Sebenarnya membuka akaun dengan broker tidaklah begitu sukar: layari laman web yang anda mahukan, klik pada butang bersesuaian, lengkapkan beberapa maklumat dan segalanya sudah sedia, anda boleh membuat deposit dan mula berdagang. Ramai yang menggunakan cara ini. Kemudian mereka berasa terkejut apabila ada yang tidak kena. Bagaimana cara untuk membukanya tanpa sebarang masalah?
Apa yang Anda Perlukan
Pertama sekali anda perlu tahu serba sedikit tentang maksud dan cara dagangan online dalam pasaran kewangan sebelum mula berdagang sendiri. Banyak material-material seperti ini boleh didapati secara online, tetapi cara terbaik adalah dengan mula membaca bahan-bahan di bahagian PANDUAN di laman web NordFX.
Langkah kedua adalah mula mengenali satu lagi bahagian di laman web rasmi NordFX iaitu AKAUN DAGANGAN. Di sini, anda boleh mempelajari pelbagai jenis akaun dagangan yang ada serta semua alatan dagangan yang diperlukan dan boleh diguna dalam pasaran kewangan.
Akaun Dagangan dan Pelaburan
Syarikat broker NordFX ada menawarkan beberapa jenis akaun. Memilih akaun yang tepat terlebih dahulu boleh memberi anda kelebihan.
● Akaun Demo. Kami nasihatkan untuk mula dengan akaun ini selepas anda berdaftar. Apa yang anda perlukan adalah klik pada butang Buka Akaun Demo di laman utama web dan kemudian anda boleh mendalami platform dagangan serta menimba pengalaman dagangan tanpa perlu risau tentang risiko untuk rugi. Syarat-syarat dagangan adalah sama sepenuhnya dengan dagangan sebenar (seperti dalam akaun Fix), namun wang yang digunakan bukanlah wang sebenar, sebagai contoh, seperti menggunakan wang permainan Monopoly.
Dalam masa yang sama, kami nasihatkan supaya anda seboleh-bolehnya memandang serius tentang “permainan” ini: lagipun, kejayaan atau kegagalan anda menggunakan Akaun Demo ini akan menentukan sama ada anda akan mendapat untung atau hilang wang deposit.
● Akaun Fix adalah akaun dagangan paling minimum tetapi menggunakan deposit sebenar. Walaupun dengan deposit sebanyak USD 10 saja, dari sudut psikologinya anda akan mengalami perasaan serta emosi yang berbeza berbanding ketika menggunakan wang “mainan”. Kami ingin jelaskan di sini bahawa nilai kos “tiket masuk” bagi menyertai “dunia” kewangan yang kecil seperti itu bukanlah satu langkah bijak. Dengan kata lain, keadaan dagangan (spread, pilihan instrumen, ketepatan sebut harga) adalah baik, malah mungkin lebih bagus, namun masih kurang elok jika dibandingkan dengan jenis akaun yang lain, Pro dan Zero. Harus diingat bahawa USD 10 adalah satu nilai yang kecil dan boleh hilang walaupun dengan melakukan sedikit kesilapan, terutama sekali apabila menggunakan leveraj. Oleh itu, apabila membuka akaun Fix, anda harus fikirkan bagaimana untuk menambah wang yang lebih banyak, tetapi dengan menggunakan kadar leveraj yang rendah. Ataupun, pilih leveraj 1:1 untuk dagangan pertama. Sudah tentu, anda tidak akan menjadi seorang jutawan dengan cara ini, tetapi anda mengurangkan risiko untuk kehilangan wang deposit anda.
● Akaun Pro adalah akaun kedua yang ditawarkan oleh NordFX. Ketepatan sebut harga yang diberi agak tinggi di sini, pelaksanaan ordernya sedikit berbeza, kadar spread yang kecil, serta pilihan instrumen yang lebih banyak: kos “tiket masuk” bermula daripada USD 250. Akaun ini lebih disyorkan kepada pedagang yang lebih berpengalaman. Namun begitu, jika anda benar-benar sudah yakin, tahu strategi dagangan yang ingin digunakan serta mendapat pulangan yang baik ketika menggunakan Akaun Demo, mengapa tidak cuba berdagang dengan akaun ini?
● Akaun Zero. Akaun ini tidak banyak bezanya dengan akaun Pro dari segi instrumen dagangan yang ditawarkan. Namun deposit minimum untuk membukanya adalah dua kali ganda lebih tinggi, iaitu USD 500. Kenapa lebih tinggi? Sebabnya adalah nilai 0.0 pip boleh dijadikan sebagai spread dinamik, dan para pedagang juga mendapat akses kepada likuiditi antara bank (ECN).
● Akaun Savings. Akaun jenis ini lebih menjurus kepada akaun pelaburan. Justeru, jika anda tidak berasa yakin dengan kemampuan dagangan sendiri, adalah masuk akal untuk anda menggunakannya. Akaun Savings mewakili pengetahun unik yang dibangunkan sendiri oleh para penganalisis NordFX berdasarkan pada teknologi DeFi bagi membolehkan anda memperoleh pulangan pasif sehingga 30% setiap tahun. Bukan itu saja. Jika anda berdagang sendiri dan ingin menambah jumlah pulangan, tiada masalah, anda boleh membuat pinjaman dari pihak broker dengan serta-merta pada kadar 3% sahaja.
Instrumen Dagangan dan Syarat Dagangan
Apabila membuat pilihan untuk jenis akaun yang akan digunakan, pastikan anda menilai senarai instrumen dagangan yang ada. Pilihan yang begitu banyak ada di NordFX, dan selain daripada berdozen pasangan mata wang serta mata wang kripto, pelanggan syarikat berkenaan juga boleh membuat transaksi ke atas emas, perak, minyak mentah, indeks saham seperti Dow Jones, SPX500, NASDAQ, dll. Anda juga boleh menjual dan membeli saham syarikat-syarikat gergasi dunia, termasuklah IBM, JP Morgan Chase, Coca-Cola, Mastercard, McDonalds, Microsoft, Twitter, UBER, eBay, dll., malah juga memperoleh dividennya.
Juga agak penting untuk memberi perhatian kepada syarat dagangan yang dikenakan seperti leveraj, spread dan swap, nilai lot minimum dan maksimum, margin call/stop, serta parameter lain yang akan menentukan pilihan strategi serta kejayaan anda dalam dunia pasaran kewangan.
Deposit dan Pengeluaran Wang
Deposit adalah jumlah wang yang ada dalam akaun peribadi anda bersama broker untuk digunakan semasa berdagang. Selain daripada dolar AS (USD), deposit yang dimasukkan juga boleh dalam bentuk mata wang kripto: bitcoin (BTC) dan ethereum (ETH). Dalam masa yang sama, anda juga boleh menambah wang ke dalam akaun dengan euro dan beberapa lagi mata wang negara lain yang akan ditukar ke dalam bentuk mata wang deposit.
Kesemua kaedah utama seperti pindahan bank, pindahan menggunakan kad VISA dan MasterCard atau sistem bayaran online WebMoney, Skrill, NETELLER, dll boleh diguna untuk membuat deposit atau mengeluarkan wang di NordFX. Namun bukan itu saja pilihan yang ada. Pelanggan yang ingin menggunakan mata wang negara mereka, seperti dong Vietnam (VND) boleh menggunakan sistem bayaran Ngan Luong. Anda boleh gunakan PayToday untuk baht Thai (THB), dan Dragonpay untuk peso Filipina (PHP).
Sila maklum bahawa NordFX tidak mengenakan caj untuk deposit serta pengeluaran. Namun, pihak bank dan sistem bayaran mungkin ada mengenakan fi. Kadar caj serta tempoh masa transaksi kewangan boleh didapati di bahagian berkaitan di laman web syarikat broker iaitu Deposti dan Pengeluaran Dana.
Pendaftaran dan pengenalan kepada Kabinet Pedagang
Jadi, anda telah melayari laman web NordFX dan mengetahui serba sedikit tentang peluang yang disediakan oleh broker ini. Sekarang adalah masanya untuk mendaftar dan mula berdagang. Prosedur untuk mendaftar adalah begitu mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit. Untuk mendaftar, klik pada butang “Buka Akaun”. Butang tersebut boleh didapati di bahagian atas sebelah kanan di kesemua halaman pada laman web. Di samping itu, terdapat salinan butang tersebut yang mungkin boleh didapati di bahagian lain, anda boleh klik pada mana-mana butang dengan selamat.
Anda perlu isikan nombor telefon yang sah pada tetingkap timbul, pilih jenis akaun, pilih denominasi akaun sama ada mata wang atau kripto (USD, BTC, ETH) dan nyatakan pilihan leveraj. Jika anda ingin berlatih pada akaun demo sebelum mula berdagang dengan wang sebenar, pilih tab “Buka Akaun Demo”.
Selesai mendaftar, anda akan terima data akaun (ia juga adalah log masuk), nama pelayan dan juga kata laluan pedagang. Anda boleh mengakses Kabinet Pedagang anda pada bila-bila masa dengan butir-butir ini. Anda boleh lihat senarai akaun, butang untuk membuat deposit dan mengeluarkan wang, serta menu bagi perkhidmatan lain yang anda boleh gunakan sekarang. Ini termasuklah akses kepada produk pelaburan (Copy Trading, PAMM, Dana Pelaburan), program affiliate serta pelbagai jenis material latihan dan rujukan yang direka khas untuk pelabur baru dan pelabur berpengalaman. Anda juga boleh muat turun platform dagangan ke dalam komputer, tablet atau telefon pintar anda tanpa perlu meninggalkan Kawasan Peribadi. Jika perlu, anda mungkin akan diminta untuk memuat naik beberapa salinan dokumen bagi tujuan pengesahan. Bukti identiti serta kediaman mungkin diperlukan (tetapi tidak selalu) untuk mengeluarkan wang.
***
Jadi, itulah serba sedikit mengenainya. Memang, jika anda benar-benar yakin, anda tidak perlu mengikuti saranan yang dinyatakan di atas, tetapi terus membuat deposit ke dalam akaun anda dan mula berdagang. Jika masih terdapat soalan, anda boleh dan seharusnya menghubungi khidmat Bantuan Pelanggan NordFX yang akan cuba membantu walaupun dalam situasi yang benar-benar sukar. Anda boleh bertanyakan soalan menerusi emel, telefon, media sosial atau live chat.
Kembali Kembali