangan kondisi dagangan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana broker bukan saja menjadi orang tengah antara pasaran kewangan global dengan anda, tetapi juga sebuah syarikat komersial yang perlu memberi pulangan kepada para pelabur mereka.

Oleh kerana itu, untuk mengendalikan pengurusan risiko yang efektif, seorang pedagang bukan saja hanya perlu membuat pengiraan terhadap komisen, malah mereka juga harus memahami prinsip-prinsip pembentukannya. Ini termasuklah mendalami bagaimana pasaran global berfungsi serta mendedahkan misteri bagaimana syarikat broker seperti NordFX memperoleh keuntungan mereka.

Dari Mana Sumber Pulangan Broker?

Pasaran Forex adalah sebuah sistem tukaran matawang yang tidak berpusat, di mana golongan yang menyertainya terdiri daripada bank-bank utama dunia, pihak kerajaan, dan juga pelabur persendirian. Tukaran wang yang memberi hasil pulangan terbesar dibekalkan oleh pelabur-pelabur besar, justeru proses tukaran adalah standard, bukan memberi kelebihan kepada orang awam semata-mata.

Bayangkan 100,000 unit matawang asas diperlukan bagi menyelesaikan satu transaksi (1 lot bersamaan dengan USD 100,000). Tidak ramai pedagang runcit yang memiliki modal sebanyak itu. Jadi, mereka perlu menggunakan khidmat broker kerana pihak broker akan menambah jumlah yang kurang bagi menyelesaikan transaksi berkenaan.

Pihak broker juga menggunakan orang tengah: penyedia likuiditi. Ringkasnya, mereka ini adalah sekumpulan bank-bank utama yang menyediakan sebut harga dan juga nilai paling tepat untuk sesuatu transaksi pada satu-satu masa. Bilangan penyedia likuiditi yang bekerjasama dengan syarikat broker itu akan menentukan ketepatan sesuatu sebut harga, serta saiz komisen yang perlu dibayar oleh pedagang. NordFX bekerjasama dengan beberapa buah pengagregat likuiditi yang terdiri daripada bank-bank utama dunia. Disebabkan itulah, terma yang perlu diterima pedagang adalah antara yang terbaik di pasaran.

Swap, Spread and Commissions_ms

Apa Itu Spread atau Asas Sebenar Pulangan yang Diterima Broker

Spread adalah kos yang dibayar pedagang kepada broker apabila membuat dagangan, dan formula pengiraannya adalah berdasarkan pada perbezaan antara harga BID dan juga ASK. Anda boleh lihat harga semasa pada terminal dagangan MT4 anda, tetingkap ini diberi nama “Market Watch”. Selain itu, spread tipikal dan minimum bagi setiap instrumen dagangan disenaraikan di dalam spesifikasi bagi setiap jenis akaun dagangan di laman web NordFX.

Jika anda membuat rantaian logik, untung yang diterima broker adalah hasil penambahan beberapa mata oleh syarikat ke dalam sebut harga yang diterima dari penyedia likuiditi. Oleh itu, prinsip dagangan standard berlaku: anda beli dengan murah dan jual sedikit mahal. Sebab itulah broker yang jujur mahu memberi pulangan kepada pedagang. Disamping itu, mereka turut menyediakan sejumlah besar material latihan, peluang untuk berlatih skil dengan menggunakan akaun demo, analisis, dan unjuran kepada para pelanggan mereka, serta servis tambahan seperti kalkulator pedagang dan juga kalendar peristiwa ekonomi.

Selain daripada spread (atau lebih kepada tambahan), terdapat satu lagi jenis komisen yang dikenakan ke atas jenis-jenis akaun tertentu: peratusan bagi setiap pulangan dagangan. Ia digunakan pada akaun yang memiliki akses terus kepada penyedia likuiditi, iaitu sebut harga yang diterima oleh broker itu sendiri. Amalan seperti itu biasa digunakan pada akaun matawang ECN dan juga pasaran saham apabila saham dagangan atau aset dasar yang lain. Walaupun komisen seperti itu tidak mengecualikan spread, jika terdapat akses keluar ke penyedia likuiditi secara terus, spread yang dikenakan adalah minimal.

Perbezaan Antara Spread Apung dan Tetap

Terdapat dua jenis spread dan ia bergantung pada jenis akaun yang dipilih: tetap dan apung. Spread tetap bermaksud nilainya akan kekal sama sepanjang dagangan. Jika spesifikasi akaun menyenaraikan nilai fi sebanyak 2 mata, nilai itu akan tetap sama tanpa mengira aktiviti pasaran. Pihak broker menyerap semua risiko terhadap perubahannya, justeru, dalam kebanyakan masa, nilai ini kebiasaannya adalah lebih tinggi berbanding nilai spread apung.

Tidak seperti spread tetap, spread apung adalah keadaan yang hampir sama dengan kondisi pasaran, dan nilainya sentiasa dinamik. Nilainya dipengaruhi oleh beberapa faktor, seperti aktiviti pasaran, kepadatan peserta dan juga jumlah dagangan semasa. Jika permintaan melebihi bekalan, nilai spread mungkin akan menjadi sifar. Justeru, anda boleh lihat nilai spread yang lebih besar pada waktu malam, atau contoh lain, semasa cuti Krismas, apabila tiada sesi dagangan aktif yang berjalan (digelar sebagai pasaran tipis). Nilai spread juga akan bertambah semasa berita ekonomi penting diketahui kerana pihak pengagregat dan juga broker ingin melindungi kepentingan mereka daripada kerugian yang disebabkan oleh kenaikan harga mendadak.

Jenis akaun yang perlu dibuka adalah pilihan pedagang itu sendiri. Namun menjadi kebiasaan akaun dengan spread tetap (akaun Fix NordFX) lebih sesuai untuk pedagang baru. Spread apung pula lebih sesuai untuk pedagang berpengalaman (akaun Pro dan Zero NordFX). Jenis komisen seperti ini adalah lebih menarik dari segi dagangan yang lebih murah, terutama sekali bagi mereka yang menggunakan teknik scalping, dagangan hari sama, dan juga membuka sejumlah besar order. Walau bagaimanapun, adalah lebih sukar menggunakan spread apung kerana paras SL dan TP perlu diambil kira dalam dinamik pergerakannya.

Swap atau Caj yang Dikenakan Bagi Mengubah Transaksi ke Hari Berikutnya

Satu lagi kejutan yang tidak disenangi dan perlu dihadapi oleh pedagang baru pastinya adalah swap: fi untuk mengalihkan posisi ke hari keesokannya. Ramai orang silap sangka dan percaya bahawa ini adalah satu lagi sumber pendapatan bagi syarikat broker. Namun, fi ini mungkin bukan hanya dikenakan ke atas akaun pedagang, tetapi juga sebaliknya, mereka menerima bayaran itu. Ini bermakna, anda bukan hanya rugi disebabkan oleh swap, malah mungkin memperoleh pulangan darinya. Para profesional menggelarnya sebagai pulangan dagangan Carry, dan ia boleh menjadi sebahagian daripada strategi dagangan yang digunakan.

Saiz swap bergantung kepada banyak faktor, termasuklah saiz swap dari penyedia likuiditi, unjuran, dan juga dinamik kadar tukaran semasa bagi setiap pasang matawang, dll. Dasar kepada faktor ini adalah perbezaan kadar tukaran matawang sebagai sebuah pasangan. Swap positif berlaku apabila anda membeli matawang dengan kadar tukaran yang tinggi menggunakan matawang yang rendah kadar tukarannya. Sebaliknya, swap negatif berlaku apabila anda membeli matawang yang rendah kadar tukarannya dengan matawang yang memiliki kadar tukaran tinggi. Sebagai contoh, apabila anda membuka posisi long ke atas pasangan USD/ZAR, fi sebanyak 37 mata akan ditolak daripada akaun pedagang, manakala 7 mata akan dikreditkan ke dalam akaun milik pedagang jika mereka melakukan posisi short.

Menjadi kebiasaan apabila kadar tukaran berubah, bank-bank pusat akan turut mengubah saiz swap mereka. Anda boleh melihat nilai swap semasa pada laman web NordFX di bahagian spesifikasi akaun dagangan.

Bagi mereka yang berdagang dalam hari yang sama, saiz swap tidaklah begitu penting. Namun, jika anda membiarkan sesuatu posisi terbuka untuk beberapa hari, minggu ataupun bulan, swap menjadi faktor penting yang memberi kesan kepada jumlah untung atau rugi transaksi itu.

Akaun Islamik atau Swap Free

Disebabkan oleh pegangan agama, penganut agama Islam diharamkan untuk mengambil atau memberi riba, justeru, dagangan klasik yang memindahkan transaksi pada keesokan harinya adalah sesuatu yang mustahil. Satu akaun khas, Swap Free, yang mengecualikan bayaran serta swap terakru telah dihasilkan untuk pelanggan seperti itu. Sebaliknya, pedagang perlu membayar komisen tetap. Anda boleh menggunakan servis ini dengan membuat permintaan kepada Khidmat Bantuan NordFX.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.