Cara Buka Akaun Menggunakan Telefon

Sangat mudah untuk membuka akaun dagangan bersama syarikat broker NordFX dengan menggunakan peranti pintar: telefon bimbit mahupun tablet. Anda hanya memerlukan beberapa langkah untuknya.


Langkah 1. Pergi ke halaman utama di laman web rasmi NordFX menggunakan pelayar dengan menaip www.nordfx.com. Sudah tentu, anda juga boleh membuat carian nama syarikat itu sendiri iaitu NordFX.

Pada tetingkap yang terbuka (Rajah 1), anda boleh memilih antara empat belas bahasa yang ada mengikut kesesuaian anda di bahagian kanan atas.

Fig. 1 - Site_MS

Langkah 2. Kemudian anda perlu skrol ke bahagian Buka Akaun Dagangan (Rajah 2) atau mengikuti pautan https://account.nordfx.com/account/register.

(Maklum bahawa butang di bawah adalah Buka Akaun Demo. Dengan bantuannya, anda boleh membuka akaun demo untuk berlatih serta menguji kemahiran dan juga strategi anda dengan berdagang wang maya tanpa apa-apa risiko).   

Fig. 2 - Open Account_MS

Langkah 3. Anda akan dipaparkan dengan borang pendaftaran (Rajah 3). Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar dengan pantas menerusi rangkaian sosial Google, Facebook, Twitter, ataupun mengisi borang pendaftaran secara manual.

Untuk mengisinya, anda perlu menyediakan data yang tepat, termasuklah nama pertama dan nama kedua, alamat e-mel yang sah dan boleh diakses, serta nombor telefon. Anda juga perlu memilih daripada senarai negara tempat tinggal, serta jenis akaun yang akan digunakan untuk mula berdagang. Jika anda belum membuat keputusan jenis akaun manakah yang akan diguna untuk berdagang, artikel Cara Membuka Akaun Bersama NordFX Dengan Betul akan dapat membantu. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi setiap akaun yang ada pada laman web NordFX di https://nordfx.com/accounts.html.

Anda akan diminta untuk memilih mata wang untuk akaun anda di bawahnya. Anda boleh membuka akaun dalam Dolar AS (USD), Bitcoin (BTC), atau Ethereum (ETH). Jika anda memilih untuk membuka akaun dalam mata wang kripto, anda akan diminta untuk meneruskan pendaftaran di laman web https://nordfx.io. Pada tetingkap berikutnya, anda boleh memilih kadar leveraj. Artikel Leveraj 1: 1000: Kebebasan Berdagang boleh membantu anda membuat pilihan. (Pada masa hadapan, anda boleh membuka lebih banyak akaun dengan pelbagai jenis parameter dagangan yang lain jika anda mahukan).

Kata laluan anda akan dijana secara automatik, atau anda boleh menetapkan kata laluan anda sendiri dengan menyahtanda ruang semak “Generate password automatically”. Jika anda memasukkan kata laluan secara manual, anda perlu menetapkan 2 kata laluan: kata laluan dagangan untuk log masuk ke terminal MetaTrader, dan juga kata laluan telefon yang akan diminta apabila anda menghubungi Khidmat Bantuan menerusi telefon. Kata laluan ini mestilah campuran antara aksara dan juga nombor antara 5 dan 12 karakter. Tandakan kotak di bawahnya untuk mengesahkan yang anda telah membaca teks Persetujuan Pelanggan dan Polisi Peribadi.

Selepas itu anda perlu mengesahkan yang anda adalah orang sebenar, bukan robot yang ditugaskan untuk membuat pendaftaran palsu. Setelah menekan ruang semak “I am human”, anda akan diminta untuk mengambil ujian ringkas dengan memilih jawapan betul daripada beberapa pilihan yang ada.

Selepas mengisi semua ruangan, anda harus mengesahkan penghantaran borang dengan menekan butang Buka Akaun Dagangan.

Fig. 3 - Registration Form_MS

Langkah 4. Jika kesemua ruangan diisi dengan betul, satu akaun akan dibuka dan anda akan dibawa terus ke laman dengan butiran pendaftaran anda (Rajah 4).

Fig. 4 - Login and Password_MS

Pada laman ini, anda boleh log masuk ke Kabinet Pedagang Peribadi anda di laman web NordFX secara terus. Anda juga boleh membuat deposit untuk dagangan seterusnya di sana, serta memuat turun terminal dagangan bagi peranti mudah alih Android atau IOS anda (Rajah 5).

Fig. 5 - Deposit_MS

***

Jika anda berhadapan sebarang masalah semasa dalam proses mendaftar, Khidmat Bantuan NordFX sentiasa bersedia untuk membantu. Untuk berhubung, hanya klik pada butang hijau dan putih di bahagian bawah kanan skrin. Artikel Cara Mula Berdagang Forex dan pelbagai lagi material pembelajaran yang disediakan pada laman web broker ini juga boleh membantu anda mendapatkan jawapan terhadap pelbagai persoalan yang dihadapi.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.