Minyak adalah bahan mineral yang digunakan untuk menghasilkan bahan api. Ia juga diguna sebagai bahan mentah untuk peralatan mencuci di rumah, peralatan kosmetik, pakaian, permainan kanak-kanak dan banyak lagi produk lain yang berasaskannya. Namun bukan itu saja. Minyak juga adalah komoditi popular yang didagangkan di seluruh dunia, secara pukal mahupun runcit. Namun juga bukan itu saja. Antara lainnya, minyak adalah instrumen CFD kewangan yang membolehkan anda mendapat pulangan daripada turun naik harganya tanpa perlu anda membelinya. Anda tidak perlukan sebarang telaga atau platform minyak, saluran paip minyak dan kapal tangki, gudang yang dipenuhi tong-tong minyak. Anda hanya perlukan komputer atau telefon pintar yang bersambung dengan Internet serta akaun dagangan bersama syarikat broker NordFX.
Sejarah "Emas Hitam"
Minyak sering digelar sebagai “emas hitam”. Ia dikenali dengan nama itu sejak dari dahulu lagi. Sejak beribu tahun dahulu, manusia telah menggunakan minyak hampir dalam semua bidang kehidupan. Ahli sejarah mengatakan bahawa pada 6,000 tahun lalu, manusia yang tinggal di negara yang kini dikenali sebagai Iraq menggunakan minyak sebagai bahan kalis air, melindungi dinding dan atap rumah daripada kelembapan. Di Mesir kuno, minyak digunakan untuk memumiakan mayat manusia, dan juga digunakan untuk menyalakan lampu serta menampal badan kapal. Di China, pada 2,500 tahun lalu, minyak dikeluarkan dengan menggali telaga yang dalam menggunakan lubang bor buluh dan juga gerudi besi. Orang Indian Seneca di Amerika mengumpul bahan berwarna hitam dari permukaan air menggunakan selimut biasa, dan kemudian digunakan untuk tujuan perubatan.
Industri minyak moden bermula pada tahun 1853 oleh ahli farmasi Poland yang bernama Ignacy Lukasiewicz. Dalam salah sebuah farmasi di Lviv (kini Ukraine), beliau menjalankan eksperimen makmal terhadap penyulingan minyak mentah dan berjaya menghasilkan kerosin daripadanya. Selepas itu, beliau mengubah lampu minyak sedia ada supaya dapat dinyalakan menggunakan jenis minyak yang baru, dan lampu “kerosin” pertama di dunia telah menerangi farmasi itu.
Rupa-rupanya ahli farmasi Lukasiewicz bukan saja seorang penguji kaji yang berjaya, malah juga seorang ahli perniagaan yang hebat. Kurang setahun selepas itu, beliau mengusahakan pengeluaran kerosin di salah satu kawasan di Poland yang mengandungi minyak, menggali telaga minyak yang pertama dalam sejarah, dan membuka pusat penapisan minyak pertama di dunia pada tahun 1856. Tidak lama selepas itu, Lukasiewicz sudah memiliki berdozen-dozen telaga minyak, loji penyulingan dan juga loji asfalt. Pada tahun 1877, Kongres Petroleum pertama ditubuhkan di Lviv dengan beliau memegang jawatan pengerusi.
Amerika juga tidak jauh ketinggalan di belakang Eropah. Pada 27 Ogos, 1859, Kolonel Edwin Drake telah menggali telaga minyak pertama di Pennsylvania, sedalam 21.2 meter, menghasilkan pancutan minyak pertama di Amerika Syarikat. Sebilangan orang boleh mempertikaikan kepentingan Edwin Drake dalam kemajuan telaga minyak. Namun teknologi yang beliau hasilkan telah menjadi asas kepada perkembangan telaga-telaga yang lain. Disebabkan itulah tarikh tersebut dianggap sebagai hari permulaan manusia dalam era minyak.
Dari Mana Datangnya Minyak
Manusia telah menggunakan minyak sejak ribuan tahun lamanya, namun tiada kesepakatan dapat dicapai mengenai asal usulnya. Sesetengah ahli sains percaya bahawa minyak boleh didapati di batuan mendap pada kerak bumi yang terhasil daripada bangkai hidupan dan tumbuhan yang menjadi penghuni laut kuno. Proses seperti itu mengambil masa lebih daripada 60 juta tahun.
Mengikut satu lagi teori, minyak boleh terhasil pada bahagian mantel bumi semasa planet ini berada di peringkat “hot development” yang berlaku ketika hidrogen bersintesis dengan karbon di dalam keadaan bertekanan dan bersuhu tinggi. Hipotesis ini disahkan oleh kajian spektografi atmosfera dan meteor di Jupiter.
Pendapat paling menarik diberi oleh saintis kuno yang percaya bahawa minyak adalah hasil buangan ikan paus yang menembusi lautan dan masuk ke dalam perut bumi.
Maksud Satu Tong (Barrel) Minyak
Apabila bermulanya industri minyak, “emas hitam” yang diekstrak telah diangkut menggunakan bermacam-macam jenis bekas, seperti bekas wain atau sebarang tong yang ada, contohnya tong bir. Ini menimbulkan kesukaran dalam mengira jumlah pengekstrakan serta mewujudkan kekeliruan dalam transaksi dagangan. Oleh itu, kata sepakat dicapai untuk menetapkan satu standard ukuran.
Sekumpulan pengeluar minyak bebas Amerika bermesyuarat di Pennsylvania pada Ogos 1866. Hasil pertemuan itu, ukuran 42 gelen (158.988 liter) telah dipersetujui akan digunakan sebagai standard bagi satu tong minyak.
Kenapa 42 dan bukannya nombor genap, katakanlah 50 atau 100? Sejarah menunjukkan bahawa menjelang tahun 1700, Pennsylvania menggunakan tong bersaiz itu bagi mengangkut wain, minyak, sabun, minyak ikan paus serta lain-lain produk. Disamping itu, seorang pekerja muatan boleh mengangkat satu tong minyak dengan berat itu. Mereka tidak mampu mengangkat tong yang lebih berat, manakala kos pembuatan bekas akan bertambah jika beratnya adalah kurang daripada 42 gelen. Hujah lain yang memberi kelebihan kepada 42 gelen ialah pada waktu itu, 20 tong bersaiz sama boleh diletakkan secara ideal di platform kereta api dan juga tongkang.
Pada tahun 1872, Persatuan Pengeluar Petroleum Amerika secara rasminya menerima pakai tong berukuran 42 gelen sebagai satu unit ukuran standard. Kemudian, ia diterima pakai sebagai standard dunia, dan masih digunakan sehingga ke hari ini. (Namun begitu, di beberapa buah negara, contohnya Rusia, mereka lebih senang mengukur berat minyak dalam tan). Harga bagi setiap tong ditetapkan dalam dolar AS dan harga ini ditunjukkan dalam sebut harga pada terminal dagangan MetaTrader (MT4) yang disediakan oleh syarikat broker NordFX.
Maksud WTI dan Brent
Terdapat pelbagai jenis gred minyak mentah yang dikeluarkan di dunia buat masa ini, tetapi sebut harganya hanya ditetapkan oleh tiga jenis gred yang digelar sebagai gred penanda. Antaranya adalah West Texas Crude Oil (WTI_OIL) dan juga Crude Oil Brent Cash (Ukoil.c) yang NordFX tawarkan kepada para pelanggan mereka untuk dagangan CFD. Kedua-dua gred itu adalah yang paling popular dan digunakan sebagai penanda aras dalam industri minyak secara keseluruhannya.
Dalam hal ini gred bermaksud ciri-ciri minyak yang dikeluarkan di telaga minyak yang berbeza, mempunyai kualiti, komposisi, keseragaman dan jumlah kekotoran yang berbeza. Minyak mentah WTI mengambil kira minyak yang dikeluarkan di Texas Barat serta negeri-negeri lain di AS dan digunakan sebagai penanda aras bagi pengeluaran minyak di Amerika Utara. Minyak mentah Brent dikeluarkan di Lautan Utara dan diguna sebagai rujukan untuk kebanyakan minyak yang digali di Eropah, Afrika dan sebahagian negara di Timur Tengah. Harga untuk kira-kira 70% daripada gred minyak yang dieksport ditetapkan secara langsung atau tidak langsung berdasarkan kepada sebut harga Brent.
Minyak Sebagai Instrumen Dagangan
Secara umumnya, kami akan bincangkan tentang dagangan CFD minyak secara atas talian pada bahagian ini, bukannya dagangan secara fizikal. Dalam hal ini, minyak mentah adalah satu alat yang hebat. Dari satu sudut, ini disebabkan oleh kemeruapan harganya yang tinggi, dan dari sudut yang lain pula, trend jangka panjang yang stabil dan boleh dilihat dengan jelas pada carta dengan tempoh masa yang lebih tinggi: D1, W dan MN.
Untuk kadar kemeruapan, sebut harga minyak mentah boleh naik dan turun secara mendadak dengan mudah semasa berlakunya krisis. Sebagai contoh, berlatarbelakangkan pandemik coronavirus, harga minyak turun pada awal tahun 2020. Kita telah saksikan fenomena yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada 20 April tahun itu: harga niaga hadapan bulan Mei untuk WTI_OIL jatuh kepada… negatif (!) $37. Pasaran telah dilambakkan dengan minyak mentah, manakala syarikat-syarikat minyak pula kononnya berhadapan dengan kekurangan tempat simpanan. Media melaporkan bahawa pada waktu itu penjual minyak mengalami lebih banyak kerugian bagi menampung spread pembeli di serata dunia. Namun trend itu berubah kemudiannya dan harga satu tong WTI_OIL naik kepada $97 dalam masa dua tahun. Harganya melonjak lebih tinggi setelah tentera Rusia menceroboh Ukraine, naik kepada $131. Sekarang bayangkan berapa banyak pulangan yang boleh anda perolehi dengan pergerakan trend seperti itu. Mungkin, hanya mata wang kripto saja boleh berikan kadar keuntungan yang hampir sama. Lebih-lebih lagi, jika diingat dagangan CFD bukan saja memberi pulangan semasa harganya naik, malah juga apabila harga sesuatu aset itu jatuh. Jika anda menggunakan leveraj yang disediakan NordFX kepada para pelanggan mereka, anda boleh menambah lebih banyak kadar keuntungan.
Tidak perlu dikatakan lagi bahawa seorang pedagang itu boleh menggunakan analisis teknikal yang terbina dalam terminal dagangan MT4, kesemua jenis indikator untuk dagangan minyak, sama seperti yang digunakan oleh lain-lain aset, dan juga mengamanahkan penganalisis pakar untuk menjalankan transaksi. Dalam masa yang sama, analisis fundamental menjadi sangat berguna dalam “membaca” trend utama. Berbaloi untuk kami tekankan bahawa faktor-faktor itu termasuklah:
- krisis politik, serta peperangan dan juga konflik, terutama sekali di rantau-rantau pengeluar dan juga pengguna minyak;
- bencana alam yang boleh mengurangkan kadar pengeluaran atau mengganggu rantaian bekalan;
- musim, kerana penggunaan minyak di kawasan-kawasan terlampau sejuk bertambah pada musim sejuk berbanding pada musim panas;
- kitaran ekonomi. Jelas bahawa pengeluaran industri yang mengalami pertumbuhan akan menambah permintaan untuk minyak dan lain-lain sumber tenaga, dan akan berkurang semasa berlakunya kegawatang.
Semua ini dan lain-lain faktor akan membentuk keseimbangan kadar bekalan dan permintaan, dan hasilnya, kos minyak itu sendiri pada satu-satu masa atau lain masa. Itulah sebabnya apabila berdagang aset seperti ini, kami sangat-sangat mengesyorkan kepada para pedagang, terutama sekali penggemar analisis teknikal untuk tidak hanya terhad menelitinya, tetapi juga memberi perhatian kepada berita-berita dunia dan juga statistik makro. Ini akan membantu anda menghasilkan strategi dagangan yang lebih efektif, mengelak daripada kejutan yang tidak dijangka, serta, mendapat pulangan yang lebih lumayan.
Kembali Kembali