Saham syarikat-syarikat gergasi dunia seperti IBM, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Twitter, UBER, eBay, Alibaba, Deutsche Bank dan banyak lagi dilihat menonjol dalam kalangan instrumen dagangan yang ada pada syarikat broker NordFX. Namun, seperti lain-lain aset kewangan, nilai sekuriti-sekuriti ini buka saja boleh naik, ia juga boleh jatuh. Sehubungan itu, para pedagang dan juga pelabur boleh mendapat pulangan atau mengalami kerugian dengannya.
Pastinya, semua orang inginkan keuntungan. Disebabkan itulah kami mengambil keputusan untuk berbincang tentang bagaimana Warren Buffett yang memperoleh $5 di bursa saham semasa berusia 11 tahun, menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta kekayaan sebanyak $96 bilion pada usia 90 tahun.
Beginning the Journey
“The Seer,” “Wizard of Omaha,” “Oracle of Omaha” - inilah gelaran yang diberi kepada pelabur lagenda itu. Beliau kini menguruskan sebuah konglomerat pelaburan, Berkshire Hathaway yang mengandungi lebih daripada 60 buah syarikat. Namun ia bermula pada tahun 1941, Warren yang berumur 11 tahun, bersama-sama seorang kakaknya membeli 3 saham yang dijual dengan serta-merta setelah harganya naik sedikit. Keuntungan yang diperoleh daripada operasi itu adalah $5. Namun nilai saham itu terus naik, dan jika budak lelaki itu tidak terburu-buru menjualnya, beliau mungkin akan memperoleh 100 kali lebih banyak, iaitu $500.
Itu adalah pelajaran pertama beliau dalam bidang kewangan, dan banyak lagi yang dipelajari sepanjang hidupnya. Semasa kecil, Warren juga mencari makan dengan menghantar akhbar Washington Post, menjual bola golf, dan semasa berusia 15 tahun, bersama-sama rakannya, beliau membeli mesin slot terpakai berharga $25 dan memasangnya di sebuah kedai mendandan rambut tempatan. Dalam tempoh beberapa bulan selepas itu, mereka memasang beberapa buah mesin lagi di tiga kedai gunting rambut berbeza di Omaha. Ia sudah pun menjadi satu perniagaan yang serius, dan kemudian ia dijual dengan harga $1,200 pada hujung tahun: jumlah yang agak besar pada tahun 1945.
(Satu fakta menarik: Buffett membeli saham Washington Post berjumlah $11 juta semasa berlakunya krisis saham 1973, akhbar yang sama beliau edarkan semasa kecil. Mungkin disebabkan oleh memori zaman kanak-kanak beliau yang menggesa beliau untuk membelinya).
Setelah beliau tamat pengajian di kolej, Buffett telah berjaya mengumpul $9,800 (lebih daripada $100,000 pada hari ini, selaras dengan inflasi), dan menjadi batu asas kepada harta kekayaan beratus bilion dolar miliknya pada masa hadapan.
Tantum Possumus, Quantum Scimus
Tantum possumus, quantum scimus - "Kita boleh buat apa yang kita tahu" - maksud moto berbahasa Latin itu. Warren Buffett telah membuktikan ketepatan kata-kata hikmah itu dengan pengalaman beliau sendiri. Salah satu kejayaan penting dalam pembelajaran beliau adalah pengajiannya di Columbia University Business School, tempat idola beliau, Benjamin Graham, mengajar.
“Securities Analysis” dan “Intelligent Investor” adalah antara buku-buku Graham yang terkenal dan telah dicetak semula untuk beberapa dekad. Walau bagaimanapun, penulisnya bukan saja seorang pensyarah dan ahli teori yang hebat, malah beliau juga seorang ahli pelaburan yang berjaya. Nasihat bernilai yang diberi Graham dalam syarahan beliau telah menggantikan kerja-kerja di Wall Street untuk beberapa tahun.
Setelah menamatkan pengajian beliau di Colombia University pada tahun 1954, Buffett menghabiskan tiga tahun dalam dagangan sekuriti, dan Graham mengambil beliau bekerja sebagai penganalisis pelaburan selepas itu. Buffett tidak mengenakan sebarang caj untuk perkhidmatannya, sedar tentang pengalaman tidak ternilai yang akan diperolehinya apabila bekerja dengan Graham. Namun, selain daripada pengalaman, lagenda masa hadapan itu berjaya mengumpul modal yang banyak. Semasa Graham bersara, Buffett sudahpun menjadi seorang jutawan jika mengikut standard sekarang. Beliau kembali ke kampung halamannya di Omaha dari New York, dan membuka syarikat pelaburan beliau sendiri.
Lebih daripada separuh abad telah berlalu sejak itu. Namun begitu, Warren Buffett menghabiskan 80% daripada masa bekerjanya dengan menimba ilmu baru - Tantum possumus, quantum scimus.
15 Peraturan Pelaburan oleh Warren Buffett
Tidak lama dulu, Buffett dalam mesej beliau kepada para pemegang saham Berkshire Hathaway pernah mengatakan “seekor monyet dengan sebatang dart” pun boleh mendapat untung dalam pelaburan dan membandingkan pengurusan sesuatu dana adalah seperti menguruskan restoran. Namun kami berasakan hartawan itu berbohong atau hanya bergurau senda. Justeru, kami ingin memberi lebih banyak perhatian terhadap peraturan pelaburan yang Buffett sendiri hasilkan berdasarkan pengalaman peribadi serta profesional beliau. Semua itulah yang menjadikan dirinya sekarang.
Jadi:
1. Pelaburan harus bersifat jangka panjang. Jika anda tidak memiliki modal dan tahap kesabaran untuk membiarkan saham selama 10 tahun, anda tidak harus memilikinya untuk 10 minit.
2. Kekerapan membuat transaksi memberi kesan kepada perolehan portfolio pelaburan disebabkan oleh komisen.
3. Labur pada sesuatu yang anda benar-benar fahami. Melabur hanya dalam industri yang anda tahu selok-beloknya, lazimnya, faham dengan “fizik” proses pengeluarannya.
4. Beli instrumen kewangan yang dinilai rendah.
5. Apabila membeli sekuriti, pertama sekali anda harus beri tumpuan pada faktor fundamental, bukan pada harga tukaran semasa.
6. Tidak perlu sepanjang masa mengikuti sebut harga saham dan jangan percayakan turun naik harga yang berlaku secara rawak. Dengan pemilihan saham yang kompeten, faktor fundamental akan menjalankan tugasnya.
7. Proses melabur perlukan latihan.
8. Jangan ikut orang membuta tuli.
9. Semasa membeli saham, anda harus fokus pada pulangan yang akan diberikan, bukan pada prestasi lampau. Carilah syarikat dengan hasil yang memuaskan apabila melakukan analisis kelebihan daya saing, termasuklah paten-paten unik, lesen-lesen, dan banyak lagi.
10. Modal yang ada bukanlah penyebab untuk membuat pembelian spontan.
11. Anda tidak boleh melabur modal yang dipinjam.
12. Singkirkan pelaburan yang gagal dari semasa ke semasa.
13. Bayaran dividen yang kukuh secara berkala adalah sesuatu yang penting dalam membentuk portfolio pelaburan.
14. Pelaburan paling bernilai adalah melabur dalam perkembangan diri sendiri. Jimat cermat, tabah dan bekerja keras adalah antara sifat paling berkualiti dalam diri seorang pelabur.
15. Pastikan proses melabur memberikan anda kepuasan moral.
5 Perbezaan Antara NordFX dan 15 Peraturan Warren Buffett
Pembaca yang memberi perhatian pasti akan berkata peraturan yang disenaraikan oleh hartawan itu hanya sesuai untuk pelabur-pelabur jangka panjang dengan modal yang agak kukuh.
Ya, memang benar. Ini adalah satu daripada strategi salah seorang pelabur paling dikenali di dunia. Disebabkan itulah penting untuk mengingati bahawa pelanggan NordFX bukan hanya boleh melabur untuk jangka panjang, malah mereka juga boleh terlibat dalam dagangan aktif (perbezaan No.1). Dagangan CFD ke atas saham syarikat-syarikat gergasi dunia membolehkan anda memperoleh keuntungan bukan hanya semasa nilai aset ini bertambah, tetapi juga apabila nilainya jatuh (perbezaan No.2). Leveraj sebanyak 1:5 juga membolehkan anda mendapat pulangan 5 kali lebih banyak berbanding dalam situasi normal (perbezaan No.3).
Juga penting untuk tahu bahawa nilai komisen penuh apabila transaksi berakhir hanyalah 0.2%. Sudah tentu, perkara ini tidak melangkau Peraturan No.2 Warren Buffett, tetapi ia tidak begitu memberi banyak kesan terhadap kadar keuntungan operasi anda (perbezaan No.4).
Satu lagi kelebihan broker NordFX adalah keupayaannya untuk menjalankan transaksi pedagang dengan sumber kewangan yang terhad (perbezaan No.5). Lot paling minimum di NordFX adalah 1 saham. Sebagai contoh, jika nilai semasa saham Amazon.com inc. adalah $3545, satu jumlah yang besar, dan nilai saham Ford Motor Company pula hanyalah $20, manakala nilai saham Hewlett Packard adalah lebih rendah, kira-kira $15. Walaupun bermodalkan $100, seseorang pedagang boleh menggunakan pelbagai jenis strategi dagangan dan menghasilkan semua jenis portfolio pelaburan bukan saja dengan mengambil kira pasaran bull, tetapi juga pasaran bear.
Tidak syak lagi, memperoleh dividen apabila posisi “long” belian ditangguh sehingga tarikh yang sesuai adalah sesuatu perkara yang baik. Kami benar-benar setuju dengan Peraturan No. 13 Warren Buffett. Walau bagaimanapun, bayaran dividen akan terhapus dari posisi “short”. Justeru, sebelum anda mula berdagang, kami cadangkan supaya anda meluangkan masa untuk mempelajari dan mendalami aset sekuriti yang ingin digunakan. Jangan lupa dengan Tantum possumus, quantum scimus - "Kita boleh buat apa yang kita tahu."
Kembali Kembali