Siapa sebenarnya Santa Claus? Semua orang kenal dengan lelaki tua gendut berjanggut kelabu yang muat ketika memasuki cerobong asap pada hari Krismas untuk memberi hadiah kepada kanak-kanak yang berakhlak baik sepanjang tahun. Namun rupa-rupanya bukan anak-anak yang mendengar kata saja boleh mendapat hadiah, malah para pedagang dan juga pelabur, tidak kira bagaimana tingkah laku mereka sepanjang tahun lalu.
Setiap bulan Disember, Wall Street dan juga bursa-bursa global yang lain mula bercakap-cakap tentang Santa Claus Rally: hari di mana peserta pasaran cuba meraih peluang, jika bukan untuk menjadi kaya, maka setidak-tidaknya cuba menambah baik lagi keadaan kewangan mereka. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Santa Claus Rally: fenomena ekonomi sebenar atau hanya dongeng orang dewasa?
Kebimbangan dan Harapan Peserta Pasaran
Situasi yang berlaku di pasaran saham kebiasaannya adalah bermusim, dan psikologi manusia yang menentukan keadaannya. Sebagai contoh, aktiviti para pelabur di pasaran saham berkurang pada musim panas, suasana cuti menyelubungi lantai dagangan. Apabila hampir tibanya musim bunga, ditambah lagi dengan kedatangan awan gelap, kebimbangan “sumpahan bulan Oktober” menghantui bursa-bursa saham. Beberapa kejadian teruk yang akan menjadi catitan dalam sejarah telah pun berlaku pada bulan ini. Maka, sesetengah golongan percaya bahawa lebih baik untuk keluar dari pasaran buat masa sekarang ini. Namun musim bunga telah pun berlalu, dan angin para pedagang semakin bertambah baik menjelang tibanya Santa Claus Rally, dan aktiviti dagangan juga semakin meningkat.
Fenomena bermusim ini pertama kali telah dijelaskan oleh Yale Hirsch, seorang penganalisis, pedagang dan pelabur terkenal pada tahun 1972. Pemerhatian itu telah beliau terbitkan dalam majalah Stock Trader’s Almanac yang diasaskan beliau. Selain daripada Santa Claus Rally, Yale Hirsch juga menerangkan tentang fenomena pasaran yang dapat “dijangka secara statistik” lain, termasuklah Kitaran Tahun Undi Presiden, January Barometer, dan juga Enam Bulan Berturut-turut Terbaik.
Bila, Bagaimana, dan Kenapa Santa Claus Mula Memanjat
Yale Hirsch mendapati kadar indeks saham mula mengalami pertumbuhan dengan aktif pada hari-hari terakhir bulan Disember. Santa Claus Rally biasanya mula terjadi pada hari Isnin terakhir bulan tersebut dan terus berlaku selama tujuh hari dagangan. Hari pertama menjadi hari penentu, ia meramalkan bagaimana lonjakan tersebut berkembang dan berapa besar kesannya. Jika keadaan yang mereka jangkakan benar-benar berlaku, para pedagang berpeluang besar untuk mengaut keuntungan yang luar biasa jumlahnya.
Yale Hirsch sendiri telah mengemukakan versi paling popular bagi fenomena yang berlaku ini. Beliau menjelaskan lonjakan yang berlaku akibat tindakan pelabur berinstitusi di pasaran. Pengurus dana pelaburan membeli lebih banyak saham syarikat-syarikat cip biru serta peneraju industri utama yang lain dalam usaha untuk mendapatkan laporan kewangan tahunan yang baik. Disebabkan keadaan pasaran yang agak tipis pada hari Krismas dan kebanyakan pelabur telah pergi bercuti, pengurus-pengurus itu berjaya menaikkan beberapa peratus kadar sebut harganya dengan kos yang rendah. Perlu juga diingat bahawa dengan cara ini, mereka menjangkakan bonus yang lebih banyak boleh diterima jika menunjukkan prestasi yang lebih baik. Selepas itu, setelah berakhirnya tahun, mereka mula menjual saham-saham ini, dan menyebabkan pembetulan pergerakan yang biasa berlaku pada awal Januari.
Penjelasan lain bagi Santa Claus Rally ini ialah pertambahan aktiviti pelabur persendirian menjelang hujung tahun. Setelah menerima gaji ke-13 atau ke-14 bulan, kebanyakan daripada mereka akan berbelanja dengan membeli saham. Situasi ini juga memberi kesan kepada harga saham.
NordFX menawarkan peluang dagangan CFD ke atas indeks dan saham hampir kesemua syarikat yang biasanya terlibat dalam Santa Claus Rally kepada para pelanggannya. Sejak dua dekad lalu, dinamik pergerakan sebelum tibanya Tahun Baru yang dijangka peserta pasaran biasanya benar-benar berlaku. Namun, pandemik COVID-19 dan juga tindakan yang diambil oleh pihak Rizab Persekutuan AS dan lain-lain Bank Persekutuan negara-negara membangun selepas itu telah mengubah sendiri statistik, dan mungkin perkara sama akan berlaku pada masa hadapan. Justeru, pedagang yang mengambil bahagian dalam lonjakan ini seharusnya berhati-hati terhadap risiko yang ada supaya tidak merosakkan suasana perayaan mereka.
Bagaimana Dengan Forex?
Tidak seperti pasaran saham, situasinya agak berbeza bagi Forex, dan kebarangkalian untuk Santa Claus mula membuat lonjakan di sini adalah agak rendah. Lebih-lebih lagi, pergerakan yang dimulakan bukan saja akan menunju ke atas, malah juga ke bawah. Apabila bergerak pada kadar likuiditi yang begitu cair, kedudukannya mungkin boleh runtuh dan jatuh ke paras yang teramat rendah.
Menjadi kebiasaan, dagangan di bursa agak tenang sehari sebelum sambutan Krismas di AS dan juga lain-lain negara yang jatuh pada 25 Disember. Kebanyakan pelabur mengeluarkan untung yang berjaya diperoleh dan pergi bercuti pada hari perayaan tersebut. Pasaran menjadi senyap. Walau bagaimanapun, situasi sebegitu mampu mengakibatkan pasaran menjadi sangat tipis dan terdedah kepada turun naik yang tidak dijangka-jangka dalam masa yang singkat. Seperti yang anda ketahui, pasaran yang meruap bukan saja boleh memberi pulangan yang luar biasa, malah juga kerugian yang sangat teruk.
Ini bermakna, sama ada situasi di pasaran Forex sangat tenang, maka tiada guna untuk melakukan dagangan terhadapnya, atau berlakunya pergerakan mendadak yang tidak disangka-sangka, justeru amat berbahaya untuk berdagang. Disamping itu, disebabkan oleh kadar likuiditi yang rendah, broker-broker terpaksa menambah kadar spread. Ketiga-tiga faktor inilah yang menjadi sebab untuk kebanyakan penganalisis menasihatkan agar menutup semua order dagangan pasangan mata wang sebelum 25 Disember dan tidak membuka order baru sehinggalah pada 4 Januari, apabila pasaran mula aktif semula setelah berakhirnya musim cuti perayaan. Lebih baik berehat saja pada waktu itu dan menyambut kedatangan Tahun Baru dengan semangat dan minda yang baik.
Kembali Kembali