Sekarang ini terdapat bermacam-macam pilihan strategi dagangan yang dicipta berasaskan pembangunan saintifik terkini dan memberi pulangan menguntungkan di pasaran kewangan. Semua orang mengimpikan untuk memiliki masa depan yang cerah dengan membuat ramalan tepat pergerakan instrumen kewangan. Lagipun, kesejahteraan diri dan kadangkala kejayaan sesebuah organisasi pelaburan yang beroperasi dengan sumber memberangsangkan juga bergantung padanya. Indikator serta pengayun berasaskan Impuls adalah antara alat analisis teknikal yang penting dan boleh dipercayai.
Apakah Impuls dalam Forex
Impuls adalah perubahan harga instrumen kewangan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Pada asasnya definisi ini adalah satu analogi bagi kelajuan, iaitu jarak perjalanan pada satu-satu masa. Sebagai contoh, nilai momentum sepanjang 9 hari iaitu M pada hari ini bermaksud beza harga pada hari ini dan juga harga 9 hari yang lalu.
Kadangkala lebih mudah untuk menggambarkan pelbagai jenis instrumen dalam satu sistem notasi yang sama. Bagi tujuan ini Impuls digambarkan sebagai nilai peratus. Contohnya, impuls satu hari adalah bersamaan dengan peratusan untung atau rugi harga asalnya.
Umumnya, nilai impuls digunakan untuk meratakan paras harga dan agak boleh dipercayai sebagai indikator trend. Kebiasaannya, nilai impuls tidaklah begitu tepat seperti nilai purata pergerakan, tetapi ketiadaan nilai tertangguh yang sering dialami apabila menggunakan purata pergerakan menjadi kelebihannya.
Impuls sebagai Indikator Trend.
Disebabkan oleh nilai impuls adalah perbezaan harga yang rata (nilai rata perubahan harga), impuls juga boleh diguna untuk menentukan trend harga sama seperti purata pergerakan. Perlu diingat, lebih besar selang waktu yang diguna untuk membuat kiraan impuls bagi n hari, lebih rata nilai yang akan dihasilkan.
Indikator impuls Momentum yang mudah dan ringkas ini sudah pun tersedia pada terminal dagangan Metatrader-4 dengan nilai turun naiknya berada di sekitar garis purata 100. Nilai indikator yang bergerak ke atas garis 100 ini memberi maksud trend ke bawah berubah menjadi ke atas (isyarat beli) dan sebaliknya, turun ke bawah garis 100 bermaksud isyarat jual. Bar perlindungan melintang mungkin boleh diletakkan di atas dan juga di bawah garis 100 untuk mengasingkan isyarat palsu.
Anda boleh lihat satu contoh kegunaan praktikal indikator impuls Momentum pada carta (pengiraan yang dibuat memberikan perbezaan nilai untuk 10 tempoh masa).
Para pengguna boleh mengubah tempoh pengiraan impuls, mengubah warna dan reka bentuk garisan, meletakkan nilai minimum dan maksimum, menentukan harga buka dan tutup dalam pengiraan serta paras tertinggi dan terendahnya pada tempoh masa yang dipilih.
Menjadi kebiasaan, selang masa pengiraan yang terbaik harus dipilih secara empirik berdasarkan pada data lampau, mengambil kira ciri-ciri sesuatu instrumen kewangan itu. Sesetengah pedagang juga menggunakan parameter seperti “kadar perubahan” atau “pecutan” pergerakan harga dalam pengiraan mereka, menjadikannya sebagai satu penanda trend mendatar yang baik. Lagipun, jika “kelajuan” dan “pecutan” pergerakan harga adalah menghampiri sifar, jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan harga berlaku.
Buat Pilihan Semasa Mulakan Dagangan.
Terdapat persepsi yang menyatakan adalah lebih mudah untuk memilih masa bagi memulakan dagangan setelah berlakunya pembetulan kecil dalam linkungan pergerakan trend utama dengan strategi berasaskan impuls. Cepat, respon indikator yang lebih pendek terhadap perubahan harga yang kecil, sementara respon indikator yang lebih panjang kekal berada di atas atau di bawah garis tengah sehingga trend berakhir.
Sebagai contoh, dalam dagangan jangka sederhana, anda memilih selang masa yang lebih pendek untuk pengiraan impuls (contohnya, 5 atau 6 hari), dan boleh digabungkan dengan selang masa yang lebih panjang (antara 30 ke 50 hari). Peluang hebat bagi membuka sesuatu posisi itu dapat dikenal pasti apabila menggunakan indikator ini bersama-sama. Indikator pendek akan memberi isyarat dagangan mungkin boleh dimulakan mengikut arah trend jangka panjang setelah proses pembetulan berlaku.
Berdagang Secara Ekstrem
Satu lagi cara menarik untuk menggunakan indikator berasaskan impuls adalah mengenal pasti titik lebihan belian dan jualan sesuatu instrumen itu. Kaedah ini digunakan untuk menentukan paras relatif tertinggi nilai impuls pada data lampau.
Ada yang percaya nilai indikator impuls dihadkan oleh pergerakan maksimum yang mungkin berlaku pada satu-satu kitaran masa di kedua-dua zon positif dan negatif, dan ianya digambarkan sebagai selang masa pengiraan indikator. Lagipun, semua orang tahu pasaran lebihan belian bermaksud kekuatan bull semakin berkurang, sokongan untuk bergerak ke atas tidak lagi boleh diberikan. Akibatnya, reaksi ke bawah pasti akan berlaku, dan untuk lebihan jualan pula, reaksi ke atas akan terhasil.
Asas untuk kaedah ini adalah dengan memplotkan garis melintang di atas dan di bawah garis sifar pada carta indikator bagi mengenal pasti harga ekstrem. Anda boleh menentukan posisi garis-garis ini secara visual atau memilih peratus nilai maksimum indikator yang mungkin diberikan. Ataupun, anda boleh meletakkan garis supaya hanya 5% daripada nilai indikator kekal di bawah atau di atas jalur sifar.
Order Stop apabila Menggunakan Strategi Impuls
Disebabkan oleh dagangan pasaran kewangan melibatkan risiko yang agak besar, sudah pasti anda seharusnya perlu mengambil kira untuk mengehadkan jumlah kerugian kerana semua orang tahu isu berkenaan pengurusan risiko kekal menjadi masalah paling utama bagi kejayaan sesuatu sistem dagangan itu. Adalah disyorkan untuk meletakkan order stop di atas nilai maksimum yang mungkin diberikan indikator impuls atau di bawah nilai minimum trend semasa. Anda juga boleh menggunakan trailing stop untuk mengekori trend.
Disamping itu, anda boleh menetapkan paras keluar dalam bentuk garis melintang pada selang masa biasa dan menghalang pergerakan harga dari menembusi paras tersebut daripada turun dengan menggunakan stop.
***
Terdapat pelbagai jenis indikator dan strategi berasaskan impuls mengikut kegunaan sendiri yang banyak diterangkan dalam penerbitannya. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengetahui tentang isu ini dengan lebih mendalam, kami syorkan untuk membaca buku "Momentum, Direction and Divergence" oleh William Blau.
Sudah tentu, anda boleh menguji segala idea yang ada menggunakan akaun demo latihan di NordFX tanpa sebarang risiko kewangan.
Kembali Kembali