Jika anda tertarik walaupun sedikit dengan mata wang kripto, sudah pasti anda pernah mendengar nama Satoshi Nakamoto, mungkin nama seseorang yang paling misteri dalam kurun ke-21. Beliau adalah penghasil mata wang kripto pertama dunia. Seseorang yang muncul entah dari mana dan hilang tanpa ada siapa yang tahu ke manakah perginya. Adakah ia bukan nama seseorang, tetapi nama sekumpulan orang? Adakah beliau seorang lelaki? Perempuan? Mereka? Kami akan menganggap beliau seorang “lelaki” dalam artikel ini, walaupun ia hanyalah tekaan kami saja. Jadi, siapa yang boleh berselindung dengan nama samaran ini setelah sekian lama? Mari kita cuba mendalami cerita misteri ini.
Kemunculan, Kelahiran, Kehilangan
Veni, vidi, vici adalah ungkapan popular yang dikaitkan dengan seorang diktator dan komander Yunani kuno iaitu Gaius Julius Caesar. Diterjemah daripada Latin, ia bermaksud “Aku datang, Aku lihat, Aku menang.” Berkenaan dengan Satoshi Nakamoto, satu lagi perkataan mungkin boleh ditambah ke dalam ungkapan ini: Veni, vidi, vici, abiit - Aku datang, Aku lihat masalah, Aku menang, dan aku tinggalkan.
Kemunculan (Veni). Dunia sedar tentang kewujudan lelaki ini pada tahun 2008. Pada waktu itu domain bitcoin.org telah didaftarkan, pada bulan Ogos, dan kertas penerangan (White Paper) mengenai mata wang kripto diterbitkan tidak lama kemudian. Satoshi Nakamoto telah disenaraikan sebagai penulis naskah sembilan halaman dengan tajuk “Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik Rakan-ke-Rakan”, dan alamat emel beliau juga turut disertakan. (Laman web bitcoin.org masih lagi ada, dan artikel ini yang asal boleh ditemui di sana.)
Kelahiran (Vidi, Vici). Hasil tulisan Nakamoto telah mencuri tumpuan komuniti saintifik kripto dan juga peminat-peminat kriptografi. Ia mula hangat diperkatakan dalam forum-forum serta dalam surat-menyurat. Idea itu mula menampakkan hasilnya beberapa bulan kemudian, pada Januari 2009, rangkaian bitcoin (BTC) telah dilancarkan, dan Nakamoto menghasilkan blok blockchain pertama.
Mengikut beberapa anggaran yang dibuat, kira-kira 1.48 juta coin daripada 1.6 juta coin yang dihasilkan pada tahun 2009 mungkin adalah milik Satoshi sendiri. Tiada siapa yang pernah mendakwa “kotak dipenuhi emas digital” ini adalah milik mereka sehinggalah sekarang (2022). Walaupun dengan kadar tukaran BTC yang turun naik, nilai yang dianggarkan adalah beberapa puluh bilion dolar AS. Maka, jika Nakamoto muncul sehelai sepinggang, beliau mungkin menjadi salah seorang yang terkaya dalam planet ini.
Kehilangan (Abiit). Satoshi Nakamoto telah membuang tanda hak ciptanya pada pertengahan tahun 2010, memberi kod sumber BTC kepada seorang pengaturcara iaitu Gavin Andersen, memindahkan hak ke atas domain kepada ahli-ahli komuniti bitcoin, dan menarik diri daripada terlibat dalam kerja-kerja projek ini yang selanjutnya. Emel terakhir beliau adalah bertarikh 26 April, 2011, dan selepas itu… penulis tersebut lenyap sepenuhnya. Ini bermakna, pencipta bitcoin hanya wujud dalam ruang umum kurang daripada tiga tahun. Walau bagaimanapun, jika beliau tidak benar-benar mengubah dunia ini dalam masa yang singkat seperti itu, setidak-tidaknya pengaruh beliau masih lagi kuat. Bitcoin mengumpulkan jutaan peminat, sesetengah negara mula menggunakannya setanding dengan mata wang negara itu sendiri, manakala ribuan pengikut, termasuklah bank-bank Pusat mula menghasilkan aset digital mereka sendiri.
Siapakah En. Nakamoto?
Persoalan ini telah lama merunsingkan fikiran ramai orang dalam komuniti kripto yang ingin mencari jawapannya. Nakamoto sendiri telah menyatakan beliau lahir pada tahun 1975 dan tinggal di Jepun pada profil di laman web P2P Foundation. (Laman web P2P Foundation adalah satu Dana Alternatif Bersama atau Equal Alternatives Fund yang ditubuhkan bagi mengkaji impak teknologi rakan-ke-rakan terhadap masyarakat umum).
Mungkin ada yang percaya dengan data dalam biografi ini, tetapi tiada satu pun bukti tentang tarikh lahir, atau kewarganegaraan, mahupun tempat tinggal pencipta bitcoin ini yang boleh ditemui. Lagipun, daripada hampir 500 emel yang dihantar, tiada satu pun yang menunjukkan masa ia dihantar antara jam 2.00 petang dan 8.00 malam iaitu masa bekerja di Jepun. Kebiasaannya emel yang dihantar adalah pada waktu malam di Jepun. Namun semua orang sedang sibuk bekerja pada waktu tersebut di Amerika Syarikat.
Beberapa orang penganalisis percaya bahawa Kertas Penerangan dan juga emel-emel Nakamoto telah ditulis oleh seorang penutur asli Bahasa Inggeris. Namun, terdapat percanggahan pendapat sama ada beliau orang Amerika atau British. Anda boleh temui perkataan dan frasa yang khusus dengan ciri kedua-dua loghat bahasa dalam teks beliau. Mungkin beliau adalah orang British yang sudah lama tinggal di AS? Atau mungkin bukan hanya beliau seorang, tetapi sekumpulan saintis British dan Amerika?
Satu lagi ciri yang menarik perhatian para pengkaji adalah Nakamoto sering melangkau bukan satu, tetapi dua baris antara perenggan dalam teks beliau. Rekaan teks yang spesifik seperti itu biasanya digunakan oleh mereka yang biasa menaip menggunakan mesin taip, bukan komputer. Maka, terdapat kemungkinan beliau tidak lahir pada tahun 1975, tetapi lebih awal lagi.
Pelbagai Topeng Tanpa Nama
Jadi, siapa yang boleh berselindung di sebalik nama samaran Satoshi Nakamoto dan siapakah sebenarnya yang mencipta mata wang kripto pertama ini? Terdapat pelbagai versi kisahnya, mari mulakan dengan yang paling menakjubkan mengikut pendapat kami.
Versi No. 0, sejarah: Henry Ford. Pada tahun 1921, seorang industrialis Amerika iaitu Henry Ford telah mencadangkan penghasilan “mata wang tenaga” yang boleh membentuk asas kepada sistem kewangan yang baru. Idea ini memiliki ciri yang sangat sama dengan sistem kewangan elektronik rakan-ke-rakan yang dinyatakan dalam Kertas Penerangan serta penghasilan bitcoin. Pembuat kenderaan lagenda ini telah menerbitkan satu artikel di New York Tribune pada 4 Disember, 1921 yang menggariskan idea untuk menggantikan emas dengan mata wang tenaga dalam usaha untuk mengurangkan kawalan para elit perbankan terhadap kekayaan global. Bagi melaksanakannya, Ford mencadangkan untuk membina “loji jana kuasa terhebat dunia” dan menghasilkan sistem kewangan baru berdasarkan kepada “unit tenaga."
Versi No. 1: Sekumpulan Syarikat. Malah ada sesetengah peminat teori konspirasi yang sudah tahu siapa ahli-ahli kumpulan ini. Pada pendapat mereka, antara ahlinya: Samsung, Toshiba, Nakamichi and Motorola. Jika dilihat, agak mudah untuk mendapatkan namanya dengan menambah beberapa aksara awal daripada nama-nama syarikat tersebut. Namun apakah sebab gergasi-gergasi teknologi ini mahu mencipta bitcoin dan mengapa mereka masih lagi berselindung tentang penglibatan mereka dalam projek ini? Tiada siapa yang mungkin dapat memberi jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan ini.
Versi No. 2: Agensi Perisikan AS. Ahli-ahli teori konspirasi menyatakan bahawa semua ini bukan kerja CIA, tetapi Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA). Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang terkenal pernah menerbitkan kertas saintifik pada 18 Jun, 1996, ditulis oleh sekumpulan saintis jabatan penyulitan-kripto… NSA. Artikel ini masih boleh didapati di laman web MIT dan berjudul “How to Make A Mint: The Cryptography Of Anonymous Electronic Cash". Penulisnya: Laurie Law, Susan Sabett, Jerry Solinas dari Agensi Keselamatan Kebangsaan/Jabatan Teknologi dan Penyelidikan Keselamatan Maklumat/Divisyen Kriptologi. Jika anda baca dokumen ini, anda akan mendapati dengan lebih jelas bahawa secara praktiknya, ia menjelaskan tentang prinsip mata wang kripto.
Tidak seperti Versi No. 1, serba sedikit lebih jelas mengapa pihak perkhidmatan rahsia mahu menggunakannya (sekurang-kurangnya untuk membiayai operasi rahsia di serata dunia), dan mengapa ia dirahsiakan sebelum ini.
Versi No.3: Nick Szabo. Saintis, pengaturcara dan juga pakar kriptografi dari AS ini dianggap sebagai salah seorang pencipta emas digital. Beliau telah membangunkan versi awal bitcoin, BitGold. Walau bagaimanapun, idea itu tidak digunakan dengan praktik secara meluas. Nick Szabo sendiri sering menafikan tentang idea beliau dan Satoshi Nakamoto adalah orang yang sama.
Versi No.4: Craig Steven Wright. Tidak seperti Nick Szabo, usahawan dan saintis komputer dari Australia ini mendakwa bahawa beliau adalah Nakamoto yang penuh dengan misteri. Lebih tepat lagi, beliau adalah antara ahli penting dalam kumpulan yang bekerja dengan nama samaran itu. Inilah yang beliau nyatakan kepada BBC pada Mei 2016 tetapi gagal untuk mengemukakan sebarang bukti yang kukuh.
Versi No.5: Hal Finney. Seorang lagi calon untuk peranan sebagai pencipta mata wang kripto utama. Nama pakar kriptografi ini ada dalam senarai surat-menyurat Kertas Penerangan, menjadi salah seorang yang terawal memberi sumbangan terhadap bitcoin, dan mula menghasilkan BTC. Hal Finney menerima transaksi pertama bitcoin daripada Satoshi Nakamoto, orang yang beliau bekerja bersama-sama di peringkat awal projek pembangunannya dan telah membentangkan teknologi bagi membuktikan kerjanya (proof-of-work atau PoW), pada 12 Januari, 2009. Disamping itu, Finney tinggal bersebelahan dengan lelaki yang nama sebenarnya ialah Dorian Prentice Satoshi Nakamoto. Gaya tulisan Finney adalah sangat sama dengan Nakamoto, dan perkara ini mendorong kepada syak wasangka bahawa surat menyurat antara satu sama lain adalah tidak lebih daripada gangguan yang bukan-bukan.
Versi No.6: Dorian Prentice Satoshi Nakamoto. Ia dilihat agak masuk akal untuk mengandaikan bahawa Satoshi Nakamoto ialah Satoshi Nakamoto. Maklumat mengenai ahli fizik dan juga jurutera sistem dari California ini muncul pada tahun 2014, dan foto beliau tersebar serta-merta di seluruh dunia, hampir menjadi satu lagi simbol bagi bitcoin. Selain daripada nama pertama dan kedua beliau, satu-satunya masalah yang timbul ialah beliau langsung tidak ada kena mengena dengan bitcoin, dan beliau sendiri enggan menerima andaian seperti itu.
Daripada Konspirasi Menjadi Keuntungan
Senarai versi konspirasi ini akan terus ada, jika bukan selama-lamanya, mungkin akan kekal untuk jangka masa panjang. Satu rakaman yang mendakwa ada kaitan dengan pencipta bitcoin dikatakan mengusung keranda dengan badannya sendiri mungkin boleh mengakhiri senarai ini. Video tersebut juga tular di internet. Namun, kami rasakan kisah mistik dan teori konspirasi adalah terlalu banyak untuk diceritakan satu artikel, sudah tiba masanya untuk kita bincangkan tentang yang khusus saja.
Untuk kami pula, sudah tentu meneka siapa sebenarnya yang mencipta bitcoin pada hakikatnya adalah suatu yang menarik, tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah mendapatkan pulangan daripada mata wang kripto. Untuk berbuat demikian, anda perlu sekurang-kurangnya membuka akaun bersama syarikat broker NordFX, di mana anda akan mendapat akses kepada pilihan instrumen dagangan yang pelbagai, antaranya sudah tentulah bitcoin dan lain-lain mata wang kripto.
Sangat penting untuk anda tahu bahawa hakikat mendapatkan pulangan bukan saja apabila nilainya naik, malah apabila nilainya juga turun adalah sesuatu yang amat bermakna dikala berhadapan dengan masa yang sukar sekarang. Peluang ini boleh anda dapati dengan NordFX. Lagi pun, disebabkan dagangan margin, anda boleh menggandakan jumlah pulangan yang ingin diperoleh kerana anda hanya perlukan USD 150 untuk membuka 1 posisi bitcoin, untuk Ethereum - USD 15, 1 EOS - USD 0.3, dan untuk 1 Ripple - hanya USD 0.02. Apabila berdagang dengan aset-aset ini serta lain-lain mata wang kripto UTAMA, anda boleh menggunakan bermacam-macam strategi dagangan. Namun dalam masa yang sama, sudah pastinya anda tidak boleh lupa tentang pengurusan wang dan risiko yang boleh ditemui dalam dagangan margin. Jika anda benar-benar mengetahui siapa sebenarnya Satoshi Nakamoto, jangan lupa untuk berkongsi penemuan itu dengan kami.
Kembali Kembali